Tips Datang Awal Ke Masjid
Ada sorg penuntut ilmu melihat gurunya sgt awal dtg ke masjid menunaikan solat Subuh. Setiap kali dia datang ke masjid pada awal pagi, dia akan mendapati gurunya sudah lebih dahulu sampai. Maka si murid bertanya kepada gurunya : " Wahai Tuan Guru, bolehkah Tuan Guru beritahu kepada saya teknik dan resepi datang ke masjid awal?" Maka Sang Guru menjawab soalan muridnya dengan bertanyakan soalan : " Adakah kamu sudah berkahwin? " Si Murid menjawab : " Belum Tuan Guru" Maka Sang Guru lalu berkata : "Berkahwinlah " Mengikut arahan Tuan guru maka si murid tersebut terus berkahwin. Namun yang menghairankan dirinya, bukanlah dia semakin awal ke masjid, malah semakin lambat ke masjid. Maka , setelah beberapa hari keadaan berlarutan, dia lalu mengadu kepada gurunya tersebut . " Tuan Guru menyuruh saya berkahwin, dan saya telah pun berkahwin dengan harapan akan semakin cepat ke masjid namun yang berlaku sebaliknya. Saya bukan semakin awal ke masjid malah semakin lambat". Maka Tuan Guru menjawab : "Berkahwinlah satu lagi" Terkejut dengan jawapan gurunya tersebut. Kalau seorang isteri sudah lambat ke masjid apatah lagi berkahwin dua. Namun , disebabkan patuh dengan arahan gurunya maka dia berkahwin pula dengan isteri yang kedua. Namun keadaan masih berterusan sedemikian. Malah lebih lambat. Dia tetap terkalah dengan gurunya yang sentiasa lebih awal berada di masjid. Sekali lagi dia mengadukan perkara ini kepada gurunya. Maka jawapan yang diberikan oleh gurunya sangat memeranjatkan dirinya . Kata Tuan Guru : " Kalau begitu, kahwinlah seorang lagi" Maka beliau sekali lagi melaksanakan arahan gurunya tersebut. Pada satu pagi, ketika Tuan Guru datang ke masjid. Beliau terkejut melihat muridnya sudah berada di masjid. Lebih awal daripada dirinya. Tuan Guru bertanya sambil tersenyum : " MasyaAllah, apa rahsia kamu datang awal ke masjid pada pagi ini?" Jawab Si Murid : " Bukan setakat datang awal Tuan Guru, malah saya tidur di masjid terus. Rahsianya : Kahwin 3 . Pening kepala saya dengan semua, akhirnya masjidlah yang terbaik utk bermalam " Tuan Guru tersenyum lalu berkata : " Alhamdulillah , kamu dah jumpa teknik dan rahsia datang awal ke masjid "
14 Comments
adooii hahahaa..sudahnyaaa..
ReplyDeletehahhahhaa...nasib baik sekadar cerita.
ReplyDeletebukan mudah untuk kahwin lebih dan bukan mudah untuk ke masjjid awal pagi kecuali mampu melawan nafsu untuk lena diulit intan
haha.. terbaik la tuan guru
ReplyDeleteSabar jelah.. hahahaha
ReplyDeleteapakah..hahahahha
ReplyDeletehahaha...betul gak tu....masjid la tempat utk cari ketenangan...
ReplyDeleteHahahahha macam tu pula ye
ReplyDeleteBoleh cuba..hahahaa
ReplyDeletenice entry..haha
ReplyDeleteitulah, elok2 ada 1 'masjid', pergi extend 'masjid' kih kih kih
ReplyDeleteAlamak penyelesaiannya ialah cari keadaan yang memeningkan kepala.
ReplyDeletehahahaha. terbaik punchline Mr Abam Kie. Terhibur GV membacanya. :)
ReplyDelete:) hebat tuan guru punya nasihat....hehehe....adeh la....
ReplyDeletesaya satu pon belum, jangan jadikan alasan nak dtg masjid lewat yer...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.