PERSEDIAAN BALIK KAMPUNG
InsyaAllah pada 31 Julai 2020 ini kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sudah pasti ramai dikalangan kita akan pulang ke kampung untuk berhari-raya dengan keluarga tersayang. Iyolah kan? Masa Raya Puasa tempohari tak boleh balik kampung atau merentas negeri kerana PKP. Raya Haji ni mesti ramai yang akan memakan jem di lebuhraya dan jalanraya kerana nak balas dendam tak boleh kampung dulu biarpun cuti Raya Haji cuma 4 hari. Huhuhu.....
Di sini Abe Kie ingin berkongsi sedikit tip dengan rakan-rakan blogger yang akan memandu kereta menuju ke kampung halaman masing-masing. Kena buat pemeriksaan kepada kereta yang akan dipandu tu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini semasa pulang ke kampung. Semoga ianya memberikan manfaat kepada rakan-rakan sekalian. Hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi.
Periksa penapis udara.
Ia biasanya
terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.
Keluarkan
penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya,
ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.
Penapis
berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin
dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.
Periksa minyak brek.
Lakukan
pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek
lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah
minyak brek yang betul.
Takat berkenaan
boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.
Periksa cecair penyejuk ‘coolant’
Ia adalah cecair
yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan
periksa warnanya.
Biasanya ia
berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator
anda mula berkarat dan air perlu ditukar.
Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang
dihidupkan.
Periksa minyak ‘power steering’
Minyak ‘power
steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk
mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem
‘steering’ kenderaan.
Periksa minyak gear
Jika kenderaan
anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.
Pemeriksaan
berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk
mengelakkan berlakunya kebocoran.
Periksa cecair pencuci cermin
Ia antara cecair
yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin
hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.
Air berkenaan
membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian
radiator.
Periksa takat minyak hitam
Sebelum
memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak
kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya
tidak diikat kemas.
Periksa tekanan tayar kenderaan anda
Tekanan tayar kenderaan anda haruslah
sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar
simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.
Penutup
Dengan panduan di atas, kawan2 boleh melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu ke bengkel serta
memulakan perjalanan dengan penuh yakin ke destinasi. In Shaa Allah....
8 Comments
Alhamdulillah.. Perkongsian tips yang ohsem..
ReplyDeleteBoleh buat sendiri je..
semoga semuanya selamat balik ke kampung..
SOP Covid jangan lupa amalkan..
semoga dipermudahkan perjalanan mereka yg nak balik kampung..
ReplyDeleteNice sharing Abam Kie, bila kita ambil tahu tentang perkara ni InsyaAllah perjalanan selamat
ReplyDeleteHati2 balik kampung
ReplyDeleteSelamat pulang ke kampung
ReplyDeletesemua tu kerja suami shida hehee. Inshaa Allah biasanya sebelum mula perjalanan dia akan cek semua di atas :)
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha abam kie dan family :)
Wah persediaan yang bagus.. Kepada yang balik kampung tu hati2 ya!
ReplyDeleteJemput join GA --> Giveaway by ejulz & shirven
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.