Terkenang Semasa Dulu (Bahagian 3)
Kat atas tu gambar matawang zaman sebelum 80an. Masa tu masih ada nilai RM1000 tapi selepas kemelesetan ekonomi tahun 1998 dulu wang RM1000 sudah dilenyapkan dari edaran. Kalau ada lagi kan best sebab dompet takkan tebal dan kembung. Cuma kalau hilang note RM1K pasti meraung tak sudah sebab nilainya tinggi.
Ni abam kie panggil coklat udang merah. Ada pelbagai warna pembungkusnya. Isinya warna coklat dan ada rasa kacang sikit manakala kulitnya warna putih. Pembungkus dalaman tu plak nipis mcm membran atau tisu. Lembut je. Biasanya kami makan sekali dgn gula2 tu je. Dulu harganya 4 biji 10 sen sekarang ni 10 sen sebiji kot? Rasanya susah nak cari gula-gula ni skrg kat kedai runcit skrg ni...
Abe Kie x hisap rokok, ok? Cuma di sini nak bagitahu rokok pada zaman 80an dulu cuma RM2.70 sepaket. Skrg ni mungkin rm12 kot? Manalah abe kie tahu sbb x pernah beli. Tapi rasanya nilainya sama je sama ada dulu dan skrg sebab dulu gaji rendah dan harga barang2 murah. Cuma skrg ni gaji dah tinggi tp harga brg tetap mahal. Apa kes?
Biasa tak main pondok2 masa kecik? Abe kie selalu gak buat pondok, bangsal kat belakang rumah dengan kawan umah sebelah. Pernah tu kami buar ran (tree house) kat atas pokok jambu batu. Siap buat dapur lagi utk memasak. Huh, zaman kanak2 penuh dgn penerokaan dan pengembaraan. Semuanya nak cuba kan?
Bila dapat peluang pergi belikan apa2 utk mak yg nak memasak, pasti dpt duit upah. Duit upah tu la yg dibuat beli tikam-tikam. Jika dpt hadiah maka semakin teruja nak beli lagi tikam2 ni. Jika x menang pun dpt gula2 pun dah cukup. Budak2 mana tahu mak ayah susah cari rezeki utk anak2. Yg dia tahu nak makan apa yg dia nak je.
Permainan kat atas tu abe kie panggil 'bola kaki tiga'. Bola akan dibaling ke arah 3 keping selipar tu. Bila selipar tu jatuh maka pasukan penyerang akan baling bola tu agar mengenai pasukan pertahanan sampai semua ahli pertahanan kena. Kdg2 tu ada gak pergaduhan kecil semasa permainan ini sbb ada rasa x puas hati namun biasanya kami akan berdamai keesokan harinya.
Akhir sekali budak2 perempuan ni suka main masak2 dan jual2. Nak masak beras sikit, cuma masukkan air ke dalam tin milo. Pas tu tunggu la sampai masak. Jika main jual2 tu daun digunakan sbg duit. Jika gunakan pokok duit2 sbg duit syiling lagi real! Begitulah aktiviti budak2 zaman dahulu yg tidak lagi dibuat oleh anak2 zaman milenia ni. Rasanya kehidupan pada zaman dahulu lebih indah dan menarik biar pun kemudahan sangat terhad. Namun kami hidup dengan aman n bahagia. Dok gitu, bossku?
11 Comments
nostalgia zaman dulu2...
ReplyDeleteterkenang zaman dulu... aduhai seronoknya
ReplyDeleteduit lama tu classic nyaa.. hehe sy x lahir lagi time tu.
ReplyDeletetapi rasanya sempat juga tengok note 1k tu.. memang best kalo dapat.. jadi duit raya pun cukuplah sekeping wakakaka..
tikam2 x sure ada ke tak zaman sy kanak2.. tapi main pondok2 baling slipar tu ada.
memang berbirat laa kalo kena. spupu pulak semua lelaki memang xde kesian..
Duit lama tu...suak tengok...kalau dapat la..agak2 jual beribu2 kot nilai dia...
ReplyDeletewah seronok
ReplyDeleteTerus terimbas kenangan dulu-dulu.Ya Allah.
ReplyDeleteDlu rokok 2 3 ringgit je tp skrg cecah rm15 boleh beli sekor ayam..tp sy pn x merokok
ReplyDeletehaha.. orang lama nih... nostalgia betul. Peperiksaan Penilaian Darjah Lima sempat tak abe kie? hahaha la ni UPSR
ReplyDeleteKenangan silam yang tak mungkin akan berulang.
ReplyDeleteSelamat hari guru buat cikgu.
semua nya pernah dapat rasa. alhamdulillah ^_^
ReplyDeletegula gula kacang tu masih ada, kan?
ReplyDeletetapi tak jumpa pun kat melaka ni.
ari tu member dtg kursus, dia bwk ni. puas makan!
kata nyer kat kelantan masih ada jual.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.