Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000!
Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad
Buat
pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa
Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac,
Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka
sebelum menyuapnya ke dalam mulut!
Dicipta
khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri
boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai
1 Mac hingga 30 April 2020. Untuk
menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang
hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!
"Pringles
telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia
telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan.
Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda
makan, keseronokannya tidak akan berhenti!" Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan
perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh
menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran
Kellogg di Asia Tenggara.
"Kini
terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim
Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas
& Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad
atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac,
kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa
memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai
permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk
"meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi
jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil
mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.
Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka
Perisa Misteri"!
• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan
lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk
ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri
kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai
peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang
tunai RM20,000!
Untuk
menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi
satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya. Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan,
jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda
"menyelesaikan" perisa dengan betul!
Dapatkan
kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the
Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!
Untuk
maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau
ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.
Mengenai
Pringles
Dalam masa 40 tahun ini, Pringles telah berkembang
menjadi makanan ringan sensasi di peringkat global. Pertama kali dicipta pada
tahun 1966 di Amerika Syarikat, dan dilancarkan secara rasminya di seluruh
negara pada tahun 1975, Pringles dengan pantas telah menjadi sensasi di seluruh
negara yang didorong oleh bentuknya yang unik seperti pelana yang disusun
bertingkat-tingkat di dalam bekas silinder dengan ikon Mr. P. Kerepek Pringles yang ikonik kini dijual di
140 buah negara dan boleh didapati dalam lebih daripada 140 perisa ikonik.
Pringles diwujudkan untuk meningkatkan pengalaman nikmat
makanan ringan melalui keseronokan dan bermain. Di Pringles, kami mencari orang
yang gemar ketawa dan bermain. Mereka menjadi penjelajah sosial yang mengoptimumkan
pengalaman dengan mencari kelebihan dalam setiap perkara setiap hari, mengubah yang
biasa menjadi luar biasa. Pengguna kami ingin tahu dan gemar meneroka tempat,
makanan dan pengalaman baharu.
Diterbitkan
oleh Bridges PR & Events Sdn. Bhd. bagi pihak Pringles Malaysia.
Untuk
maklumat lanjut media, permintaan produk, dan imej, sila hubungi:
8 Comments
Good luck..
ReplyDeleteSemoga ada rezeki..
ReplyDeleteabam kie rasa apa? kita rasa macam lasagna gitu ha
ReplyDeletennti nk beli pringles juga
ReplyDeleteLumayan hadiahnya kalau dapat
ReplyDeleteserious curious ni perisa apa agaknya.
ReplyDeletewah, menarik...all the best !
ReplyDeleteWah.. misteri ini.. Selamat berjaya..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.