Resepi Bubur Lambuk
Assalamualaikum,
Bahan A (dikisar)
Setiap kali bulan Ramadan menjelma salah satu hidangan popular untuk berbuka puasa ialah bubur lambuk. Ia sangat popular di Kuala Lumpur terutama sekali di Masjid Kampung Baru di mana orang ramai sanggup beratur selepas sahaja solat Asar untuk mendapatkan menu ini. Di sini Daddy ingin berkongsi resepi bubur lambuk yang istimewa ini dengan kawan-kawan sekalian. Selamat mencuba!
• 1 sudu besar jintan manis
• 1 inci halia
• 1 ½ sudu besar jintan putih
• 2 ulas bawang putih
• 4 ulas bawang merah
• udang kering (dimesin)
• ½ cawan kacang tanah (digoreng)
• lada sulah
• kerisik
Bahan B
• 2 cawan beras
• ¼ kilo daging lembu
• 1 cawan udang basah
• daun sup dan daun bawang
• bawang goreng
• daun kucai
• air rebusan daging
• lobak merah (dipotong dadu)
• kacang pis
• garam
Bahan penumis
• 1 kuntum bunga lawang
• 4 kuntum cengkih
• 1 inci kulit kayu manis
• 2 biji buah pelaga
Cara-cara membuatnya
1. Tumiskan bahan penumis hingga wangi. Kemudian masukkan bahan A. Goreng hingga kekuningan.
2. Masukkan kerisik, udang kering, kacang tanah, daging dan udang. Kacau dan biarkan sekejap.
3. Masukkan sedikit air rebusan daging dan biarkan mendidih.
4. Campurkan garam, lada sulah, beras dan air mengikut sukatan beras untuk membuat bubur.
5. Masukkan lobak merah dan kacang pis dan masak sehingga bubur kembang.
6. Taburkan daun sup, daun bawang, daun kucai dan bawang goreng.
7. Siap untuk dihidangkan!
7. Siap untuk dihidangkan!
11 Comments
yumsss
ReplyDeletebukan lepas solat asar tapi lepas solat zuhur dah ramai yg menunggu... hehehhe
ReplyDeletesedapnya bubur lambuk..
ReplyDeleteSurau,masjid,persendirian biasanya sentiasa ada yang masak bubur lambuk ni bila bulan puasa.PC pun bila balik kampung,kadang nak makan,masak walau bukan bulan ramadhan.
ReplyDeleteBulan Ramadhan tahun ni Mrs. A tak jumpa bubur lambuk pun.
ReplyDeleteNak buat tak reti campur malas hahaha...
sedapnya bubur lambuk..nak2 waktu sekarang ni tengah selesema...
ReplyDeletelaparlak.hehe
ReplyDeletewah terliur
ReplyDeleteDah lama tak bubur lambuk, dulu masa kerja kerap juga kena buat bubur lambuk ni
ReplyDeleteBubur lambuk masjid kampung baru tu memang the best!
ReplyDeleteLama tak makan bubur lambuk.. huhuuu
Rindu kat bubur lambuk surau dekat rumah saya di selayang. Tiap2 bulan puasa akan pegi amik. Skrg dah jadi kenangan je
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.