CIMB Islamic Bank Platinum Credit Card
Beberapa bulan lalu, Abam Kie ada memohon kad kredit CIMB di Cimbclicks. Tahun lepas sebelum Covid pun ada gak Abam Kie pohon tapi kena reject. Pada awal bulan Ogos lalu Abe Kie pohon sekali lagi. Selepas 3 hari staff CIMB KL telefon abe kie untuk mengesahkan permohonan. Dia suruh abe kie emel salinan IC dan slip gaji. Abe Kie emel pada ptg Ahad. Keesokan harinya terus dapat SMS mengatakan permohonan kad kredit Abe Kie telah diluluskan. Pada hari Rabu tu posmen Poslaju mari hantar kad kredit ke rumah dah! Eh! X sangka cepat sgt plak! Dulu jual mahal? Skrg terlebih sudi plak dgn aku! X apalah. Dah rezeki Abam Kie.
Baiklah nak cerita sikit tentang kelebihan memohon kad kredit CIMB Islamic pada bulan Ogos lalu. Pengguna baharu akan dapat cashback RM50 tau? Kalau x de insentif manlah Abe Kie nak pohon kad tu. Syarat nak dpt RM50 tu mudah aje. Kena link kad kredit ni kpd dua penyedia e-wallet. Abe Kie pautkan kad ini dengan Boost dan Touch n Go. pas tu kena guna kad ini utk bayar benda di platform e-dagang. Yg ni abe kie pautkan kad ini dgn Shopee dan Lazada. Pas tu syarat terakhir kena daftar autopay dgn menggunakan kad kredit ni. Jadi abe kie guna kad ini utk bayar bil ASTRO dan TM. Bila syarat2 tu dah dipenuhi maka RM50 terus dibayar kpd Abe Kie. Mudah kan?
Oh! Ya. Sekarang Abe Kie nak bagitahu yang kad kredit Islamik ini dikeluarkan oleh CIMB Islamic. CIMB Islamic adalah anak syarikat CIMB Group yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam. Kad kredit yang Abam Kie miliki ini dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum-i.
Kad kredit ini boleh dimohon oleh warganegara Malaysia yang berumur antara 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan gaji kasar sebulan RM2,000 ke atas. Walaupun ini adalah kad kredit Platinum, kita hanya perlu berpendapatan RM24,000 setahun untuk mohon kad ini. Bagus kan?
Antara ciri menarik yang ditawarkan oleh kad kredit CIMB Platinum-i ialah mata ganjaran dalam bentuk CIMB Bonus Points. Abe Kie akan mendapat satu mata ganjaran untuk setiap perbelanjaan RM1 dengan kad ini.
Dalam erti kata lain, setiap kali Abe Kie swipe kad CIMB Islamic MasterCard Platinum ini di 500 pedagang yang mengambil bahagian, dengan setiap RM1 – Abe Kie dapat satu mata bonus CIMB. Bonus points ini tanpa had.
Abe Kie boleh tebus bonus points ini dengan barangan atau tukar mata bonus CIMB kepada Air Miles atau AirAsia BIG Points.
Selain itu, kad kredit ini juga tidak mengenakan sebarang yuran tahunan. Abe Kie tidak perlu bayar satu sen pun untuk yuran tahunan selagi Abe Kie memiliki kad ini. Cuma cukai tahunan RM25 kpd kerajaan tu memang la kena bayar. Huhuhuhu.....
Kad ini juga membenarkan Abe Kie menggunakan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) CIMB 0% Easy Pay dan pelan ansuran tunai (Cash Instalment Plan) CIMB CashLite. Abe kie buleh dapatkan barangan yang diidamkan dengan pelan Easy Payment CIMB 0% Easy Pay. Abe Kie hanya perlu buat pembelian RM50 ke atas untuk melayakkan Abe Kie menukar pembelian kad kredit kepada pelan 0% Easy Pay.
Pelan CIMB CashLite pula membenarkan Abe Kie buat pinjaman tunai jika Abe Kie ingin menggunakan wang tunai dengan kadar segera. Pinjam serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 48 bulan tanpa caj upfront. Tapi Abe Kie belum pernah keluarkan duit guna kad kredit.
Jika kawan2 nak tahu lebih lanjut tentang kad kredit CIMB Islamic MasterCard Platinum ini, boleh je ke website cimbislamic dan terus mohon kad kredit Islamik ini secara online tanpa perlu mengunjungi mana-mana cawangan CIMB Islamic. Mudah kan? Selamat berbelanja dengan berhemah.
14 Comments
Hemah ketika berbelanja.
ReplyDeleteKAD HUTANG MMG BERGUNA DISAAT PERLUKANNYA TERDESAK KAN CIKGU
ReplyDeletewahh tahniah abe !
ReplyDeleteBanyak kelebihan kad kredit CIMB Islamic ini.
ReplyDeleteApapun berbelanja dengan bijak.
alhamdulillah...kena gunakan dengan baik bila ada credit card ni.
ReplyDeleteaida xde kad kredit.
ReplyDeletedok pakai kad kredit asben :) hi hi hi...
kad kredit ni berguna bila boleh pakai 0% instalment, kan.
instead of byr cash, kita guna la kemudahan 0% instalment ni.
Menarik ni! Nanti nak apply juga lah.
ReplyDeleteyang penting, tiap kali gaji kena bayar habis..hehe
ReplyDeleteabam dah macam jurujual kredit card plak dah... hehehe
ReplyDeleteTahniah abam kie . Banyak pulak kelebihan yang ditawarkan oleh kad kredit CIMB :)
ReplyDeletei pakai yang cimb rebate tu, ok jgk.... rebate byk juga
ReplyDeleteMenarik juga..tq sharing abam kie..
ReplyDeleteWah dapat bonus tanpa had . Menarik ni 😍 thanks sharing abam kie
ReplyDeleteSelamat berbelanja yer...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.