Jika Tiada Rezeki...
Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yg panjang .... maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pd kedua org tua ,... wink wink ;-) Alhamdulillah syukur. InsyaAllah. Rezeki ada di mana-mana.
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.
21 Comments
ye bersyukurlah sentiasa
ReplyDeleteAllah kurnia rezeki berbeza-beza pada setiap orang sesuai dengan keperluan mereka, masalah timbul jika suka banding-bandingkan rezeki kita dengan orang lain...Syukur apa adanya.
ReplyDeleteAllah akan beri yang setimpal buat kita.. ikut keadaaan dan masa yang terbaik. insyallah.. rezeki akan sentiasa ada dariNya dari pelbagai sudut =)
ReplyDeletesentiasa bersyukur apa ada nya...
ReplyDeletesyukur, sabar, doa dan kekal positif :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletealhamdulillah pada rezeki yang ada
ReplyDeleteBetul itu rezeki untuk habiskan masa bersama ibubapa.
ReplyDeleteYa, bersyukur dan teruskan usaha.
ReplyDeleteKita merancang Allah menentukan
ReplyDeleteDidik hati sentiasa bersangka baik dengan Allah.Positif selalu.
ReplyDeletesentiasa bersyukur dgn rezeki yg ada..
ReplyDeleteSyukur selalu...nikmat Tuhan sentiasa ada..
ReplyDeleteAllah dah allocate rezeki setiap hambaNya, usaha lebih dapat lebih, tak dapat apa kita nak, Allah bagi apa kita perlu :)
ReplyDeletenice sharing..btul tu.rezeki ada banyak benda..kita kena hargai apa yg ada.
ReplyDeletepesanan yg indah..tq sharing :)
ReplyDeleteBetul tu! Sharing yang menarik pesanan yang memberi makna 💯
ReplyDeleteIn syaa Allah. Mudah-mudahan hati ni sentiasa bersyukur. Aamiin.
ReplyDeleteinsha Allah :')
ReplyDeletebetul abam.. kena berbaik sangka dengan Allah jika apa yg kita nak tak dapat. adalah tu tersurat rezekinya
ReplyDeleteInsyaAllah.. Sentiasa bersyukur dengan apa adanya..
ReplyDelete100 % setuju. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. syukur alhamdullilah atas segala nikmat kurnia yang diberikan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Aamin.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.