Bagaimana Menjadi Kaya Dalam Masa 3 Hari?
Assalamualaikum. Pada pagi Selasa ini, Abam Kie ingin berkongsi tips untuk menjadi kaya dalam masa 3 hari! Tak percaya ke? Memang mudah nak diamalkan jika kita beristiqamah kerana syurga bukannya percuma! Semoga kita semua mampu melaksanakan tips di bawah ini dengan sebaik mungkin. Anda mampu melakukannya!
1. Bangun pagi, usap muka cakap 'Terima kasih Allah'. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam, ucap thanks Allah lepas tu senyum sensorang...
2. Mulakan dengan solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat dan solat Subuh..
3. Cukup waktu, mulakan dengan solat Dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat)
4. Hari ni tanam dalam diri tak mau sembang dengan kawan opis pasal orang lain, tak mau baca atau tulis yang bukan-bukan.
5. Nak zikir dan sebut nama Allah sahaja. Sebut ulang-ulang (boleh jadi sebak tau!)
6. Solat di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang mintak kat Alah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh-sungguh.
7. Lepas tu cakap thanks berkali-kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.
8. Hari ni tekad, kalau sapa2 minta sedekah bagi jugak, walaupun RM1.
9. Call mak dan abah. Bersembang dan tanya khabar walaupun hanya 5 minit.
10. Bangun pukul 3.30 pagi. Buat tahajud 2 rakaat kemudian ambik masa termenung fikir salah diri. Kenapa ujian datang kat aku? Mungkin aku pernah buat salah....
11. Buang ego dan kaji sedalamnya. Apa salah silap kita? Kalau tak jumpa, mohon Allah tunjukkan.
12. Ulang selama 3 hari berturut-turut. In Shaa Allah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya!
Kalau tak menjadi, jangan salahkan orang lain. Semak diri sendiri dulu. Moga bermanfaat.
18 Comments
Semua berbalik dan berpunca daripada diri sendiri kan Cikgu AK. Terima kasih perkongsian.
ReplyDeletenice sharing. insyaallah akan amalkan sedikit demi sedikit
ReplyDeleteterima kasih abam kie. insyaAllah cuba amalkan :)
ReplyDeleteNice sharing, sangat bermanfaat.
ReplyDeleteperkongsian yang baik..tq
ReplyDeleteterima kasih ats perkongsian
ReplyDeleteBetul... Saya down dengan reputasi online bisnes dan kerja-kerja blogging... saya istiqamah dan kembali dekatkan diri dengan Allah... Alhamdulillah...hari ini saya dah kembali segar dan semangat untuk kembali menulis dan rezeki pun dilimpahkan Allah. Kita manusia memang kerap alpa. Kena cepat sedar dan perbaiki diri
ReplyDeletecall mak abah itu plg penting dlm segala hal
ReplyDeleteNo 11 tu paling susah nak buat, tapi tu lah paling baik
ReplyDeleteNice sharing... Moga dapat buat...tak dapat semua jangan tinggal semua...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian...
ReplyDeleteBetul tu abg kie. Sumber rezeki kita dtgnya dari Allah. Kita usaha, tapi Allah yg tentukan. Jadi kita usaha la cara2 abg tu.. Dekatkan diri.. Mohon pada Allah permudahkan. Insyallah boleh dgn izinNya.
ReplyDeleteNice sharing abam kie. Pelan2 kita cuba praktikkan
ReplyDeleteTerima kasih bagi amalkan yang spesifik. Sekarang kena amalkan. Cuma telefon ibu bapa itu tidak payah buat sebab duduk dengan emak abah.
ReplyDeletesatu perkongsian yang menarik dan bermanfaat
ReplyDeletekekayaan tidak semestinya datang dalam bentuk wang ringgt. great sharing abam tq
ReplyDeleteistiqomah :)
ReplyDeletesukar. tapi possible.
aida sekarang sedang usaha ke arah tiga je dulu, abamKie. solat awal waktu, solat sunat 2 rakaat before solat subuh & sedekah (nampak tabung, sedekah. nampak tabung sedekah. tak kira la bila dan di mana).
in shaa Allah...
waalaikumussalam. alhamdulillah terima kasih sharing ni abam kie
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.