Pesakit diabetes atau umumnya disebut kencing manis tidak boleh mengambil sebarang makanan bagi tujuan mengawal kadar gula darah.

Bagi mereka yang baru sahaja didiagnosis dengan penyakit ini, mungkin anda juga sedang mencari contoh menu makanan untuk diabetes agar pemakanan harian terkawal.

Jika anda sememangnya ingin mengetahui apakah contoh menu makanan untuk diabetes, sila ikuti artikel ini.

Zat atau nutrisi yang mesti ada dalam menu makanan pesakit diabetes

Pengambilan jenis dan jumlah makanan oleh pesakit diabetes sememangnya perlu dikawal dan diberi perhatian. Ini kerana ia boleh mempengaruhi dan memberi kesan mendadak pada paras gula darah pesakit ini.

Namun, ia tidak bermakna mereka boleh mengabaikan sebarang pengambilan nutrisi penting untuk tubuh mereka.

Berikut adalah jenis dan amaun nutrisi yang perlu diambil oleh seorang pesakit diabetes dalam pemakanan mereka.

#1. Karbohidrat


Walaupun karbohidrat sering dikaitkan dengan peningkatan paras gula darah, namun ia mesti diambil oleh pesakit diabetes. Ini kerana karbo penting sebagai sumber tenaga utama bagi tubuh badan manusia.

Pengambilan karbohidrat bagi pesakit diabetes adalah antara 46 hingga 65% daripada pengambilan kalori keseluruhan harian.

Untuk jenis karbohidrat yang disarankan, pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil makanan yang tinggi kandungan serat seperti beras perang dan pengambilannya mestilah tidak kurang daripada 130 gram setiap hari.

#2. Lemak


Bagi kandungan lemak, mereka yang menghidap diabetes disarankan untuk mengambil sebanyak 20 hingga 25% kandungannya daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jangan sesekali makan lebih 30% daripada jumlah lemak yang diambil.

Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans seperti daging yang berlemak untuk mencegah risiko penyakit lain seperti penyakit jantung.

#3. Protein


Pesakit diabetes juga perlu mengambil sumber protein bagi menyokong kesihatan sel-sel tubuh. Untuk pesakit diabetes, mereka memerlukan sebanyak 10 hingga 20% protein daripada keseluruhan jumlah kalori yang diambil.

Jenis makanan berprotein yang disarankan ialah seperti ikan, udang, daging tanpa lemak, produk tenusu rendah atau tanpa lemak atau kekacang seperti kacang soya.

#4. Garam


Garam berfungsi mengawal keseimbangan elektrolit selain menyokong fungsi saraf pada tubuh manusia.

Oleh sebab itu, anda mesti mengambil garam dalam makanan tetapi dengan jumlah yang terkawal. Jumlah pengambilan garam yang dicadangkan ialah tidak kurang daripada 2,000 miligram setiap hari.

#5. Serat


Pesakit diabetes digalakkan untuk mengambil jenis makanan yang tinggi dengan kandungan serat seperti beras perang selain daripada sumber buah-buahan, kekacang dan juga sayur-sayuran.

Mereka juga disarankan untuk mengambil sebanyak 20-35 gram serat setiap hari daripada pelbagai sumber makanan.

Makanan yang tinggi serat membantu pesakit diabetes untuk berasa kenyang dengan lebih lama.

Kami berikan kepada anda 3 jenis menu berbeza yang merangkumi hidangan untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam.

Contoh menu makanan untuk diabetes 1


#1. Sarapan pagi

    200 gram nasi (sekitar 1 cawan setengah)
    1 biji telur dadar
    20 gram sayur seperti kacang panjang
    Sup labu
    Buah tembikai susu

#2. Makan tengah hari

    200 gram nasi
    1 potong ikan sekitar 40 gram
    2 potong tempe sekitar 50 gram
    1 mangkuk sup sayur
    Buah nanas

#3. Makan malam

    200 gram nasi
    1 potong ayam goreng sekitar 40 gram
    Sayur cendawan goreng bersama tauhu sekitar 110 gram
    1 mangkuk sayur bayam
    Buah betik

Contoh menu makanan untuk diabetes 2


#1. Sarapan pagi

    Nasi goreng sekitar 200 gram
    1 potong tempe goreng
    Sup sayur petola
    Buah betik

#2. Makan tengah hari

    200 gram nasi
    1 potong ikan goreng sekitar 40 gram
    Sayur kangkung goreng sekitar 100 gram
    2 biji buah pisang

#3. Makan malam

    100 gram nasi
    1 biji telur dadar
    1 gelas sayur brokoli tumis sekitar 100 gram
    Buah epal

Contoh menu makanan untuk diabetes 3


#1. Sarapan pagi

    150 gram nasi
    Daging masak lada hitam sekitar 35 gram
    Sayur kacang panjang dan juga tauge yang ditumis sekitar 50 gram
    Buah tembikai

#2. Makan tengah hari

    200 gram nasi
    1 potong ikan masak stim sekitar 40 gram
    Sayur goreng
    Buah nanas

#3. Makan malam

    200 gram nasi
    1 potong ayam masak sambal sekitar 40 gram
    1 potong ikan goreng sekitar 40 gram
    Sayur sawi goreng sekitar 50 gram
    Buah pisang

Kesimpulan

Bagi penghidap diabetes yang mencari contoh menu makanan untuk diabetes, anda boleh mengikuti model makanan seperti yang dicadangkan ini.

Tidak semestinya anda perlu ikut cara hidangan yang dicadangkan ini. Anda boleh mempelbagaikan resepi dan cara masakan mengikut kegemaran anda.

Tetapi pastikan anda mengawal segala penggunaan bahan-bahan sampingan lain dalam lauk anda seperti gula, minyak dan juga garam.