10 Barangan Mahal Yang Anda Tidak Perlukan
1. Telefon pintar
Antara banyak-banyak barang, mungkin ini selayaknya disebut paling awal. Mana tidaknya, generasi muda sekarang boleh dikatakan hampir setiap tahun menukar telefon pintar, ada saja model baru, terus disambarnya. Pantang keluar iklan, mulalah tak senang duduk dibuatnya. Nampak pula ada rakan guna telefon pintar baru, lagilah berkobar-kobar hatinya nak dapatkan peranti baru.
Situasi itu menyebabkan peranti yang dijual pada tahun sebelumnya boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah sedangkan prestasinya masih mantap, umpama yang baru juga. Alangkah bagusnya kalau wang itu digunakan untuk membeli barang lain yang semestinya lebih memenuhi keperluan anda.
2. Kopi mahal
Meneguk secawan kopi yang penuh aroma pada waktu pagi dan selepas habis waktu kerja pastinya menghadirkan ketenangan terutamanya kepada pencinta kopi. Biasanya, tentulah restoran mahal menjadi pilihan, kadangkala secawan kopi harganya boleh mencecah belas-belas ringgit.
3. Tudung mahal
Fuh, pasti ramai panas hati, sakit hati baca bahagian ini. Mahu atau tidak mahu, inilah yang harus dibangkitkan kerana kebelakangan ini semakin ramai wanita sanggup berhabis ratusan, ribuan ringgit untuk sehelai tudung. Pelbagai alasan diberikan, material kain lebih baik, rekaan yang cantik, eksklusif tapi ramai sebenarnya menyedari, harganya melambung tinggi kerana jenamanya.
4. Majlis perkahwinan meriah
Menjadi raja sehari, sudah semestinya kita sehabis baik mahu jadikan ia kenangan terindah, tak boleh dilupakan, diraikan semeriah mungkin. Lazimnya, majlis yang meriah sudah semestinya memerlukan banyak belanja. Disebabkan mahu nampak gah, ada yang sanggup meminjam daripada bank untuk melunaskan hasrat hati mereka.
5. Vacuum cleaner robot
Ciptaan ini semakin mendapat permintaan kerana katanya memudahkan kerja membersihkan rumah, tidak perlu terbongkok-bongkok membersihkan rumah seperti sebelum ini. Begitupun, saiznya yang kecil menyebabkan anda perlu membersihkannya berulang kali, berbeza berbanding penyedut hampagas lain yang ada dalam pasaran.
6. Headphone mahal
Bagi mereka yang suka mendengar lagu, kebanyakan masanya dihabiskan dengan lagu menerjah halwa telinga, mereka pastinya lebih gemar menggunakan headphone mahal. Katanya, bunyi dari headphone mahal lebih sedap, bass, treble, semuanya sedap-sedap belaka, cukup sempurna.
7. Kereta mewah
8. Jam mahal
Ada orang mengklasifikasikan jam mahal sebagai status kekayaan, lebih mahal, lebih kaya orang itu kelihatan di mata rakan-rakannya. Pastinya anda tahu, tak kiralah mahal mana pun jam anda beli, fungsinya tetap sama, menunjukkan waktu kepada anda.
Hakikatnya, tak ramai pun orang yang benar-benar melihat kepada jam anda tatkala bertemu anda. Lazimnya mata mereka lebih tertumpu kepada baju dan kasut anda, lebih kepada penampilan secara keseluruhan. Jadi, tak salah kalau anda pilih jam yang nampak klasik, cantik, berkilat tapi dalam masa sama, harganya jauh lebih murah.
9. Bilik hotel mewah, mahal
Bila bercuti, sudah semestinya ramai mahukan penginapan yang selesa, persis seperti bilik sendiri, barulah tenang, selesa bila tidur malam. Pastinya untuk bilik sebegitu, harganya tidak murah. Ada pelabagai jenis hotel menawarkan pelbagai jenis penginapan dengan jurang harga yang berbeza-beza juga. Kalau anda rancang percutian anda, rajin ‘menjelajah’ dari satu hotel ke satu hotel secara atas talian, tak mustahil anda akan dapat bilik selesa pada harga murah.
10. Produk diet ‘ajaib’
Ramai yang terpedaya dengan iklan-iklan ubat kurus, kononnya boleh kuruskan badan dengan cepat namun kesan buruknya tidak pula diberitahu. Pakar kesihatan berpendapat ubat kurus sebegitu sebenarnya membahayakan kesihatan, boleh merosakkan buah pinggang dan kesannya hanya terasa apabila usia semakin meningkat.
Sumber: www.astroawani.com
19 Comments
harga barang2 ni kadang2 mahal sebab brand dia je kan abamkie
ReplyDeleteSetuju yang nombor satu tu cikgu kadang telefon kemahen mahal tapikan kredit takdo muahahhaaaa...
ReplyDeletetahun ni paling ramai hadapi masalah perancangan kewangan. silap langkah buruk padahnya. beli bila perlu, usah ikut peredaran semasa.
ReplyDeleteMahal sebab kualiti atau mahal sebab jenama atau penjenamaan semula. Bijaklah memilih dan membuat keputusan untuk membeli.
ReplyDeletemostly, sebab jenama.
Deletetapi sebab jenama la ramai yg beli :)
Tahun ini memang banyak mengalami kesukaran melibatkan wang. Walau bagaimana pun masih cuba untuk asingkan kewangan mengikut keperluan berbanding kehendak.
ReplyDeleteKali hendak beli barang ke hendak kena pastikan utamakan keperluan.
ReplyDeleteTidakpun buat tabung untuk satu barang kehendak yang kita mahu.
memang tak perlu pun semua barang mahal, utamakan yg mana penting dan belanjalah dengan bijak :)
ReplyDeleteDi dalam keadaan sekarang jangan berbelanja boros tatkala sale shopee tudia pakat2 tekan. walhal dalam wallet nak makan rm50 ja haha
ReplyDeleteNo 2 - 9 sy xkisah abe kie, to loni duk pk hok no 1 tu tuk thn dpn. Mungkin terpaksa guna tuk kerjaya pengajaran dan pembelajaran cpt dan pantas... Ni duk pening gk
ReplyDeleteBagi yang berlebih2 wang, takde masalah.
ReplyDeleteyes, apapun beli ikut kemampuan. ukur baju di badan sendiri kan abam. kalau tak mampu, buatlah pilihan berkadar dengan kemampuan diri.
ReplyDeletetelephone pintar tu dah jadi satu keperluan tu, skrg ni.. masuk sana sini kena scan, register .. pastu cashless ... mcm2.. then kena beli yg mahal sikit utk tahan lama, klu beli yg murah dan biasa, tahan setahun dah kena tukar baru sbb apps keep updating kan.. huhuhu tapi kita sendiri la kena tetapkan budget kan
ReplyDeletemungkin ada segelintir yang sanggup habiskan duit untuk smart phone baru tapi sebenarnya kalau ikutkan device lama dah susah nak function bila brand keluarkan yang baru sebab brand akan hapuskan beberapa features supaya pengguna beli yang baru. Nak taknak, terpaksa lah sebab smartphone dah jadi keperluan sekarang ni.
ReplyDeleteada betul nyer kata2 fana ni.
Deletethen, one thing, smartfon skang da tak tahan lama mcm phone dulu kala. 2-3 tahun start la buat kerenah.
hang lah.
tetiba off lah.
aduhai...
ala... dah macam keperluan dah hp, tudung, vacuum robot tu semua mama suka. tapi tak lah beli yg mahal2 huhuu
ReplyDeleteteringin nak beli vacuum cleaner robot tu..
ReplyDeleteApapun yang kita nak beli, utamakan keperluan dulu. Bukan kehendak.
ReplyDeletesetuju.
ReplyDeletekalau ada kelebihan dlm kemampuan, onz jer.
tapi personally bagi aida, masih tak mampu.
anak2 masih kecil, abamKie. nak guna duit kelak utk pendidikan.
so so aje brg aida. sederhana.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.