Terkenang Semasa Dulu (Bahagian 1)
Selama tiga post berturut2, Abam Kie akan kongsikan gambar2 kenangan zaman dahulu sekitar tahun 70an dan 80an dengan rakan2 blogger sekalian. Semoga dengan paparan ini dapat mengembalikan nostalgia zaman kanak2 dahulu. If only I could turn back the time....
Masa kecik2 dulu beberapa rumah je yg ada televisyen. Kalau ada pun kena guna kuasa bateri kereta. Siaran je x lama. Paling awal pun selepas balik sekolah baru ada siaran. Masa tu paling banyak pun ada TV1, TV2 dan TV3. Biasanya tayangan filem Melayu pada malam Sabtu yg dinanti2. Masa tu hampir sekampung pi mengadap TV di rumah penghulu. Maklum la kan. Hiburan tak banyak pada masa tu. Jadi dengar radio je la sambil buat kerja rumah.
Antara permainan yang digemari ramai ialah bermain guli. Biasanya budak2 lelaki yg gemar main benda ni. Tapi gegurl pun main sama. Masa tu x adalah perasaan malu dan segan. Pegang tangan budak pompuan pun x rasa apa2. Huh! Kalau budak sek rendah skrg mahu tak berakhir dengan permainan XXX! OMG! Tapi pada masa dulu bebudak lelaki dan perempuan boleh je main guli dan permainan rakyat lain bersama2 tanpa ada rasa ghairah!
Persiapan raya pada zaman 70an dan 80an tetap meriah biar pun keluarga masing2 bukannya berduit pun. Meskipun secara sederhana, langsir perlu ditukar paling kurang 2 tahun sekali. Nak tukar tiap2 thn x cukup duit la. Masa tu anak2 pakat gantung langsir yg dijahit oleh mak. Corak langsir biasanya yg plain atau yg ada bunga kecik2. Mcm floral gitu.
Seingat abe kie, elektrik mula dipasang di rumah pada tahun 1983 iaitu semasa di darjah 4. Masa tu barulah terang la sikit rumah tu. Nak membaca buku x perlu bergantung kpd cahaya pelita atau lampu minyak tanah. Nak iron baju pun x perlu guna wireless iron lagi. Salah satu suis yg lejen pd zaman 80an tu adalah yg warna hitam tu. Kdg2 abang suka menyakat adik dengan mematikan suis tu. Pas tu siap bertengkar la adik beradik.
Ayah abe kie ialah tukang rumah. Rumah di kg tu dia la yg buat sendiri. Cuma bila nak pasang tiang tu dia minta tolong dgn jiran. Jadi segala alat pertukangan dia tu diletakkan di dalam bekas kayu khas. Skrg ni kita guna tool box. Jgn sesekali ambik brg2 pertukangan dia tanpa izin! Mahunya dia mengamuk nanti, apatah lagi jika ada barang yg hilang.
Seingat abam kie la, pada lewat 70an, alas kaki yang dijalin mcm ni amat popular. Hampir semua rumah ada la alas kaki ni. Mcm jd trend plak. Kdg2 tu ada penjaja yg merupakan pelarian dari Kemboja dtg jual barang2 mcm ni ke rumah. Mereka tu orang Melayu Champa. Nampak comel kan alas kaki retro ni?
19 Comments
suis tu teringat masa kt kampung..skrg pun umah tok ada lagi suis mcm tu
ReplyDeleteNostalgia...mak saya jahit sendiri alas kaki mcm tu..byk perca kain kt rumah sbb mak tukang jahit..
ReplyDeletei miss the old times
ReplyDeleteSemua ni PC jumpa Cikgu AK...hehehehe..terus terimbas zaman kanak-kanak dulu.
ReplyDeleteSalam, abg kie darjah 4, SS tak lahir pun ke dunia lagi... apa pun, SS sempat membesar dengan segala memory tu... syukur. Skrg ni, zaman dah jauh bebeza.
ReplyDeleteSemuanya telah kita lalui
ReplyDeletewah..menariknya zaman abe kie...walaupon saya tak merasa sangat zaman tu,tapi ada lah tengok yang alas kaki,suis lampu tu...heee
ReplyDeletemmg nostalgia sgt a.kie..sejarah tak mungkin berulang..huhu
ReplyDeleteHahaha... I like! Memang terkenang balik masa kecik-kecik dulu... semua gambar kat atas tu berkaitan kecuali main guli tu... kami dulu x main guli, kami main gelang getah... penuh lengan dengan getah time tu. hahaha. Satu lagi jamban... jamban tu hanya ada lubang besar macam telaga... atas tu ada dua keping papan tempat letak kaki... siksa ya rabbi... + lalat hijau dok hingaq... adoi...
ReplyDeletesaya lahir 90an alhamdulillah masih sempat merasa semuanya macam dalam gambar bila balik kampung.
ReplyDeletenostalgia sungguh ni cikgu
ReplyDeleteWoww!! My dad also used to story those nostalgic times for me. It makes me wonder how happy life used to be. There's only a few yang izzati pernah lalui. What a meaningful sharing here. <3
ReplyDeleteMengimbau kenangan semua gambar-gambar tu. Tandas luar rumah tu memang seram. Tabika kemas kat kampung tandas di luar. Tabika lama. Siang hari pun takut nak ke tandas.
ReplyDeleteSaya 90 liner sempat lagi merasai semua ni bila ke rumah moyang..rindu rumah nyang dan nyang aji
ReplyDeletesuis hitam tu kat umah mak ada lagi..hahahha!
ReplyDeletebetul la abe, kenapa ekk dulu kita main laki pompuan harmoni aje, takde pun kes2 macam sekarang yang sangat menakutkan..adakah sebab hedonisme yang menular dalam masyarakat tanpa terkawal lagi?
susah nak dapat barang seperti ini sekarang ini..
ReplyDeletekalau adapun barang tersebut memang barang antik
Yeahh rindu pula zaman tu
ReplyDeletepernah merasa semua ni dulu bila balik rumah atok kecuali tandas kat luar rumah tu..hehe
ReplyDelete♕Tiara Sapphire♕
alamat aiii... semua ni buat aida terkenang kat umah nenek both sides.
ReplyDeleterinduuuuuu!!!
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.