Poslaju tidak mesra pengguna
Daddy memang tak berpuashati dengan perkhidmatan Poslaju ni. Sejak dipisahkan dari Pos Malaysia dan bergerak secara bersendirian makin menjadi-jadi pula kemalasan para posmennya.
Pada hari Rabu
yang lalu, Daddy menunggu posmen Poslaju untuk datang menyerahkan bungkusan
dari kawan di Pulau Pinang. Dua hari sebelum itu kawan berkenaan sudah
memaklumkan kepada Daddy bahawa dia sudah mengepos item berkenaan. Tunggu punya
tunggu posmen Poslaju ni tak juga datang-datang. Lalu Daddy pun keluar membeli
makanan pada jam 2 petang.
Sebaik sahaja
Daddy pulang ke rumah, anak sulung berumur 10 tahun memberitahu yang tadi
posmen Poslaju ada datang nak serahkan bungkusan tetapi bila dia tahu Daddy
tiada di rumah maka dia meninggalkan kad menyuruh Daddy mengambil bungkusan itu
di pejabat pos. Hangin satu badan Daddy dibuatnya dengan mamat Poslaju ni! Kan
org dah bayar untuk awak menyerahkan item tu kepada saya maka serahlah 'by
hand'. Ini satu kesulitan pula untuk Daddy pergi ke pejabat pos dan memungut
item berkenaan. Adakah sukar untuk menelefon pelanggan dan bertanyakan bila
Daddy free dan ada di rumah? Patutlah kos pengiriman Poslaju murah!
Sepatutnya Poslaju
mencontohi syarikat perkhidmatan penghantaran cepat yang lain seperti
Nationwide, Skynet dan lain-lain. Syarikat ini akan menelefon penerima dahulu
sebelum menyerahkan bungkusan. Penghantar cepat mereka akan cuba mencari lokasi
rumah penerima berdasarkan tunjuk-arah yang diberikan. Ini baru professional!
Tapi Poslaju ni
nak ambik jalan mudah. Bila sampai rumah tak ada orang terus je tinggalkan kad
suruh kita datang ambik barang di pejabat pos. Banyak cantik! Wahai pihak
pengurusan Poslaju, sila bekalkan elaun topup kepada posmen anda untuk buat
temujanji penghantaran dengan penerima item pada masa depan, okay?
Akhir sekali
Daddy harap adalah posmen yang akan baca entri ini. Kalau tak ada pun Daddy
akan bagi link ke blog ini kepada pihak perkhidmatan pelanggan Poslaju. Sekian.
Terima kasih.
14 Comments
ni setuju.! mmg diorg ni mcm tak bertanggung jawab... hari tu aunty atie hantar parcel dari aussie, then kami tggu lama..tak sampai.. padahal ada jer dekat rumah..then tup2 parcel tu dah dikembalikan ke aussie! Pegi check postbox.. ada card dlm tu.. terang2 ada number telephone.. kenapa diorg tak call?sigh!!
ReplyDeleteAda yang ok ada yang sebaliknya Cikgu.Sebab pengalaman PC sendiri,ada yang poslaju perkerjanya sabar dan prihatin dan ada yang sebaliknya.
ReplyDeletedah lama rasanya depa buat mcm tu, tnggalkan kad kalau penerima take di rmh....cdgn yg baik bagi elaun hp.. 👍
ReplyDeletekalau beli barang di shopee saya prefer penghantara J&T atau Dhl, kalau poslaju memang lama lah menunggu.... kan ada anak di rumah kenapa tak boleh tinggal pada anak... kalau j&t apa-apa dia akan call, saya selalu akan minta dia masukkan barang pos dalam grill rumah je... mudah kerja mereka dan kerja kita
ReplyDeletetapi kadang ikut tempat dan orang yang buat jugak... ada yang ok ada yang tak ok
saya selalu jer delivery tinggalkan barang depan umah, tp rasanya bukan pos laju. tengok2 dah ade barang depan umah
ReplyDeletePoslaju mmg lambat smp barang lah, dah kena org pos barang hari isnin, hari jumaat baru sampai. Pernah juga kena peegi ambil barang kt pwjabat pos.
ReplyDeletesaya ada pengalaman buruk dan baik dengan pos laju ni...uhuks
ReplyDeleteKat area saya ni poslaju dia bagus, dia akan call kita. mintak izin boleh ke nak masuk dalam peti surat, etc..
ReplyDeleteSetuju! Selalu sangat kalau takde rumah je..alih-alih dapat kad dari poslaju suruh pergi ambil barang. Time duduk diam kat rumah taknak pulak dia datang. Adeh!
ReplyDeleteJadi pos tak laju
ReplyDeleteSebelum ni punya pengalaman dengan pos laju setakat ni okay la. Ada je yang call kata dah ada depan rumah.
ReplyDeletePernah terjadi kepada GV. Dekat dua kali juga, Last last GV terus je pergi ke tempat pos laju ambil barang. huhu.
ReplyDeletebaru semlm ada kes dgn poslaju. datang hntr tengahri buta,time anak2 tdo...pastu dok hon2 byk kali..bising sgt..
ReplyDeletemungkin sikap individu....rietta pernah kena sekali...tpi boleh req second attempt...xsure dgn kes abam kie ni....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.