Kerana Dia Lelaki
wanita adalah senjata ampuhnya
peruntuh tembok nafsunya

Kerana Dia Lelaki
Kelunakan suara wanita luar biasa
mampu menggoncang imannya

Kerana Dia Lelaki
Gerak geri wanita yang manja
Racun berbisa untuknya

Kerana Dia Lelaki
Santun budi wanita perhatian utama
namun batasnya perlu ada

Dan..

Kerana Dia Lelaki
egonya tinggi,
fahamilah,
ada saatnya perlu demi kehormatan dirinya,
ada saatnya tersalah tempatnya tapi ingatlah,
dia juga manusia.

Kerana Dia Lelaki
akal logiknya mengawal perasaan,
fahamilah,
sifatnya perlu untuk memimpin,
maka ada saatnya,
emosinya sukar ditafsir wanita.

Kerana Dia Lelaki
masalahnya sering terpendam,
tiada diluahkan,
fahamilah,
dia mahu menyelesaikan sendiri,
berikan ruang dan masa untuknya,
setelah beberapa ketika,
bantulah dia.

Kerana Dia Lelaki
dia seorang manusia,
maka fahamilah,
bukan mudah mencari insan kamil,
seperti Rasul tercinta,
setidak-tidaknya dia mengikut jejak Rasulnya,
sekurang-kurangnya dia telah berusaha.