Setelah trauma dengan pengalaman ditipu oleh penjual barang elektrik dari Kota Tinggi, Johor yang menipu Abam Kie semasa membeli chest freezer tempohari, Abam Kie bangkit kembali daripada pengalaman disabotaj penjual di Lazada tersebut. Pada bulan Julai lalu, mesin basuh semi-auto jenama Pensonic rosak. Mesin tu dah berusia 5 thn. Lalu abam kie survey la di Shopee kot2 ada yg berkenan. 


Cari punya cari akhirnya terjumpa satu mesin basuh jenama Midea pada harga RM310.20 termasuk shipping. Kapasiti cuma 6 Kg. Tapi rasa OK la untuk mesin basuh kedua. Kos penghantaran cuma RM21 je oleh J n T. Sebelum ni abam kie x berapa yakin dengan jenama China. Tapi pada hari tu abam kie berubah fikiran. Beli je la masa offer ni. Bila abe kie survey di kedai elektrik berhampiran harga model ni RM390 sebelum tawar-menawar. 

Alhamdulillah. Setelah 3 hari menunggu, akhirnya lori J n T hantar mesin basuh ni. Terus abam kie dan anak 'install' benda ni di dapur basah. Terus cuba. Alhamdulillah. Mesin basuh ini berfungsi dengan baik.


Manakala mesin basuh lama ni Abe Kie iklankan di mudah.my. Tak lama kemudian ada seorang pembuat kek dari Kuala Krai nak beli. Dia sendiri datang ambil mesin tu di rumah abe. Abe Kie tolak harga RM70 aje sebab bahagian pengering tu jammed. Tapi kalau dibaiki OK lagi. Cuma Abam Kie malas nak angkut hantar kedai. 

Begitulah kisah abam kie membeli mesin basuh di Shopee. Jika tak yakin, jangan beli barang elektrik yang berat di atas talian, ye?