Keluhan Seorang Warden Asrama Sekolah
Beberapa hari lepas, kecoh juga dengan kes mangsa buli menang kes dengan saman sebanyak RM616, 634.20.
Lebih kecoh keratan dari Sinar Harian yang menulis sindiran hakim pada warden yang bertugas semasa kejadian tersebut dan meminta warden tersebut meletak jawatan dan menjadi guru biasa sahaja.
Hakim tersebut mungkin terlepas pandang dan tak tahu, jawatan warden ni hampir semua guru menolaknya. Hampir SEMUA...
Yang ada menjadi warden biasanya kerana terpaksa sahaja.
Kenapa ramai guru menolak? Kerana tanggungjawab sangat berat. Sangat berat dan langsung tidak setimpal dengan elaun RM240 cuma itu.
Habis sahaja mengajar di sekolah, warden perlu berkejar ke asrama memastikan pelajar teratur dan berdisiplin di asrama. Memastikan tiada pelajar membuli, bermain bola, membuat huru hara, bergaduh, hisap rokok, memecahkan tingkap dan sebagainya.
Kena berlari ke dorm pula bila mengesyaki sesuatu tak kena. Asap vape dan asap rokok berkepul-kepul contohnya, raungan pelajar seolah didera, bunyi kecoh dan bising.
Dah la penat pulang dari sekolah belum hilang, dah kena settlekan macam-macam karenah.
Baru nak rehat sebelah malam, pengawas datang mengadu ada pelajar lompat pagar(fly atau runner istilah bdk²). Berlari mengejar pula. Penat mengejar, baru nak masuk, ada laporan kipas dorm rosak kena bola. Naik pula ke dorm siasat siapa punya angkara.main bola kompom cermin tingkap ke,cermin sliding door bilik prep ke ada yg teramat pasti pecah berkecai.
Jam 1 pagi tengah lena, pintu rumah warden diketuk bertalu-talu. Ada pelajar kena serangan asthma. Ada pula jatuh dalam bilik air nampak kelibat hantu katanya. Belum cerita yang histeria, yang menceroboh asrama wanita dan sebagainya lagi.
Semua itu tugas warden untuk mengawal semua sekali.
Apa warden itu Superman boleh buat semua dalam satu masa? Apa tenaga warden tak habis-habis nak selesaikan semua perkara?
Kadang anak isteri sendiri tak terlayan. Anak demam pun isteri je bawa ke klinik. Papa tak boleh teman, pelajar tengah merusuh. Ada kes buli sampai luka-luka.
Tak habis masalah di asrama ni. Macam-macam hal. Macam-macam kes. Yang tak masuk akal pun ada tau.
Contohnya loker pakaian kayu tu ada pelajar baling dari tingkat 4 ke bawah. Ada yang sengaja membakar tong sampah. Membaling mercun bola tu dah biasa sangat.
Dan saat ada kes buli di asrama, warden dipersalahkan seolah mereka ini diberi elaun RM24000 pula.
Seolah warden asrama ada 180 orang. Seolah warden asrama ini lahir di planet Krypton. Seolah warden ini sehebat Son Goku.
Sudahlah begitu, disindir-sindir pula bila ada kes buli dan seumpamanya di asrama. Seolahnya warden tak pernah bertugas dan tak pernah ada jasa.
Hati mana yang tak remuk tuan-tuan. Hati mana yang tak berkecil hati dan terasa. Mereka dah cuba sedaya upaya, mengorbankan segala masa dan tenaga.
Saat semua guru lain menolak, mereka dengan terpaksa menerima. Dan saat jawatan dibahu mereka, kejadian menimpa dan mereka yang menerima kesannya.
Sungguh aku simpati pada rakan sejawat ini. Sungguh!
Isu warden ni dah lama. Lama sangat dah. Hampir setiap tahun guru merungut. Aku sendiri tulis 4 tahun lepas mendapat lebih 1.3k like dari guru-guru.
Bahawa tugas warden tidak sepatutnya dibebankan dibahu guru. Patut diwujudkan satu pekerjaan khas dah. Biar bukan guru yang menjadi warden.
Gajikan saja bekasan komando ke, bekasan askar jadi warden. Biar berdisiplin sikit anak-anak kita.
Dan buat guru-guru yang disaman, semoga terus kuat dan tabah.
Orang tidak melihat sejuta jasa, orang hanya akan menghukum atas satu kecuaian kita sahaja.
Dan semoga KPM cepat-cepat membuat satu akta untuk melindungi para guru dari dianiaya dan dipersenda sesuka hati.
Sekian.
Sumber: #MFS
18 Comments
Allahu berat tanggungjawab tu, semoga warden tabah dan dihargai tugas mereka.
ReplyDeletePenat jadi warden asrama ni, dulu warden sekolah saya pun selalu mengomel letih, ramai anak nak kena jaga. Tapi beliau tetap jalankan tanggunjawab dengan baik, ibarat ayah pada kami semua.
ReplyDeletewarden asrama ni kerja dia susah, sbb kena jaga budak2 kan..and tak smua budak senang nak handle
ReplyDeleteAllahu banyaknya tugas warden asrama. Bagus juga cadangan lantik bekas komando @ bekas tentera jadi warden asrama. Baru sesuai dengan tugas tu hehehe
ReplyDeleteyelah kan, memang sepatutnya warden ni tugas orang lain selain guru... setuju biar askar pencen ke komando pencen ke nak jaga anak murid yang nakal tu, kalau semua murid dengar kata berdisiplin tu lain la cerita
ReplyDeleteSetuju dgn abam kie, sepatutnya jawatan warden ni bukan dibebankan ke bahu guru yg mengajar. Ataupun kalau dia guru, dia tak ditugaskan mengajar, keberadaan di sekolah pun utk tempoh sekejap saja sbb dia ada tugas lain.
ReplyDeletelagi-lagi kalau ada kes 2-3 pagi tu pun kena handle lagi
ReplyDeletekadang kadang terlepas pandang..sebab kes buli makin menjadi jadi..entahla..kesian
ReplyDeletealahai kesiannya mmg tak berbaloi la elaun RM240 dgn tugas yg berat mcm tu. kalau dpt pula budak jenis ketegaq kesian warden tu. Risau pula nak bagi syafi masuk asrama kalau ada rezeki nanti
ReplyDeleteundang2 sekarang memang pelik. dulu sekolah pernah juga kena rotan walaupun buat salah tanpa sengaja.
ReplyDeleteBetul tu terutama kalau kesnya lewat malam
ReplyDeleteSaya setujui dengan cadangkan tu .. bukak jawatan ni untuk org yg bukan guru..jadikan pekerjaan rasmi... Part time untuk malam ke..ok jugak... Sy teringin jadi warden, tapi seram jugak bila sebut student degil degil nih...duh...mencabarrrr sungguh
ReplyDeleteorang sekarang, bila ada kes aje, fikir cara nak dapatkan duit.
ReplyDeleteSamanlah.
Moga warden seMalaysia tabah menghadapi dugaan yang menimpa
ReplyDeleteMahu dikemukakan pada menteri ini.....
ReplyDeletesaya sendiri pelajar asrama..dan pengawas asrama..nasib la asrama semua perempuan xde lah masalah sgt nk jaga adik2 nih..cuma..tak suka bila ada senior yg ambil ksmpatan pada junior je.
ReplyDeletetime saya warden asrama garang, semua takut termasuk saya hahaaa
mgkin berbeza jika aspura..
Dah sampai masanya wujudkan jawatan warden asrama bukan suruh guru.. Tak terkejar guru nak mengajar dan jadi warden..
ReplyDeletepenatnya jadi warden asrama. banyak tanggungjawab nak jaga pelajar2
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.