Cara betul menyayangi ibubapa yang sudah meninggal
Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :
1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.
2. Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.
3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.
4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah... dan lain-lain.
Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.
Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.
Yang mereka perlukan, antaranya ialah :
1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.
5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.
Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi... hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.
"... yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim..."
*Ingatlah...* hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.
*Wallahu a'lam...*
#Senafas Ke Barzakh.
12 Comments
Sharing yg sangat bagus
ReplyDeleteyang lebih afdal.. berdoa dan sedekah kan alfatihah kepada ibu dan bapa kita tak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia
ReplyDeleteTerima kasih abam kie untuk info :)
ReplyDeleteTerima kasih Abam kie kerana ingatkan saya dengan nasihat ni
ReplyDeleterindunya arwah mak dan ayah mama.. tq abam share boleh diamalkan
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian abam kie..
ReplyDeleteya betul tu, satu perkongsian yang bagus
ReplyDeletegood sharing abam kie. Sarie dah 32 tahun kehilangan arwah ibu
ReplyDeletePerkongsian yang sangat bagus. Terima kasih atas perkongsian ini..
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian..
ReplyDeleteanak adalah harta ibu bapa di dunia, yang paling berharga di akhirat...
ReplyDeleteantara harta yang belum ada rezeki untuk dimiliki...
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.