Life begins at 40?
Dalam satu group whatsapp orang pencen yang nama saya ada bersama tetapi saya sekadar memerhati, saya lihat perbualan mereka walau dalam nada bergurau menjurus kepada soal tambah bini, post gambar gadis, buat cerita berunsur seksual, cerita ubat kuat, cerita kereta, cerita jalan-jalan dan sebagainya. Teringat pesan orang tua, jika tak berubah perangai bila umur dah 40 tahun, alamat tak berubah dah sampai ke mati. Ibrahim al-Nakhai rahimahullah berkata, "...., bahwa jika seseorang sudah mencapai umur 40 tahun dan berada pada suatu perangai tertentu, maka ia tidak akan pernah berubah hingga datang kematiannya." Kenapa 40? Betulkah kenyataan ini? Mana sandarannya?
Dalam Al Quran, Allah berfirman, "KAMI perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusunya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukkilah aku untuk mensyukuri nikmat ENGKAU yang telah engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang ENGKAU redha'i; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada ENGKAU dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (QS. Al-Ahqaf: 15).
Umur 40 tahun adalah umur yang dikira telah matang. Allah memilih umur 40 untuk mengangkat kerasulan dan kenabian. Ia ibarat satu garis pemisah dalam hidup yang ditunjukkan oleh al Al Quran. Maka dipesan bila sampai umur 40 agar dipanjatkan satu doa yang inti doa tersebut merupakan gambaran hidup yang sepatutnya selepas umur 40. Doa tersebut memohon agar diri kita boleh mensyukuri nikmat yang Allah berikan, supaya kita boleh beramal soleh, supaya kita menjadi hamba yang bertaubat dan akhirnya hamba yang berserah diri kepada Allah.Tetapi kebanyakan kita yang mengaku Islam tidak pun berdoa bila mencapai umur 40 ini, yang sepatutnya menjadi jadual wajib dalam kalender hidup. Bukanlah menyambut 40 dengan majlis keraian,tetapi menyambutnya dengan qiayamulail, apa salah berkenduri kecil, memberi sedekah untuk memanjat doa yang Allah sendiri ajarkan ini. Sapa pernah buat, pernah berdoa pada umur 40 dulu? Walaupun mungkin kita telah terlepas kerana kejahilan, berdoalah juga, yang belum terlepas, letakkan tarikh umur 40 tahun itu sebagai agenda besar dan wajib.
Kesimpulannya umur 40 itu umur untuk beralih sepenuhnya menghadap Allah setelah 40 tahun menghadap banyak masa dengan dunia. Tetapi kita mungkin disesatkan dengan pepatah barat yang menyebut "life begin at 40" yang memesong langsung dari apa yang dipesan Allah dalam Al Quran. Jika diteliti pesanan Allah itu, jelas pada umur 40 kita kena memperlahan hambatan kepada dunia bila disebut 'agar aku boleh mensyukuri nikmat Engkau', berpada dan merasai cukup, mula menumpu dan menambah amal, disamping bertaubat serta redha. Maka saya mengajak anda merenung, bermuhasabah pada perintah Allah ini.Jika kita telah melepasi 40, jadi hamba yang bersyukur, beramal soleh, bertaubat dan redha.Yang belum melepasi, bersiap sedialah.
Sabda nabi “Seorang hamba muslim bila usianya mencapai empat puluh tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai enam puluh tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-NYA. Bila usianya mencapai tujuh puluh tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai delapan puluh tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang kebelakangan, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi” (HR. Imam Ahmad).
Hadis ini menunjukkan betapa Allah memberikan umur yang panjang sebagai anugerah untuk kita menjadi hamba yang baik, kesempatan untuk terus berbuat kebaikan bukan untuk terus leka dan lagha malah semakin gatal ibarat keladi yang makin tua makin menjadi.
Seperti biasa, saya sekadar mengingatkan, perintah Allah dalam ayat 15 al-Ahqaf ini samalah juga seperti perintah yang lain termasuk hukum hakam yang lain tetapi ia ibarat dilupakan dan ditenggelamkan. Kongsi tulisan ini sebagai usaha kecil seorang cikgu cabuk di hujung negeri, untuk mengingatkan bahawa Allah telah mengingatkan manusia agar pada usia 40 tahun mereka sepatutnya lebih bersyukur dalam hidup, beramal soleh, bertaubat dan redha. Wallahu a'lam.
Penulis: Abd Ghani Haron
Penulis: Abd Ghani Haron
23 Comments
Saya dah 41.
ReplyDeleteTidak kira lelaki atau perempuan, masa untuk ingat mari dan lipatgandakan amalkan.
betul, kalau umur 40 tak berubah, mmg tak akan berubah till forever. byk kali dgr ayat ni
ReplyDeleteSepatutnya semakin berusia, semakin baik. hehe
ReplyDeleteAde gak dgr cerita kalau org laki da capai umo 4o, dia akan rs remaja semjla...sb masa ni kewangan da kukuh, anak da besar sikit ade kebebebasan org kate.. tp perlu lah kearah yg lebih baik..
ReplyDeleteHarap kita semua dapat perbaiki diri menjelang 40-an.
ReplyDeleteNo no no
ReplyDeletekat Malaysia ni 'penyakit begins at 40'
waspadalah.
Nice sharing
ReplyDeleteSalah tu.. "visiting doctors" begin at 40 ahakss
ReplyDeleteMoga Allah memelihara kita dan membawa kita semua ke arah lebih baik..Amin..
ReplyDeleteSaya dah lepas 40, harap2 dah berubah...
ReplyDeleteSemoga kita sentiasa dalam petunjukNya..
ReplyDeleteJemput join GA --> Giveaway by ejulz & wafacw
ReplyDeletePengkongsian abam kie betul sangat..
ReplyDeleteTQ atas perkongsian..Moga kita terus mendapat petunjukNya
ReplyDeleteSemoga hati kita sentiasa cenderung utk mngerjakan amal soleh, kebajikan & perkara2 baik..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini
ReplyDeleteHakikatnya kita kena betul-betul sedar bila mula baligh sahaja baik lelaki atau perempuan kerana bila baligh sahaja semua dosa pahala atas catatan buku sendiri.Kerana kena sedar belum tentu umur kita sampai 40.Kalau samapi 40 itu rezeki.Kalau sebaliknya..Allahu.
ReplyDeleteentah sampai ke tak saya ke umur40
ReplyDeleteBelajar sesuatu yang baru hari ni dari entry abam kie! Tapi lelaki masa umur 40 ada mid-life crisis kan? Ke krisis tu berlaku sebab perubahan kematangan?
ReplyDeleteUmur yang panjang ni kita manfaat ke arah kebaikan kalau diikutkan keseronokkan nanti kita terbiasa dan mungkin lalai dengan keduniaan...
ReplyDeletealhamdulillah.. dgn ummur mama skrg bila tgk ada beberapa kawan yg tak dapat mencapai umur ni kerana sudah dijemput ilahi.. syukur
ReplyDeletetq untuk perkongsian ini abam kie..
ReplyDeletekenapa lelaki suka cerita benda2 macam ni ek? Bukan semua la maksud Cik TK, sesetengah mereka la. Cik TK tak faham. Lagi bila dengan umur sebegitu, patutnya lebih fokus pada keluarga dan juga benda2 yang lebih berfaedah
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.