Pes Budu Segera Mudah Dibawa Ke Mana Saja
Budu begitu sinonim dengan Kelantan. Kini sos pembuka selera ini sudah didatangkan dalam pelbagai bentuk bagi memudahkan ia dibawa ke mana-mana saja termasuklah menaiki pesawat ke luar negara. Budu tradisional dalam botol amat sukar untuk dibawa di dalam bas kerana dikhuatiri akan pecah akan botolnya. Maka berbau busuklah seluruh bas itu!
Jangan bimbang wahai penggemar budu sekalian! Kini budu sudah ada dalam bentuk serbuk yang disimpan di dalam paket dan yang terkini, budu dalam bentuk pes seperti ubat gigi! Fuh! Inovatif sungguh rakyat Kelate lo ni. Memang tidak dinafikan botol budu ada dijual di kebanyakan kedai di luar Kelantan. Masa saya di Papar, Sabah pada tahun 1997 dulu pun budu ada dijual di pasar mini di sana... Tapi untuk mengembara, lebih baiklah jangan dibawa botol budu!
Jadi saya berharap orang-orang di luar Kelate juga akan menggemari budu ini kerana sesungguhnya budu ini ialah anti penuaan...
15 Comments
Wah boleh try ni!
ReplyDeletebagus inovasi dorg....kalau yg pes ni pun senang dibawa...terus makan je....pembuka selera time shur...
ReplyDeletebagus ni..memudahkan
ReplyDeletekawan pun cakap sedap budu ni. tapi itulah, saya memang tak makan budu.
ReplyDeleteSebelum ni PC cuma nampak susu pekat manis je macam ni..terkini budu pun ada.Wow sangat ni.
ReplyDeleteah ah..senang packing mcm ni. kawan ari tu pun bawak stok ke bangkok mcm ni. senang!
ReplyDelete2 ke 3 tahun lepas ada kawan opis bagi budu gini kat saya... heheheh
ReplyDeleteLepas tak kalau bawa ke Australia?
ReplyDeleteshida tak pernah mkn budu..nk cuba tp xberani hahaa ^_^
ReplyDeleteSenang packing macam ni. Mudah utk bawa kemana mana
ReplyDeleteBiasa jumpa dalam botol..senang nk bawa kalau mcm ni
ReplyDeletesatu inovasi yang bagus
ReplyDeleteTakut tertukar dengan ubat gigi
ReplyDeleteSenang nak bawa travel.. Inovasi yang menarik..
ReplyDeleteSekali pandang macam ubat gigi.....Tapi saya suka yang kecik dan sikit2 macam ni...sebab yang makan budu saya sorang, itu pun bila teringin... Kalau beli botol lama sangat nak abis....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.