Assalamualaikum. Pada kali ini Abam Kie ingin menyambung posting nostalgia zaman kanak-kanak dahulu. Ingat lagi tak dengan kerusi santai yg dibuat drp dawai bersalut plastik yg berwarna-warni tu? Biasanya kerusi mcm ni budak2 yg suka duduk. Sambil minum air oren dan chikedis pada waktu ptg, kami duduk di atas kerusi ni di beranda. Org tua pun boleh duduk gak cuma kalau berat melebihi 100kg, mereka dinasihati agar duduk di lantai aje la. Hehehehe...


Budak2 lelaki pasti suka main gasing kan? Sama ada kami buat sendiri gasing tu daripada kayu atau kami beli yg dah siap. Siapa yg dapat pangkah gasing lawan banyak kali maka dia yg dikira sebagai pemenang. Atau pun kami main gasing siapa yg berputar paling lama, maka dialah dianggap sebagai pemenang! Indah kan permainan tradisonal kita?


Aiskrim Malaysia ni wujud sejak pertengahan 70an lagi bila pekedai runcit ada peti sejuk besar. Seingat Abam Kie, kedai runcit Pak Long memang ada jual aiskrim ni. Pada waktu ptg, mak sedara dan pekerjanya akan mengikat aiskrim ni sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ada mcm2 perisa seperti bubur kacang, asam boi, jeruk kelubi, jeruk mangga, sirap, milo dan sebagainya. Tapi yg top sudah pasti ais krim bubur kacang la. Harganya cuma 10 sen. Kalau skrg mahunya 50 sen sebatang! Matilanak!


Pada zaman dahulu sukar nak jumpa rumah yg ada peti sejuk sebab di kampung belum ada bekalan elektrik lagi. Jadi kami simpan segala lauk-pauk di dalam almari mcm ni la. Biasanya ikan dan ayam kena habiskan pada hari tu juga utk mengelakkan daripada berbau busuk atau basi. Tapi kami x risau sebab memang ibu masak cukup2 utk makan anak2 je. Penjaja yg menunggang motosikal pun ada masuk ke kg menjual ikan dan sayur. Kalau ayam tu bapa sembelih sendiri sebab ayam memang dibela. Selalunya pd hujung minggu je dapat makan ayam atau daging. Hari2 lain makan ikan dan telur je. Kalau nasib baik boleh makan ikan sardin gak.


Masa kecik bila ayah atau ma belah kelapa tua yang ditunggu2 ialah tombong kelapa. Betul la kalau makin kecik lagi manis rasanya. Jika tombong tu besar, maka rasanya tawar. Zaman dulu makanan ringan x banyak, jadi kami apa jua yg boleh dimakan. Alhamdulillah, berjaya juga membesar kekal sihat sebagai johan!


Pada zaman dulu, betapa siksanya nak mandi pagi sebelum gi sekolah sebab sumber air hanyalah dari perigi. Tapi masa darjah 1, ibu pastikan abam kie mandi dengan air panas je. Dia memang jerang secerek air untuk abam kie mandi. Maklumlah pada masa tu masih lagi anak bongsu. Hehehe. Cuma bila masuk darjah 2 tu dah mampu mandi air perigi sejuk! Kalau bab mandi perigi ni, waktu tengahari la waktu yg best sebab air telaga tu sejuk je. Memang dpt menyamankan suhu yg panas masa tu. 


Bila nak gosok baju sekolah kena bakar tempurung kelapa dulu. Lps tu masukkan ke dalam seterika wireless gitu! Hebat kan? Masa dulu tanpa wayar tapi sekarang berwayar plak! Biasanya seterika ni dibuat drp tembaga. Skrg ni susah dah nak jumpa seterika tembaga ni. Jika terjumpa nak gak guna sekali lagi.