Mengubati Penyakit Batu Karang Secara Islam
Assalamualaikum. Abam Kie sudah mengidap sakit batu karang ni sejak 2010. Sakit ini datang dan pergi. Pernah sembuh kejap, tapi lepas tu datang balik. Tahun lepas bulan April pernah buat rawatan laser di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu namun 6 bulan lepas tu sakit ni datang kembali. Huh, abam kie dah cuba macam2 tapi sakit ni datang lagi dari masa ke semasa.
Bila sakit tu menyerang memang sakit sungguh la! Nak tidur x boleh, nak bangun pun sakit. Last2 gi ke bahagian kecemasan hospital dan minta MA cucuk ubat tahan sakit je la.
Baru2 ini Abam Kie mendapat tips daripada seorang rakan lama yang juga menghidapi sakit batu karang ni. Mengikut katanya, Abe Kie perlu merebus kulit buah delima lalu diminum airnya dalam 2X sehari. Lalu Abam Kie buatlah seperti yang disuruhnya. Abe Kie rebus kulit buah delima tu sampai mendidih. Bila sejuk Abe Kie tapis dan dapatlah dalam 1.5 liter. Tips ini dia dapati daripada Ustaz Sharhan Shafie. Beliau ni satu daerah je dengan Abe Kie.
Selain daripada meminum air kulit delima yang terasa pahit tu, kena baca doa di atas ni sebelum meminum air tu. Abe Kie amalkan petua ini semasa PKP lepas. Namun masih tak dapat menyembuhkan sakit batu karang ni. Nampaknya abe kie kena terus beristiqamah dalam berubat dengan cara ini. In Shaa Allah, dengan izin Allah, Abe Kie akan pulih daripada sakit batu karang yang dideritai sekian lama.
10 Comments
Semoga Abam Kie sentiasa sihat selalu...
ReplyDeleteSelagi boleh usaha,usahakan Cikgu.InshaAllah Allah sentiasa beri ganjaran bagi hambaNYA yang tidak jemu berusaha.
ReplyDeleteSemoga diberikan kesembuhan yg sempurna...amiin..
ReplyDeleteJgn jemu berusaha..
blogwalking here.. :) http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDeleteAbah saya pun tak hilang2 sakit batu karang dia..
ReplyDeleteGV pun pernah kena sakit batu karang. Maybe Mr Abam Kie boleh try minum jus lobak putih dan buah nenas secara konsisten. GV ada buat artikel mengenai sakit batu karang ni selepas GV kena sendiri beberapa tahun lepas. Tapi rasanya Mr Abam Kie lagi kritikal sebab pernah rawatan laser. Kalau Mr Abam Kie sudi baca, boleh rujuk artikel ini >>> http://galaksiviral.blogspot.com/2017/08/cara-untuk-sembuhkan-penyakit-batu.html
ReplyDeletemoga sakit abam kie sagera sembuh dan pulih seperti biasa AMIN!
ReplyDeleteSemoga abam kie sihat sentiasa.
ReplyDeletealamak datang balik pula.. hope abam kie akan sihat dan tetap sihat..
ReplyDeletejemput ke blog baca novel :)
https://zieyaweasley.blogspot.com/search/label/novel
semoga abg kite sihat dan jaga kesihatan selalu.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.