Tips kereta yang ditenggelami air banjir
Setiap kali banjir melanda setiap kali la abam kie terpaksa mengharung air untuk ke jalan besar. Setakat ni kereta masih belum tenggelam tapi takutlah juga jika banjir tu jadi luar biasa seperti bah kuning 2014 dulu. Mujurlah masa tu abam kie dah parkir kereta awal2 di rumah abang kat kampung. Cuma motor je yg tenggelam.
Jadi pada kesempatan kalai ini abam kie nak bagi tips la kepada kawan2 sekiranya kereta kawan2 ditenggelami air banjir. Sila ambil langkah2 di bawah bagi memastikan keselamatan kereta dan tuan punya kereta. Selamat mencuba!
Jadi pada kesempatan kalai ini abam kie nak bagi tips la kepada kawan2 sekiranya kereta kawan2 ditenggelami air banjir. Sila ambil langkah2 di bawah bagi memastikan keselamatan kereta dan tuan punya kereta. Selamat mencuba!
Sebelum tenggelam:
1. Jika kenderaan memang tidak boleh dilarikan ke tempat yang lebih tinggi dan ekzos kenderaan masih belum ditenggelami banjir, maka sumbatlah lubang ekzos tersebut dengan sesuatu yang padat dan kalis air. Contohnya menutupnya dengan plastik.
2. Cabut terminal bateri kerana kita tidak tahu berapa lama kenderaan kita akan dibiarkan tanpa dihidupkan kerana musibah banjir bermacam-macam peringkat.
3. Selamatkan barang-barang yang dirasakan penting terutama yang mudah rosak akibat air. Pendek kata, selamatkan semua yang boleh diselamatkan kerana banjir bukanlah air biasa, tetapi air berlumpur.
Ketika tenggelam:
1. Kenderaan yang sedang ditenggelami banjir jangan dihidupkan enjinnya terutama apabila air banjir mulai menutup ekzos kenderaan dan bahagian enjin . Apatah lagi cuba untuk memandunya meredah banjir.
Setelah banjir surut:
1. Selepas banjir telah surut, jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Jangan hidupkan enjin! Inilah pantang besar jika kenderaan anda ditenggelami banjir besar, iaitu jangan hidupkan enjin!
2. Panggil lori tunda untuk ditunda ke bengkel yang dipercayai. Komponen utama seperti enjin dan transmission mungkin akan rosak. Samada rosak banyak atau rosak sikit. Enjin mungkin tak perlu overhaul, sekadar flush minyak enjin beberapa kali. In shaa’ ALLAH enjin OK. Kalau enjin dihidupkan semasa atau selepas banjir surut, maka enjin akan mengalami kerosakan yang lebih parah.
3. Sistem transmisi pula kalau jenis manual, maka prosesnya sama macam enjin. Flush minyaknya beberapa kali sampai tiada air di dalamnya. Hal ini mekanik akan nasihat. Mungkin 3 hingga 5 kali flush. Atau mungkin lebih. Tapi kalau sistem transmisi jenis auto, mungkin ada masalah yang lebih besar. Kemungkinan kena overhaul atau lebih teruk dari itu iaitu tak dapat diselamatkan. Terpaksa tukar gear box baru. Harap-harap tidaklah sampai macam itu.
4. Sistem elektornik boleh selamat in shaa’ ALLAH. Cuma dalam masa yang panjang, mungkin baru nampak kesannya.
5. Kusyen pula memang kotor dan berbau habislah. Kena cuci samada upah atau sendiri. Kadang-kadang pihak bengkel ada tawarkan juga khidmat cuci kenderaan dan kusyen khas akibat banjir. Khidmat cuci kenderaan akibat banjir ni memang mahal harganya sebab mereka akan buka habis kerusi dalam kereta dan cuci dengan teliti. Selepas siap dicuci, bau tidak menyenangkan tetap juga wujud selama beberapa tempoh. Terpaksa bersabarlah dengan bau tersebut tu dalam lebih kurang sebulan. Lama-lama OK, in shaa’ ALLAH.
Itulah setakat yang saya tahu dan mampu berkongsi. Ini pun tahu sebab dulu kereta pernah tenggelam banjir. Kalau tuan/puan ada nasihat-nasihat lain, silakanlah kongsi. Dan kalau maklumat di atas tidak tepat, silalah betulkan. In shaa’ ALLAH kita sama-sama berkongsi untuk kebaikan bersama.
Mengenai kos pembaikan, ia sangat subjektif. Bergantung kepada kita samada ada hidupkan enjin atau tidak. Jika hidupkan enjin, maka kos pembaikan akan menjadi tinggi kerana komponen enjin boleh banyak rosak. Jika tidak hidupkan enjin, maka mungkin kosnya tidak tinggi sangat. Lagi satu faktor ialah jenis kenderaan. Pihak bengkel akan nasihatkan proses semuanya. Jadi pemilihan bengkel yang dipercayai juga merupakan faktor yang penting.
Semoga ALLAH Ta`ala mempermudahkan urusan semua saudara-saudara kita yang mengalami musibah banjir, dikuatkan kesabaran, dikurniakan kebaikan dari sisiNYA, diberikan keselamatan dan dikeluarkan dari musibah tersebut dengan segera, amin…
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
11 Comments
Allahu. semoga diberikan kesabaran yg tinggi kepada mangsa banjir T_T
ReplyDeleteMinta di jauh la.. tak sanggup rasanya tu. Tapi kalau terkena juga harap² tak mudah panik
ReplyDeleteAda langkah demi langkah yang boleh dilakukan..
ReplyDeletetang jangan hidupkan enjin tu paling utama.... memang itu nasihat yang selalu di dengar bila kereta baru lepas kena banjir
ReplyDeletegood sharing..:)
ReplyDeletememang berguna tips ni. Selama ni tahu cabut bateri dan jangan hidupkan enjin je.
ReplyDeleteTq berkongsi info..
ReplyDeletethank you abam kie sbb share
ReplyDeletethanks for the info. semoga kita semua dijauhilah
ReplyDeletetq.
ReplyDeleteabg ipar aida, jual kereta.
terkenang sekali time banjir terok di shah alam.
abis semua kereta kat showroom dia tenggelam separuh. Allahu Akbar.
masa tu abg ipar kemurungan berbulan2 menyelesaikan perihal kereta2 dia.
Proses cuci ambil masa 24-48 jam CUCI dan Kering dengan Jaminan tanpa Bau
ReplyDeletemypakarcuci.wasap.my
mypakarcuci.wasap.my
https://goo.gl/maps/keZZfZHZn8BgRQzp9
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.