Sudah banyak kali Abam Kie memohon kad kredit Citibank ni tapi tak berjaya. Yang peliknya Abam Kie tak ada hutang apa2 dengan bank kecuali pinjaman perumahan kakitangan kerajaan tu je. Habis tu kenapa credit score kewangan Abam Kie masih rendah? 10 tahun lepas Abam Kie ada la guna kad kredit Citibank ni tapi tak lama kemudian Abam Kie potong je kad tu sebab tak nak bayar cukai kad kredit kpd kerajaan tu. Jadi selama ini Abam Kie setia dengan kad kredit Mastercard Ikhwan Islamic oleh Maybank. 

Cuma tetiba je pada 2018 nak rujuk semula dgn Citibank. Hantar permohonan online tapi x berjaya. Tahun 2019 hantar lagi tapi masih gagal. Cuma permohonan ketiga dlm tahun 2020 ni auranya lain macam je. Jadi Citibank tak dapat mengatakan tidak kepada Abam Kie.


Tujuan utama Abam Kie mohon kad kredit Visa Simplicity Citibank ni sebab ia ada hadiah beg troli berjenama Condotti berukuran 20 inci. Kalau x ada hadiah, memang la abam kie x pohon punya! Cuma kena buat transaksi dalam masa 60 hari selepas pengaktifan kad. Rasanya abam kie dah buat sampai 10. Mudah je. Gi topup kredit RM10 di Shopee, Lazada, GrabPay, TouchnGo dan beli barang di pasaraya sudah cukup untuk melepasi syarat tu. Cuma bila abam kie call Citibank hari tu, dia kata selepas raya puasa baru buleh beg tu. Adoiii! Lambatnya. Tunggu je la. Jika masih x dapat selepas raya, dia suruh call dia lagi.

Update! Beg di atas tu dah sampai pada hari Ahad, 16 Februari lalu. Org GDex yang hantar ke rumah. Kat price tag reganya RM399! Tapi Abam Kie rasa dengan kualiti sebegitu boleh dpt separuh harga di pasaraya berdekatan. X apalah. Barang free. Terima aje lah. Jangan banyak komen pulak!

Kad Visa Simplicity ni tak ada point atau cashback tau! Ia semata2 kad plastik pengganti wang tunai bila kita membeli barang2. Tak best pun. Cuma adalah rasa prestij tu bila hulur kad kredit Citibank! Sebelum tamat tahun 2020 Abam Kie akan teriminate kad Citibank ni dan simpan kat dalam card holder sebagai kenangan. Sekian. Terima kasih.