Seloka Untuk Murid Sekolah Semasa PKPB
Seloka untuk yang bergelar pelajar sekolah semasa PKPB.....
Pkpb disambung lagi
Pelajar tingkatan 5 susah hati
X tahu apa akan terjadi
Tentang SPM yang akan mereka jalani,
Di waktu wabak covid -19 ini..
Usah sedih dalam hati,
Yang pasti kena sentiasa ulangkaji,
Semua bab yang cikgu bagi,
Sampai bila pun x akan rugi,
Kalau ilmu sentiasa dikemaskini...
walau bilapun SPM ditempuhi...
Segalanya telah tersedia rapi..
Ada pelajar gembira dihati,
Duduk rumah goyang kaki,
X perlu jumpa cikgu setiap hari,
Boleh pulak tidur mati,
Lepas main games 14 jam sehari...
Pelajar macam ni sangat rugi,
Masa yg berlalu x akan kembali,
Kalau hari2 macam ini,
Ibarat tin kosong yang tak terisi...
Ada pula tak suka belajar dan ulangkaji,
Tapi nak pergi sekolah setiap hari,
Bukan nak belajar atau berkongsi,
Apa yang cikgu cakap dan ajari,
Tapi nak jumpa kawan atau kekasih hati...
Sekarang kena PKPB,
Dok rumah pendam rindu dihati,
Berbalas whatsapp silih berganti...
Cikgu cikgu tak lupa Pdpc,
Kelas online pengganti diri,
Walau dirumah banyak kerja lain lagi,
Tapi naluri dan kerja hakiki,
Perlu sentiasa dikemaskini,
Ada pelajar yang cuba lari,
Tutup telefon buang bateri,
Tak der internet topup lupa nak beli,
Games online boleh pula sertai....
Ada murid setia menanti,
Cikgu buat kelas online hari-hari,
Minta bahan kalau pun tak diberi,
Tanya soalan kalau tidak fahami,
Cikgu akan ulang dan ulang lagi,
Tidak hanya senyap menyepi...
Sekarang norma baharu perlu jalani,
Duk rumah pun kena ikut SOP,
Jangan keluar sesuka hati,
Atau nak melepak sana sini,
Siapa bawa virus tidak kita ketahui,
Oleh itu kena sentiasa berhati-hati,
Dok rumah jer diam diri,
Baik tolong mak ayah buat itu ini,
Sekurangnya boleh belajar berdikari...
Diri sendiri yang untung nanti...
Patuhi arahan MKN yang terkini,
Tempat sesak dan sempit perlu jauhi,
Jaga jarak fizikal setiap aktiviti,
jaga juga kebersihan diri,
Guna hand sanitizer sebagai pembasmi...
Pakai pelitup muka setiap kali,
Jika keluar membeli,
Takut kena saman nanti...
Wahai pelajar yang dikasihi,
Sila jaga diri sendiri,
Kalau bukan kita siapa lagi,
Sama2 putuskan rantaian covid-19 ini,
Dapatlah kita bertemu lagi...
Sekian ...
10 Comments
Kelakar sedih + seram pun ada seloka cikgu ni
ReplyDeletekelas secara online ni memang besar cabarannya. Yang penting semangat dan displin nak belajar, klu takde mmg susah lah nak belajar. Good luck pada semua calon SPM tahun ni
ReplyDeletebetul, utk org yang mmg kena pergi class utk belajar.. rugi masa goyang kaki dekat rumah :(
ReplyDeletemencabar sungguh tahun 2020 ni kan..lari dari kebiasaan..semoga kita semua tabah..
ReplyDeleteWah.. bagus seloka ni. Memang kena dlm hati pelajar. Ahahah, part tidur mati tu lucu..tpi mmg hakikat sebenar..ahaha, Boleh ni buat video dan tunjuk kat murid2 Cikgu nnti.
ReplyDeleteMacam2 rasa terbit baca post ni haha
ReplyDeleterasa geram bila tengok budak yang ambik kesempatan online class untuk goyang kaki jee ish. saya hari2 online class selalu susah hati sebab wifi slow 😂
ReplyDeleteMusim PKPB ni stressnya lain macam. Sukar untuk dihuraikan dengan perkataan. Tak lama lagi SPM, tak tahu apa akan berlaku seterusnya.
ReplyDeleteSeloka memang tepat dan padu untuk anak-anak buat masa ini
ReplyDeleteSeloka realiti masa sekarang. Haih... Bertabahlah wahai guru dan pelajar...
ReplyDeleteTidur mati dan main game 14 jam tu dahsyat..
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.