10 rahsia dan tips dalam masakan
Assalamualaikum. Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi 10 rahsia dan tips dalam masakan. Semoga ianya dapat membantu kaum ibu dalam memasak makanan yang lazat dan terbaik untuk suami dan anak-anak. In Shaa Allah tips dan petua ini sangat berguna untuk mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga menerusi makanan hasil air tangan ibu.
1. Timun.
- Masukkan timun jika masakan asam pedas atau masak lemak anda terlalu pedas. Kerana timun dapat mengurangkan rasa pedas.
2. Garam.
- Jangan bubuh garam ketika memasak daging dan ayam jika belum betul-betul empuk. Ini bagi mengelakkan daging menjadi liat dan lambat empuk akibat tindak balas garam jika diletakkan terlalu awal di dalam masakan.
3. Santan.
- Elakkan menggunakan api yang terlalu kuat ketika memasak menggunakan santan. Ini kerana ramai yang percaya menggunakan api dengan kuat dapat mempercepatkan proses santan pecah minyak. Gunakan api dengan perlahan atau sederhana.
4. Gula merah.
- Gula merah bukan sahaja memberikan rasa manis dalam masakan malah membuatkan sambal anda menjadi lebih sedap dan menarik. Gula merah juga berfungsi mengelakkan orang sakit perut memakan sambal walaupun pedas.
5. Buah keras.
- Buah keras berfungsi memekatkan masakan dan memberi aroma yang sedap serta menyelerakan dalam masakan. Jangan masukkan buah keras yang berlebihan kerana mampu membuatkan orang sakit perut ketika menjamah masakan anda. Sukatan paling baik adalah sebiji buah keras untuk seekor ayam. Contohnya seperti masakan berkuah seperti kari, kurma dan masak merah.
6. Asam gelugor.
- Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Ikan tidak akan melekat di kuali dan lebih mudah diangkat.
7. Bawang putih.
- Ambil dan masukkan bawang putih ke dalam tempat simpanan beras. Boleh juga dimasukkan ketika memasak nasi. Ini akan membuatkan beras tahan lebih lama dan beras atau nasi berbau wangi.
8. Tebu.
- Potong tebu kecil-kecil dan masukkan ke dalam air rebusan sup tulang diikuti dengan bahan rempah sup. Sup tulang akan lebih kaw dan bertambah sedap.
9. Limau kasturi.
- Rendam ikan dengan air asam jawa. Kemudian potong limau kasturi dan gaul bersama ikan beserta air asam jawa. Biarkan seketika dan bau hanyir ikan akan hilang.
10. Air kelapa.
- Masukkan air kelapa ke dalam kelapa parut dan biarkan seketika. Kemudian barulah diperah kelapa tersebut ke dalam masakan. Ini akan membuatkan masak lemak lebih sedap dan terasa kelainannya
Sumber: channel telegram @petuainfomasi
14 Comments
bagus semua tips ni..tq sharing abam kie
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletewah terima kasih cikgu atas perkongsian =)
ReplyDeleteTerima kasih Abam kie.. :)
ReplyDeletewahh, sy tak tahu pasal timun tu boleh kurangkan rasa pedas, nasib baiklah sy mmg suka pedas
ReplyDeleteTips no 1 boleh amalkan sebab selalu masak 'terlebih' pedas. Anak-anak pulak tak tahan pedas 😊
ReplyDeletewah tips2 baguh ni!
ReplyDeleteWah! Yang ke 8 dan ke 10 tu saya nak try. Tq for sharing Abam Kie. Tips yang sangat bagus.
ReplyDeleteTk
ReplyDeletebagus infonya
thank you sharing :)
ReplyDeletethanks
ReplyDeletebagus maklumat ni. tak pernah pon tau petua2 ni. boleh diamalkan nanti
ReplyDeletebagus tips ni abam kie... banyak petua yang Cik TK tak tahu... terima kasih!!
ReplyDeleteSetahu saya penggunaan buah keras dalam masakan asam pedas, baru tahu boleh letak dalam masakan lain.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.