SENARAI PERKARA PELIK DI KELANTAN
1. Hub perniagaan di Kelantan 80% adalah milikan orang Melayu. Kau cari ada tak negeri lain macam ni. Karang aku ulas panjang, kau kata rasis.
2. Kuasa beli rakyat Kelantan sangat tinggi. Tak percaya? Tesco Kota Bharu pernah mengutip tunai 1 juta pada hari pertama ia dibuka. Kau jangan pandang lekeh kat pokcik heret lembu pagi-pagi tu. Dalam kilas kain pelekat dia tu, boleh beli cash Benelli TNT135. Tu belum total bawah bantal tidur dia boleh angkat Panigale sebijik secara tunai.
3. Orang Kelantan akan cari daging lembu segar untuk hidangan makan. Bukan sejuk beku di kebanyakan orang negeri lain. Jadi jangan hairan, tengok tepi-tepi jalan orang berkerumun tunggu lembu tergantung daging segar tengah dilapah. Orang Kelantan rajin bela ternakan, jadi sumber daging banyak.
4. Ikan segar yang murah setiap hari senang dibeli di segenap ceruk kampung. Peniaga-peniaga ikan di Kelantan keluar se awal 4 pagi untuk dapat bekalan ikan segar dan dihantar sampai ke kampung-kampung. Kau? Tu beli ikan kt pasaraya segi yg dah merah mata pecah perut? Maju sangat dah beli ikan di supermarket?
5. Jumaat Sabtu hari shopping. Pergi lah ke bandar-bandar utama setiap daerah, akan ada pasar pagi penuh dengan manusia. Pergi ke pasaraya besar, parking penuh. Tu aku jenuh cari parking kat KB Mall tu kalau hari sabtu. Tang mana miskin nya?
6. Kalau di luar, setengahnya kereta mewah boleh dibeli dengan adanya slip gaji. Tapi di Kelantan, rakyatnya mampu juga beli kereta mewah walaupun tanpa slip gaji. Ya, dengan berniaga. Pernah ada sorang aku kenal, niaga goreng pisang tepi jalan, pujuk nak beli Golf Gti tu dengan cash. Maksudnya apa? Dia ada tunai yang banyak. Celah mana rakyat Kelantan di sapu bersih sebagai miskinnya??
7. Aku dengki wei. Cikgu-cikgu di Kelantan mampu bina banglo mewah atas bidang tanah yang boleh buat swimming pool. Di KL, cikgu boleh beli rumah jenis apa sekarang? Nung merak di kayangan, appartment yang selesa pun susah nak dapat sekarang.
8. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah airport kedua tersibuk di Malaysia. Sebanyak 45 penerbangan sehari sehingga 65 penerbangan dosmestik sehari di musim perayaan. Gilo! Miskin lagi ko tara ni?
Takkan lah nak kena ada pusat perjudian atas Lojing nung baru boleh dikatakan maju?
Kawan-kawan yang bukan orang Kelantan, sila bertandang ke sini barang 3-4 hari. Aku bawa korang kenali mana maju mundurnya Kelantan. Mai aku belanja sup kepala ikan Pok Mat Pulau Pisang. 😋
kredit penduduk kelantan....😊😊
12 Comments
TULAH ORANG KATA, USAH DIPANDANG PADA LUARAN TANPA KENAL ISINYA...
ReplyDeleteteringin nk datang kelantan, nak pergi ke pasar siti khadijah yang terkenal tu, nak makan pelbagai kuih muih dan makanan kelantan yang sedap-sedap tu.
ReplyDeletekawan-kawan pejabat saya pun ramai orang kelantan, alhamdulillah hidup senang semuanya...
best nya duduk di kelantan..
ReplyDeleteTu lah.. Kalau weekend, nak cari parking kat Pasar Siti Khadijah memang rasa nak nangis
ReplyDelete〒_〒
Besan Pakngah PC bila datang ke Johor tak pernah tak bawa daging fresh..siap tulang lagi..rebus masak sup..fuhh.
ReplyDelete9. Kelantan bukan lagi negeri pembangkang sekarang.
ReplyDeleterindu sangat nak pi ke kelantan lagi. memang sentiasa ingat kat kelantan ^_^
ReplyDeleteWah! baca post nih! memang beza sangat dengan apa-apa yang disangka-sangka kepada orang Kelantan tu.
ReplyDeletedah lama tak datang kelantan. memang kadang orang ramai tak tahu kan
ReplyDeleteTak pernah ke kelantan lagi setakat nih. Menarik sungguh!
ReplyDeleteuntung duk kelanatan.. semua mampu dibeli dan tenang je.. Liez suka g kelanatan sbb macam relax dan best.. ikan mmg murah la..
ReplyDeleteyaaa, kita ke kelantan dua kali dahhh...semua ini betul..hihihi
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.