Bagaimana mengetahui waktu subur anda?
Ok, pada entri kali ini, Abe Kie ingin
berkongsi dengan rakan-rakan blogger tentang tanda-tanda atau kriteria yang boleh membuatkan anda tergolong dalam kategori lelaki atau wanita yang subur.
Abe Kie senaraikan ciri-ciri tersebut mengikut
lelaki dan wanita dalam senarai berikut:
[1] Isipadu air mani lelaki yang terhasil
dalam satu pancutan mestilah 1-5 mL.
[2] Daripada jumlah tersebut, mesti
mengandungi
sekurang-kurangnya 20 juta sel sperma dalam
setiap 1 mL.
[3] Sel sperma haruslah mempunyai bentuk
normal
dari segi morfologi.
[4] Air mani tidak boleh terlalu pekat kerana
ini
menyukarkan pergerakan sperma kelak di dalam faraj isteri anda.
[5] Bagi wanita, pada hari ke-14 selepas
berlakunya
haid, anda akan dapati faraj anda berasa lebih
basah dan mengandungi lebih cairan. Pelepasan
ovum harus berlaku pada hari ke-14 ini.
[6] Payudara wanita akan lebih berasa pejal
dan
montok ketika hari subur tersebut.
[7] Wanita tersebut pada hari subur mereka,
mereka
juga akan lebih merasa ingin sentiasa bersama
pasangan serta sifat manja mereka terhadap
suami akan lebih ketara :-)
Itulah 7 tanda yang menentukan samada
seseorang lelaki atau wanita itu subur atau tidak.
Abe Kie mendoakan agar rakan blogger yang baru mendirikan rumahtangga akan dapat menimang
cahayamata pada tahun pertama perkahwinan. Selamat mencuba! InsyaAllah, akan dapat bayi yang comel, sihat dan cukup sifat nanti.
10 Comments
wow..baca jer la..heehe
ReplyDeleteGood info 👍
ReplyDeletebaca je sambil buat revision sbb nak ber'anak' kecil lagi dah tak relevan utk kami suami isteri
ReplyDeletetq abam satu post yg bagus
ReplyDeleteterima kasih abam kie atas sharing.
ReplyDeleteinfo yang menarik =)
ReplyDeleteNice info
ReplyDeleteInfo yang berguna especially untuk generasi yang akan datang..
ReplyDeleteShida masih mencuba :)
ReplyDeletetq abam kie atas perkongsian :)
Info pendidikan orang dewasa yang sangat bagus. Good info Mr Abam Kie.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.