Kenapa Saya Tidak Memelihara Kucing?
Assalamualaikum.Kawan-kawan suka memelihara kucing ke? Pada masa kecil dan remaja Abam Kie tidak kisah dengan kehadiran kucing di rumah. Kucing2 pada zaman 80an dan 90an tidak memilih makanan. Biasanya keluarga abam kie akan gaul ikan singgang dengan nasi untuk diberikan kepada kucing. Mereka membesar dengan makanan ala kampung gitu! Tak ada lagi Friskies bagai pada zaman tu.
Seiring dengan perubahan waktu, pada zaman cyber ni makanan kucing sudah banyak di pasaran. Macam2 jenama ada. Jika kucing liar datang ke rumah nak makan, Abam Kie OK je. Abam Kie siap letakkan bekas makanan untuk mereka. Tapi kucing jalanan ini lama-kelamaan akan menjadi jinak dan akhirnya akan naik ke rumah mencari ikan di bawah saji dan bekas sisa makanan!
Yang membuatkan abam kie enggan membela kucing ni sebab yang betina akan kerap bunting. Paling kurang 3 kali setahun. Banyak la populasi kucing di rumah. Susah la nak jaga anak-anak bulus ni. Mereka berkeliaran di porch. Pada waktu pagi kena check di bawah kereta sebelum 'reverse' kereta sebab takut tergilis anak2 kucing ni. Pernah gak tergilis sebab anak2 kucing ni enggan beralih dari bawah kereta. Huhuhuhu...
Manakala yang jantan pula suka kencing merata-rata. Kat langsir pintu atau tayar kereta/motor memang selalu dipancut oleh mereka. Kadang-kala mereka pancut ke dalam raga kain yang baru dibasuh! Bengong betul!
Pas tu jika ada kucing betina di rumah ni maka banyak la kucing jantan yang bertandang ke rumah dengan niat nak mengorat si betina ni. Dan mereka ni akan melakukan vandalisme di rumah abe kie.
Selain daripada itu kucing2 ni suka melompat ke atas bumbung dan bonnet kereta Abam Kie. Habis la calar kereta tu. Binatang ni tak reti bahawa cakar mereka tu merosakkan kereta. Mujurlah kereta Preve ni dah masuk 8 tahun. Kalau baharu beli kereta memang Abam Kie haramkan kucing berada di rumah! Arrgghhh!!!
Sekarang ni cuma ada seekor anak kucing di rumah Abe Kie. Kucing ni unik sebab memiliki warna mata yang berbeza. Biru di sebelah kanan dan hijau di sebelah kiri. Kucing ni yatim piatu jadi Abam Kie pelihara la dulu. Nanti bila besar nak jual kepada mana-mana peminat kucing. Harap ada yang sudi membelanya nanti.
Demikianlah kisah Abe Kie yang kurang gemar memelihara kucing. Bukan tak sayang binatang cuma tak tahan dengan perangai mereka. Itu je. Tolong jangan kecam ye, wahai peminat2 kucing di luar sana. Terima kasih.
20 Comments
Suami saya punya alasan yg sama mcm abam kie dan dia cukup marah kalo tercium bau kencing kucing kt luar rumah, lagi berangin kalo kereta dia kena cakar..
ReplyDeleteBukan cuma memelihara kucing,apa sahaja haiwan peliharaan tetap ada risiko dan kos serta komitmen yang perlu ditanggungkan Cikgu.Bagi PC mudah,mahu pelihara atau tidak itu tidak menjadi masalah dan pilihan serta atas pertimbangan masing-msing tapi jangan aniaya haiwan.Itu sahaja.
ReplyDeleteTak salah atie klu nak senang mandulkan saja ,jantan/ betina..
ReplyDeletebetina xkn beranak pinak, jantan plak takkan kencing merata..
itu info yg atie tau dari kawan.. tapi atie sniri pun bela kucing liar mmg tak bg masuk rumah langsung...
saya suka kucing jugak..ada 3 ekor kat rumah. mak die tu dah berapa kali brape tapi kawal jugak tak bg die kluar sllu.
ReplyDeletex salah pun
ReplyDeletesy pun tak suka bela kucing..bau kucing apatah lagi. takat jumpa kucing nak bagi makan kat tepi jalan tu ok lagi...tapi nak belai2 manja tu memang taklah.
ReplyDeleteSib baik ada diclaimer di akhir entri hehehe. Saya suka bela kucing tapi bila die dah beranak pinak, pening kepala juga nak jaga :)
ReplyDeletesaya pencinta kucing..tapi tu la..kucing sekarang ni diva..nak makan sedap sedap je..geram betul..tapi so far kucing liar yg datang rumah tak pernag selongkar saji sebab die tau saya garang..semua behave lagi la..
ReplyDeletecantik mata kucing tu abam kie, dana pun kat rumah ada si comot yang menumpang di rumah... kami letak dia kat luar rumah je tak biasakan dia duduk dalam rumah... kalau masuk pun malam akan tidur di luar...
ReplyDeletedana ni tak rajin nak menjaga kebajikan kucing tu hehehe... takat bagi makan minum dan tempat tinggal ok tapi bukan dalam rumah
saya suka kucing tapi tak suke bela kucing pasal malas nak menguruskan berak kencingnya.. setakat bagi makan tu ok lagi..
ReplyDeleteLeYa pun pencinta kucing. Tapi tu pun tak belanya di rumah. Sebab ada juga alasan bila LeYa nak travel nanti, siapa yang nak beri makan dia semua. Jadi, lebih baik sayang kucing-kucing kat luar je
ReplyDeleteSaya suka kucing jugak, tapi main kucing kat rumah je..alergik bulu + malas nak urus najis dia..hehe
ReplyDeleteMemang tak tahan dengan perangai mereka yang tak reti diuntung ni, hihihihi
ReplyDeletenieyl mmg suka bela kucing ni..dlu ada bela kucing parsi 2 ekor..Ya Allah tersangat syg mcm anak sendiri..tapi skrg dah x bela dah sbbnya xde masa nak jaga.. skrg ni nieyl bela yg mana dtg dekat rumah je...kasi dia makan dkt luar..biasanya bila lapar je dia akan dtg, dah kenyang ntah mana pergi nya ntah..
ReplyDeleteyalah abam kie..saya suka kucing..tapi bahaya la anak2 dia duk bawah kete,,ayah saya berapa kali dah gilis kucing..sedih
ReplyDeletebtw anda ditag!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/merdeka-giveaway-by-eknsofi.html
Wak banyak ternak kucing.
ReplyDeletebaru2 ni datang lagi dua ekor pendatang tanpa izin.
bela juga.
saya seorang penakut kucing abam kie..rumah mertua byk betul kucing hampir2 20 ekor..bila semua dtg ke saya cepat2 lari msk bilik ^_^ hahahaa itu dulu..dah setahun lebih kawen dgn suami..dorg pn dah kenal..lalu buat xtau je, saya pn takut dah kurg..kdg2 depa mai duduk landing sebelah saya diam je hahaa ^_^
ReplyDeleteDulu family ai pernah bela sampai 20+ ekor kucing hasil beranak pinak. Lepas populasi mereka terlupus, terus dah x bela dah.
ReplyDeleteMembela kucing memerlukan komitment yang sangat tinggi. GV memahami perasaan Mr Abam Kie. huhu.
ReplyDeleteKami pun tak bela kucing. Sebabnya sama macam abam kie juga la. Nanti kencing berak merata, bulu kucing merata.. beranak pinak bagai nanti..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.