Panduan Melawat Rumah Sebelum Membeli
Salah satu panduan beli rumah yang baik adalah buat lawatan ke rumah tersebut.
1. Lawatan Lebih Dari Sekali
Semakin banyak lawatan kita semakin banyak maklumat kita dapat. Datang dan beramah mesra dengan jiran sekitarnya. Jangan percaya cakap jurujual ia dekat pekan, silap silap dalam hutan.
2. Lawatan Waktu Berbeza.
Amati juga kawasan kediaman tersebut waktu malam, berapa banyak lampu yang terpasang. Parking penuh kenderaan dapat dilihat malam.
3. Lawatan Waktu Hujan.
Kebocoran hanya ada waktu hujan, begitu juga banjir melanda kawasan. Lihat kejiranan kawasan rumah kita, air naik atau tidak.
4. Tanya Jiran, Tanya Gerai Makan
Ini sumber maklumat kawasan, gosip persekitaran mereka pegang. Siapa janda atau adalusia, dalam gengaman mereka. Atau Google cari berita kawasan itu.
5. Pengawal Keselamatan Sumber Maklumat
Mereka tahu jenayah banyak atau sikit. Siapa kena tumbuk muka semua rekod mereka ada. Banyak mana warga asing mereka tahu punya.
6. Matahari Petang Jatuh Dimana
Kita tahu unit kita bakal panas atau jadi sejuk nanti. Elak beli rumah yang kena matahari petang. Panas petang tak boleh bawa bincang.
7. Jangan Datang Seorang
Teman kita akan komen benda yang tak kena dari kaca matanya, kita mungkin dah suka gila, sampai tak nampak kelemahan yang ada.
8. Tekanan Air Tinggi
Ada kawasan tekanan air rendah waktu pagi terutama rumah yang tinggi tinggi.
9. Pekerjaan Jiran Tetangga
Kerja dan pemikiran saling bergantungan, jika kawasan kediaman banyak jururawat. Peluang kita kena ngorat itu tetap ada.
10. Projek Akan Datang
Apakah projek akan datang sekitar kediaman itu, jika ada AEON , MRT atau pasaraya boleh jadi ia makin semakin berharga.
11. Jangan Kagum Rumah Contoh.
Lihat juga unit yang kosong juga, kos cantikkan rumah contoh telan banyak biaya sebab itu lawa gila.
12. Semak Pelan Ruang Dalaman
Jika rumah dah siap, lihat susun atur bilik baik atau buruk. Ada kediaman boleh nampak terus bilik air dari pintu utama. Itu malang namanya.
Selamat berusaha anak muda, setiap kali datangnya susah. Ada banyak peluang senang terhidang.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
13 Comments
Nice sharing abang :)
ReplyDeletebetul,jgn kagum dgn rumah contoh sbb belum tentu sama kan
ReplyDeletemasa nak beli rumah ni suami yang tengok, bukan rumah baru rumah secondhand je... tapi syukur, duduk di sini ok... persekitaran jiran ok, cuma jiran atas selang 1 rumah suka buang puntung rokok merata sampai kene pokok tanaman kita...
ReplyDeletesebab kami dah lama duduk di taman ini cuma pangsapuri berlainan, jd dah biasa dengan kawasan itu, kedai makan, keselamatan dan persekitaran...
tapi memang kene bincang dan pikir betul2 sebelum beli rumah, bukan pakai tengok di buku atau percaya bulat2 agent
Adooo, banyak kesilapan buat ni. Lagi-lagi terlalu kagum dengan rumah contoh. Haha
ReplyDeletenice sharing...no. 9 tu...haha...boleh beli rumah contoh jg, tapi tak best sbb ramai dah masuk tengok...
ReplyDeleteSib baik masa beli rumah, sama-sama pergi tengok. Bincang sampai puashati sebelum beli heheheh
ReplyDeleteTerima kasih cikgu perkongsian.Tidak mengapa lambat sikit buat keputusan asalkan betul-betul teliti kediaman yang bakal dibeli dan ditempati.
ReplyDeletethanks for the share...nice tips....tpi bab ramai jururawat tu pling best...dorg ngorat ke dorg kena ngorat...mushkil kejap....:)
ReplyDeletenice sharing..bab nk membeli rumah memang kena perhatikan betul2..kwsn die..kejiranan smua
ReplyDeletemasa saya beli rumah, mmg tgk rumah contoh jer. nak wat macam ni tak bole pasal kawasan baru yang memang takde ape2 lagi. tapi alhamdulillah, sekarang seronok dok di situ
ReplyDeleteNice tips cikgu. Ialah kawasan perumahan tu pun kita kena ambil tahu jugak banyak sekarang ni bekas kawasan kelapa sawit.
ReplyDeleteRumah baharu duduk setahun dua ada anai-anai huwaaa..waaa...waaaa...
tq abam for sharing.. mmg betul semua tips ni
ReplyDeleterumah contoh sememangnya cantik sebab nak menarik orang untuk membeli. Dah hias punya best tu. tapi itulah, kalau kita nak hias macam tu, kos tinggi gak
ReplyDeleteBanyak benda juga nak kena fikir kalau nak beli rumah ya. yang penting bincang dengan family/pasangan sebab nanti sama-sama nak tinggal sana. dapatkan kesepakatan.
pada pendapat Cik TK, satu lagi kalau orang yang jenis depend pada public transport kena pastikan ada public transport juga area sana.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.