Jangan Simpan Pakaian Yg Tidak Dipakai Kerana Akan Dihisab
Peringatan utk semua, keluarga dan sahabat2..... Mari renung2kan. Adakah kita termasuk dalam golongan ini? Mungkin ada yg tidak tahu dan ada yang sudah tahu. Semoga ilmu yg disampaikan dapat kita manfaat dgn sebaik2nya.
Keluarkan semua baju2 yg bersusun dlm almari. Yang bersangkut dalam almari, kononnya sebagai kenangan... keluarkan..keluarkan. Sedekahkan kpd mereka yg memerlukan. Keluarkan pinggan mangkuk yg sekadar hiasan..
Seorang Ustaz berkata dalam kuliahnya.... Katanya, "Simpanan2 itu akan ada hisabnya di hari kemudian." Astaghfirullahal 'Azim...
Misalnya, koleksi telekung yang tidak digunakan,.. baju-baju yang dibeli banyak tidak dipakai.... koleksi2 yang lain yang tidak digunakan pun...
Ada baju yg dijahit cantik tapi tidak pernah dipakai….
ada kain yang dibeli tidak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila hendak dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali sahaja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal satu almari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih elok, tidak pernah diguna dan tidak ada rancangan utk digunakan..
ada perhiasan satu almari,
ada baju utk dinner yang entah bila hendak dipakai..
Ada tupperware2 penuh satu almari yang hanya sebagai perhiasan.
Ada itu...ini...tapi tidak dipakai tak guna...
Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang hanya jadi simpanan atau koleksi2 yang tidak dipakai kelak akan di hisab..
Yang akan menyusahkan diri kita sendiri..!!!
Kerana semua yang dibeli berawal dari nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini.....itu.....
lihat orang ada,kita juga ingin beli, walau tidak berguna utk diri kita…,
Ternyata saya masih termasuk dlm golongan orang yang mengumpul-ngumpul barang…
Dan semua itu pasti akan di hisabNYA (perhitungan) kelak di akhirat…. .
Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, Bersedekahlah dan Perbanyaklah Istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”*
Perlu diingatkan…! Bahawa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.
Wahai kaum lelaki yang sangat menyayangi pakaian tapi tidak dipakainya, maka tunggulah kamu apabila kamu akan disoal dan pakaianmu akan meminta keadilan daripada kamu. Di waktu itu semuanya sudah terlewat.
Semoga bermanfaat untuk renungan diri sendiri dan saudara2 sekalian.
18 Comments
Allahuakbar. Dulu Kak Feni ada penyakit nak simpan segala barang. Bila dah meningkat ni baca-baca sharing dari orang2 berilmu pasal hisab ni. Insaf dah. Akhir tahun lepas dah let go baju2 lama yang dah tak muat. Tak simpan pun takpela walaupun sayang.
ReplyDeletebanyak baju dalam almari sebab badan dan naik. baju lama bagi dekat adik je nanti
ReplyDeleteThanks abam kie, memang tengah berkemas nak sambut ramadhan. Insof tengah belajar berjimat tak beli macam-macam
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan cikgu, alhamdulillah banyak dah baju-baju, tudung, barang yang dana tak sedekahkn pada yang memerlukan. kalau ikutkan memang semua kita nk simpan, tapi banyak dah sedekahkan kat orang yang masih elok lagi...
ReplyDeleteWahh terima kasih cikgu atas ingatan ini. Memang dah selak dan simpan baju yang tak pakai dalam kotak, cuma tak dihantar lagi ke pusat pengumpulan.
ReplyDeleteSedekah kan lah pakaian2 tu pada org2 yg betul2 memerlukan kan. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah.Terima kasih perkongsian.Arwah nenek PC selalu pesan..kurangkan beli pakaian tapi yang ada selalu pakai sampai lusuh..dah lusuh sangat kalau dah tak molek tanam..kalau niat nak sedekah atau hadiahkan orang,beli lain yang baru kemudian berilah kerana Allah swt.
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu perkongsian..takut jadinya kadang perkara macam ni terlepas pandang juga.
nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletealhamdulillah nikmat sedekah sungguh la banyak :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini Sangat berguna :)
ReplyDeleteNak kena buat 5S kat rumah ni lagi-lagi pada baju yang berenyut-renyut dalam almari tuh huhuhuhuhu
ReplyDeleteInfo yg baik dan bermanfaat..ada pakaian yang lebih, lebih baik disedekahkan kpd yg memerlukan
ReplyDeletesy tgh dok kumpul baju2... tp x tau nk kasi siapa...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih untuk perkongsian ini abam kie..
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie sebab ingatkan pasal ni, bab baju, memang dah banyak bagi kat orang lain dah and tahun ni memang malas nak beli baju raya lain pasal baju raya yang tahun-tahun lepas memang elok lagi.
ReplyDeletethanks abam for the sharing.. liez pun sekarang dah stop membeli baju brg2 bekas ni sbb tak pakai. even baju lama yang masih elok (baju masa kurus la tu hihihi) dah start sedekah org yang memerlukan.. nak buang sayang..sbb satunya buat semak almari dan juga pasal barang tak dipakai akan dihisab..
ReplyDeleteAllahu...terima kasih abam kie atas perkongsian ni...memang selalu nak kurangkan segala baju, terutamanya yang dah tak dipakai..dah simpan dalam beg nak sumbangkan pada yang memerlukan, tapi asyik tangguh2 aje...
ReplyDeleteSy pun dalam proses declutter juga pakaian sbb byak dah tak muat
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.