Koleksi jam tangan peribadi
Assalamualaikum. Jam tangan adalah satu benda yang Abam Kie pasti pakai apabila melangkah keluar dari rumah. Rasa macam janggal la jika tak pakai jam tangan sebab sukar nak menyemak waktu semasa. Memang la boleh tengok di handphone tapi susah la sikit nak seluk poket ambil keluar HP tu. Sedar tak sedar Abam Kie kini memiliki 5 utas jam tangan dan kebanyakannya adalah hasil pemberian orang dan bukannya yang dibeli sendiri. Meh Abam Kie nak cerita sejarah pemilikan jam tangan tersebut.
Pertama sekali jam tangan sukan jenama Casio yang paling kiri tu Abam Kie pakai semasa aktiviti luar dan lasak serta untuk bersukan. Memang Abam Kie yakin dan percaya akan jenama Casio ni. Jam ni dah lima tahun dipakai dan Abam Kie perolehi apabila menebus mata ganjaran kad kredit Maybank.
Jam tangan kedua dari kiri tu berjenama Roscani. Ia adalah hadiah perkahwinan daripada bekas isteri dahulu. Dia beli di KL rasanya dan harganya x la mahal sangat. Rasanya dekat RM300 aje. Abe Kie dah pakai jam ni sejak 2010. Baterinya tahan lama. Masa gi tukar bateri baru2 ni, Cina tu kata kali terakhir bateri jam tu ditukar pada 2016. Abam Kie pun tak perasan. Tapi yg pasti jam ini tahan lama la biar pun ikatan perkahwinan dengan ex tu dah hampir 8 tahun terlerai.
Seterusnya jam tangan yang berada di tengah-tengah tu dibelikan oleh isteri tersayang pada tahun 2014 di Kota Bharu. Harga dalam RM300++ berjenama Alba. Jam ni istimewa sebab kacanya kalis calar. Maksudnya bila kita cuba gores dengan pisau atau barangan tajam, kaca tu sedikit pun tak tercalar! Hebat kan?
Jam yang keempat bertali coklat tu Abam Kie beli di Shopee je. Rasanya awal tahun lepas tu abe kie beli. Harga pun murah dalam RM25 aje. Pada asalnya jam tu habis bateri selepas tiga hari dipakai. Terus abam kie PM seller tu. Yang bestnya dia terus bagi satu lagi jam percuma. Dia mengakui silapnya sebab tak check betul2 sebelum pos. Alhamdulillah. Buy 1 Get Free 1!
Manakala jam paling kanan tu jenama Amazfit GTS yang abe kie perolehi sebagai hadiah apabila permohonan kad kredit Standard Chartered berjaya! Hadiah tu ditaja oleh comparehero.my. Smartwatch ini selalu abe kie pakai sebab ia ringan dan banyak fungsi seperti dapat mengira jumlah langkah, kadar denyutan jantung dan nadi, tekanan darah dan banyak lagi. Sebenarnya abe kie tak tahu sangat segala fungsi jam tu. Hehehe...Cuma yang selalu ditengok ialah ramalan cuaca je.
Baiklah itulah kisah koleksi jam yang Abam Kie ada. Orang lelaki ni tak banyak benda yg boleh dikumpulkan. Tak seperti kaum wanita yang buat koleksi beratus2 jenis tudung! Abe Kie pun ada kumpul tali leher dan kasut tapi bab tali leher ni pun jarang pakai di sekolah sebab panas. Lainlah kalau mengajar dalam kelas yang ada penyaman udara macam kat universiti tu!
Sekian. Terima kasih.
23 Comments
menarik koleksi jam tangan cikgu, pelbagai gaya... kalau saya suka pakai sejenis je... kalau tali kulit atau plastik saya tak suka beli jenis kuat berpeluh nanti jadi berbau heheheh...
ReplyDeleteWarna tali jam kena match dgn warna kasut dan tali pinggang baru macho gitu hahah
ReplyDeletesapa pakai jam mmg nampak macho.. really
ReplyDeleteHusband pulak jenis tak suka buat koleksi. Haha Belum tahu lagi dia suka collect apa sebab tengok mcm simple orangnya.
ReplyDeleteBini je suka buat koleksi macam²
bestnya tgk mcm2 jam,...
ReplyDeleteBoleh ganti-ganti.
ReplyDeleteRabia ada banyak koleksi jam jugak. Biasanya rabia bergilir2 pakai jam
ReplyDeletekoleksi jam tangan saya pon ade 5 jer. itu pon satu dah abis bateri tak pi ganti lagi
ReplyDeleteAa.. geng husben ummi la nih.. klua mesti pakai jam.. klu x rs lain kateny..haha..
ReplyDeletewow Amazfit GTS..dasyat..best nyaaa
ReplyDeleteabam kie dgn husband nieyl sama la...
ReplyDeletedia pun ada beberapa koleksi jam tangan..
Kalau sport jam lain, casual jam lain, jumpa kawan pakai jam lain..
nieyl je ada setia pakai satu jam je kekeke
dua2 jam pemberian ex-wife & wife ada sentimental value...
ReplyDeletesaya dah lama tak pakai jam tangan, asyik tengok jam di henfon je huhu
ReplyDeleteYg menarik perhatian sy smart watch tu...hihi
ReplyDeletesetiap jam ade sejarah tersendiri ye, tapi Jam yg terakhir tu menarik sgt..
ReplyDeletedulu sy pengumpul jam tangan, la ni tinggal satu jer, dah lebih 20 tahun usianya
ReplyDeleteMrs. A pun sama bila keluar rumah terlupa pakai jam tangan hidup macam serba tak kena. Kadang tu tak pakai pun asyik tengok gak tangan hehhee...
ReplyDeletesamalah, kaella kalau keluar tak guna jam rasa ada kekurangan. payah nak cek waktu, nak kena ada jam juga hihi
ReplyDeleteni banyak jam ni boleh pakai berganti-ganti tiap hari :D boleh jadi hobi dah ni kumpul koleksi jam-jam
ReplyDeleteJam tangan saya satu sahaja. Itupun dah putus. hehe
ReplyDeleteBanyak betul koleksi jam.. Kalu saya yang dah rosak, akan dibuang.. hihihi tapi tue la, saya tak berapa gemar pakai jam,...
ReplyDeleteKekadang walau kumpul beratus tudung pun, nanti tudung yang sama jugalah yang dia pakai selalu. Hahahah!!!
ReplyDeleteCik TK tak kumpul jam.. sebabnya.. pakai satu, nanti dah rosak baru beli baru. Nak tunggu beli baru ni, lama juga... bertahun. Jam Cik TK yang terbaru >> Mi Band 3 yang Cik TK beli awal tahun lepas rasanya
Wajib ada jam ini.. Kalau tak memang tak lengkap rasanya.. Dulu-dulu rajin juga beli jam buat koleksi.. Tapi sekarang tinggal 1 je yang masih pakai..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.