Assalamualaikum. Bagi menutup tirai tahun 2020 yang penuh cabaran ini, dengan sukacitanya Abam Kie ingin memberikan ganjaran kepada 7 orang rakan blogger yang kerap meninggalkan komen membina di blog ini. Caranya mudah sahaja, pastikan anda berada di dalam carta pengomen tegar blog Abam Kie ini. Pemilihan pemenang berdasarkan kedudukan carta pada jam 9.00 a.m. 31 Disember 2020. Tidak perlu membuat entri, ya?

    Hadiah-hadiah yang akan diberikan boleh tahan juga la. Untuk memudahkan urusan, Abam Kie akan bagi hadiah berupa topup hp aje kepada pemenang2 bertuah. OK ke? Tiga tempat teratas akan menerima topup bernilai RM10 setiap seorang manakala empat tempat seterusnya akan menerima RM5. Best kan? 


    Dalam foto di atas adalah kedudukan carta pada 15 Nov 2020. Dan Abam Kie yakin kedudukan ini akan berubah. Jadi sekiranya kawan2 ingin mendapatkan ganjaran yang Abam Kie sediakan, pastikan selalu menulis komen di blog ini, ye? Selamat mencuba. Jika rajin berusaha, pasti ada ganjarannya. Sekian. Terima kasih.