Belajar mengaji Al-Quran dengan bekas ibu mentua
Setiap dari kita umat Islam mesti membaca Al-Quran dengan betul tajwidnya agar solat kita diterima Allah. Sebenarnya saya sudah lama ingin mengikuti kelas tajwid namun belum jumpa dengan guru yang sesuai. Saya lebih suka mengadap tok guru face-to-face daripada belajar dalam kumpulan kerana ada perasaan malu dan rendah diri.
Kebetulan pada minggu lepas bekas ibu mentua saya
menawarkan diri untuk mengajar tajwid kepada saya secara percuma. Katanya bila
dia sudah tiada dapatlah saya mengajar anak-anak mengaji Al-Quran. Tambahan
pula teman wanita saya kehairanan bila saya kata saya menghantar anak-anak
mengaji dengan nenek mereka dan bukannya diajari oleh saya sendiri. Malu gak
saya sebentar. Demi teman wanita tercinta saya kena betulkan tajwid ni. Ahakss!
Jadi pada petang Isnin lepas kelas pertama bermula
selama 15 minit. Saya membaca surah Al-Baqarah sambil bekas ibu mentua saya membetulkan
mana bacaan yang tersasar. Sedikit demi sedikit saya menyedari kesilapan selama
ini dan membetulkan mana yang patut. Banyak ilmu yang saya dapat hari itu.
Tidak sabar rasanya untuk ke kelas seterusnya pada Sabtu ini. Kalai ini saya
kena bawa pen dan buku catatan untuk mencatit nota.
P.S. Bekas ibu mentua saya sudah meninggal pada Oktober 2018. Al-Fatihah (dibaca) dan Innalillahiwainnailahirajiuun....
10 Comments
Alhamdulillah..
ReplyDeleteal fatihah..moga amal ibadah diterima
ReplyDeleteBelajar lewat daripada tiada.
ReplyDeleteSaya pun memang belajar bersua muka.
alhamdulillah..
ReplyDeletesemoga ibadah dan sedekah kita diterima
its never late to start
ReplyDeleteIni entry throwback ya abam kie :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, zumal dah lama terhenti belajar Al Quran di sebuah surau kerana ustaz tak buat kelas di situ lagi kena cari tempat baru pula
ReplyDeletealfatihah buat ibu mertua. untung org yg ajar mengaji ni. pahala dia tak putus
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.