Lain Ulu Lain Parang, Lain Dulu Lain Sekarang
Berikut adalah kisah dulu-dulu....
Lain Ulu Lain Parang.
Lain Dahulu Lain Sekarang.
50 tahun lalu.
50 tahun kini.
50 tahun yang lalu, anak menantu takut dgn mertua.
Kini mertua takut sama anak menantu.
50 tahun yang lalu, anak2 lemah-lembut pada ibu bapa.
Kini ibu bapa harus lemah lembut dgn anak2 sbb takut anak lari dari rumah.
50 tahun yang lalu, semua orang harus mempunyai anak ramai.
Kini ramai yang takut ramai anak.
50 tahun yang lalu, anak yang berbakti pada orang tua.
Kini orang tua yang berbakti pada anak.
50 tahun yang lalu, lelaki mengejar wanita.
Kini wanita yang mengejar lelaki.
50 tahun yang lalu, urusan menikah senang tapi cerai susah.
Kini urusan menikah susah dan cerai sangat mudah.
50 tahun yang lalu, kita kenal dengan semua jiran/tetangga.
Kini ada yang tidak kenal dengan jiran/tetangga.
50 tahun yang lalu, harus makan banyak lemak kerana kuat bekerja.
Kini takut makan makanan yang berlemak takut kolestrol.
50 tahun yang lalu, rakyat takut dengan kerajaan.
Kini kerajaan yang takut dengan rakyat.
50 tahun yang lalu, malam hari semua jendela/tingkap dan pintu rumah cuma ditutup tidak dikunci seblm tidur.
Kini siang hari pun jendela/tingkap dan pintu harus ditutup dan dikunci dgn mangga besar.
50 tahun yang lalu, tidak mudah mendapatkan apa yang disukai.
Kini asal suka mudah sekali mendapatkannya.
50 tahun yang lalu, orang desa merantau ke kota.
Kini orang kota lari ke desa.
50 tahun yang lalu, hanya anak muda yang menggunakan baju berbunga-bunga.
Kini orang tua menggunakan baju berbunga-bunga.
50 tahun yang lalu, semua orang ingin gemuk supaya terlihat senang hati...
Kini semua orang diet takut gemuk.
50 tahun yang lalu, orang kaya berpura pura miskin.
Kini orang miskin berpura pura kaya.
50 tahun yang lalu, meminjam wang di bank sangat susah....
Kini semua bank menawarkan pinjaman dengan mudah.
50 tahun yang lalu, satu orang berkerja menyara hidup seluruh ahli keluarga.
Kini semua kerja untuk menyara seorang anak.
50 tahun yang lalu, orang tua suka mengaji dan baca Al-Quran...
Kini orang-orang tua suka baca wassap dan main telefon.
50 tahun dulu orang makan dalam rumah berak kat luar.
Kini orang berak dalam rumah makan kat luar 🚬*
Macam Orang Tua yang sedang baca posting niii..🤣🤣🤣*
11 Comments
beza kan
ReplyDeletebukan kata 50tahun 10 tahun dulu pun dh berbeza cikgu...
ReplyDeletejangan kata 50 tahun dulu, 10 tahun dulu dengan skrg pon banyak bezanya
ReplyDeletetak sanggup nak bayangkan
ReplyDeleteperbezaan yg sangat ketara
ReplyDeleteZaman berubah manusia pun sama. Mana yang baik kita follow mana yang buruk kita unfollow.
ReplyDeleteSebenarnya sangat ketara perbezaannya.Menakutkan dan berbahaya sebenarnya.
ReplyDeletebanyak2 hal yang ni paling terkesan..
ReplyDelete"50 tahun yang lalu, kita kenal dengan semua jiran/tetangga.
Kini ada yang tidak kenal dengan jiran/tetangga."
dulu2 duduk umah kampung..dari kecik mak ajaq..bulan puasa masak sedekah rumah2 jiran bertukar juadah...
sekarang ,...Jiran pun belum tentu kenal kita.Mana taknya..pintu berkatup sedia ..kita nak tegur pun selisih tarik muka...
aduhaiii....
haha how true... things change kan thru time
ReplyDeleteketaranya perbezaan....
ReplyDeletejauh bezanya....walaupun CUya tak merasa mcm org dulu2
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.