Puisi Cinta Si Gadis Sunti
Buat
gadis, sentiasa jaga maruah diri walau ke mana kamu pergi. Bertindaklah dengan
akal, bukan berpandu hati.
Usah diserah kehormatan diri walau sayang
tidak bertepi. Jangan sampai satu hari, tangan kecil terbiar sepi.
Demi
cinta badai api ku redahi, pelajaran terabai tak dipeduli. Jangan ingat hanya
bahagia yang menanti, saat menduga pasti jua mendatangi.
Ingatlah,
wanita yang elok pekerti diciptakan buat lelaki yang baik, yang luhur, yang
sejati,….. Perbaiki diri, perkejap ilmu akhirat serta duniawi, demi kebahagiaan
hakiki.
Andai
jodoh tak ke mana, jika dihalang pihak keluarga, tidak bererti kiamat dunia.
Selami punca, berbincang sama, buang ego bisikan nista, bukan buang saudara,
buang agama!
Usah
mengikut kekasih yang ‘murah’ menabur janji. Sehingga sanggup berkahwin lari.
Bukankah baik berdoa tak henti, moga dipertemu arjuna hati teman sehidup
semati?
6 Comments
Yaa betul tu...kita ada anak kan, doa yang bebaik aje untuk mereka..kadang nak cakap lebih pun tak berani...
ReplyDeleteBetul sangat-sangat.Siapa pun,di mana pun.jaga diri.Biar dibenci kerana tidak mengikuti terlalu moden dan bebas zaman kini daripada tergadai maruah keluarga dan diri sendiri.
ReplyDeletepuisi yg indah untuk berfikir lebih2 lagi di zaman sekarang...
ReplyDeleteDihalang keluarga. Moga dipertemukan dengan yang lebih baik.
ReplyDeleteAMIN
Suka nya puisi ni..ayat die rasa lembut tapi mendalam..Nice!
ReplyDeletesemoga dijauhkan dari maksiat dan perkara yang buruk. InsyaAllah, aamiin aamiin. ❤️
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.