Assalamualaikum. Teringat zaman awal alaf baharu ni Nokia merupakan jenama handphone yg terunggul di Malaysia. Awal thn 2000 tu Abam Kie bertugas di Papar, Sabah. Bila berpindah ke negeri sendiri pada Jun 2001 trend penggunaan Nokia 3310 begitu memuncak. Siapa yg memiliki hp model ni dikira in-trend la. Ada beberapa model Nokia yg lain tp 3310 la yg menjadi pilihan. Biarpun 3310 ni berat n 'bulky' tapi ia menjadi pilihan sebab tahan lasak. Kalau baling kat anjing mahu mampus anjing tu dibuatnya! Hahahaha... HP masa tu skrin monochrome je. Ringtone monophonic je. Kegunaan HP yg utama pd masa tu utk call n sms. Kdg2 tu main game ular dan bricks. Satu lagi nak set alarm utk bangun pagi!


Sekarang ni jenama Nokia makin terkikis dari ingatan warga Malaysia. Apa yg Nokia alami juga sdg dialami oleh Samsung. Masa mula2 keluar android OS dulu memang Samsung juara. Tapi skrg x ramai guna Samsung sbb harganya mahal. Tak padan dgn specs yg diberikan. Org sudah bertukar kpd jenama China spt Vivo, Huawei, Oppo, Redmi, Xiomi, Asus dll. Org yg ada2 je guna Samsung. Dok gitu?

Baru2 ni abam kie order HP Nokia 3310 yg telah diberikan penjenamaan semula dan nafas baharu. Yg terkini ni dtg dlm pelbagi warna. Yg abam kie terima ni kaler turquoise je. Skrin warna lagi. Ada la mcm2 function dlm tu. Ni rasa mcm layari internet guna GPRS 10 thn lps. HP ni abam kie beli sbg backup kpd HP Vivo V11 yg digunakan skrg. Baterinya buleh standby sampai 1 minggu jika x digunakan. Memang pun HP ni dlm mode standby sokmo. 

Oh! Ya...HP Nokia 3310 ni cuma RM38 je kat Shopee. Kalau kwn2 berminat nak mengimbau pengalaman masa muda-mudi sambil menggunakan HP ni boleh la beli satu! selamat mencuba!