Membuka akaun Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM)
Semasa melayari dinding Muka Buku dua bulan yang lepas, Abam Kie terpandang iklan oleh Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) lalu terbuka pintu hati untuk menjadi ahli koperasi ini dengan membeli saham yang ditawarkan. Mula-mula Abam Kie DM no Whatsapp dalam tu. Lepas tu staff KoPPIM tu telefon abam kie dan cerita tentang koperasi ini. Dia bagitahu dividen koperasi ni antara 8 ke 15% setahun. Hmmm... Boleh tahan gak berbanding TH, ASB dan koperasi sekolah. Jika betul dapat 15% setahun tu kira setaraf mcm Bank Rakyat la!
Seminggu kemudian Abe Kie mengisi borang permohonan secara dalam talian di laman web KoPPIM. Tak banyak benda yang perlu diisi cuma maklumat yang wajib spt nama, no KP, emel, no akaun bank dan sebagainya. Lepas tu abam kie beli saham bernilai RM100 dan yuran penyertaan bernilai RM30. Semuanya RM130. Boleh bayar secara perbankan internet, kad debit atau kad kredit. Abam Kie pilih kad kredit. Dapat point lagi. Jika bayar tunai tak la dapat point kad kredit tu.
Selepas settled bayar yuran n saham RM100, Abam Kie cuma perlu beberapa hari bekerja untuk transaksi itu disahkan. Bila disahkan maka Abam Kie kini memiliki saham dalam KoPPIM ni. Tak lama pun menunggu. Abam Kie boleh menyemak transaksi di laman web KoPPIM. Semuanya ada terpapar. Buat pengetahuan kawan2, KoPPIM ni ada pasar mini bernama Malakat Grocer di Cyberjaya. Barang2 di sini murah dan berpatutan. Jadi kwn2 yg tinggal di sini boleh la shopping di Malakat Grocer. Akhir kata Abam Kie menyeru kawan2 blogger untuk menjadi ahli KoPPIM bagi membangunkan ekonomi umat Islam di Malaysia. Sekian. Terima kasih.
10 Comments
good sharing abam kie :)
ReplyDeleteALHAMDULILLAH BERKONGSI ILLMU TERIMA KASIH CIKGU AK
ReplyDeletePerkongsian ini satu lagi pendedahan kebaikkan. Moga lebih ramai yang menjadi ahli. Aamiin.
ReplyDeleteWah! Syabas dan tahniah abamkie.. Siapa lagi kalau tak kita yg memartabatkan ekonomi islam kan. Jom!
ReplyDeleteMalakat Grocer ini ada dkt ngan opis nieyl ..
ReplyDeletemenariklah perkongsian abam kie ni..menarik minat nieyl nak join juga ni...
15% tu memang banyak dividen yang diberikan tu. Thank pasal sharing , kalau tak baca tak tau plak koppim ada pasar mini kat cyberjaya. org yg duduk cyber pon tak tahu ni...
ReplyDeleteDekat Cyberjaya ada Malakat Mall betul, dekat situ ada juga jual barangan runcit dan ada market juga. Suka sebab ada banyak produk muslim otw balik rumah selalu singgah beli barang keperluan, tentang saham koperasi ni baru tahu... nanti nak KoPPIM tu
ReplyDeletebagus juga ni. 8% tu dah kira ok lah tu, apatah lagi kalau capai 15%. Bolehlah saya fikirkan untuk labur sikit duit kat sini.
ReplyDeletetq abam good info
ReplyDeleteMemang elok melabur dalam koperasi. Saya pun awal Januari ada buka akaun Co-op Pertama. Kena ada simpanan untuk masa depan.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.