Dilema seorang guru zaman sekarang
Sedap sajak A. Samad Said
Murid sekarang..... Ya, Allah amat menguji keimanan cikgu. Sabarlah cikgu.... jangan hilang pertimbangan..
Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah
Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu
Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala
Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput
Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta juta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman
Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...
16 Comments
Cikgu2 senior ramai yg nk pencen awal..tak tahan dgn kerja online dan data huhu..
ReplyDeleteDi tambah musim pandemik ni, makin dilema jadik cikgu
ReplyDeletememang jauh bezanya pelajar dulu dan sekarang...
ReplyDeleteSeram nya jika kita di kalangan mak bapak yang asyik nak cri salah cikgu. Moga cikgu tetap kuat dan tabah menjadi pendidik nusa bangsa. ^^
ReplyDeleteaduh.. betul jadi guru zaman skrg ni byk dugaan sbb parents garang2
ReplyDeleteKata cikgu kat rumah kak mengajar online lagi sibuk dari ngajar kat sekolah..siaan tengok siang mlm ngadap pc
ReplyDeleteBertabahlah wahai guru. Tanpa guru, siapalah yang boleh memandaikan bangsa.
ReplyDeletemasa zaman nieyl sekolah dlu, kami mmg sgt nakal tetapi nakal kami tidak sama mcm nakal budak sekolah zaman skrg... kami masih hormati cikgu2 disekolah..
ReplyDeleteSemakin lama semakin mencabar menjadi seorang guru.
ReplyDeleteteringat zaman sekolah dulu2.. kena rotan, denda itu biasa..
ReplyDeleteBetul ni. tak siap keje sekolah kena rotan kan..
Deletedgr berita sana sini mama pun naik risau lebih2 lagi kes jenayah melibatkan pelajar sekolah skrg mmg amat membimbangkan
ReplyDeletesian cikgu2 sekarang. makin mencabar kerjaya guru
ReplyDeletesemoga tabah abam kie =)
ReplyDeletePerbezaan zaman dulu dan sekarang...
ReplyDeletePerkhh... memang makan dalam nukilan Pak A. Samad Said.
ReplyDeleteBijaknya menjulang,
Semengatnya tidak pernah kurang.
Sama macam semangat Sir Zukidin.
www.mazaaida.blogspot.com
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.