Cara Membuka Akaun SSPN-i Untuk Diri Sendiri
Assalamualaikum. Kawan2 dah buka ke akaun SSPN-i untuk anak2? Abam Kie memang sudah pastikan akaun SSPN-i untuk semua anak dibuka sejak mereka bayi lagi. Alhamdulillah. Ini menjadi platform yg sesuai untuk menabung bagi pendidikan anak-anak kelak. Tapi kawan2 pernah terfikir ke nak buka akaun SSPN-i untuk diri sendiri? Bapa dan ibu pun kena menabung untuk hari tua. Biarlah sedikit tapi konsistent. Simpanan pun dikecualikan daripada cukai pendapatn selain drp mendapat dividen juga sebanyak 4% setahun.
Jika kawan2 nak membuka akaun SSPN-i untuk diri sendiri atau anak2, sekarang ni boleh buka secara on9. Tak perlu menapak ke bank, apatah lagi musim PKPB ni. X kuasa nak beratur panjang dan bayar parkir, petrol dan tol bagai. Segalanya boleh dibuat dari rumah giteww! Caranya dengan klik di SINI. Pas tu isi je semua maklumat yang dipinta. Mudah kan?
Gambar diatas menunjukkan akaun SSPN-i Abam Kie sudah berjaya dicipta. Cuma Abe Kie perlu memasukkan duit minima RM20 untuk mengaktifkannya. Untuk kali pertama ni Abam Kie masukkan RM30 aje dulu.
Kemudian Abam Kie membayar deposit pertama menggunakan perbankan internet.
Foto di atas menunjukkan bayaran telah berjaya dilakukan menerusi FPX. Abe Kie guna M2U je. Kalau hendak menyimpan secara autodebit setiap bulan, boleh juga memohon melalui laman web SSPN ini. Abe Kie pun buat potongan autodebit setiap bulan. Mudah je kan nak menyimpan jika buat autodebit dari akaun bank ni? Pasti tak akan terlupa untuk menyimpan lagi! Tambahan pula perkhidmatan ini percuma.
Akhir kata, jom kita menyimpan di SSPN-i dan SSPN-i Plus untuk menampung perbelanjaan anak2 di pusat pengajian tinggi kelak. Selamat mencuba.
10 Comments
Bagus ni. Bukan sekadar untuk anak-anak, ibu ayah pun boleh simpan juga ni.
ReplyDeletedan dapat pelepasan cukai, tu yang best :D
ReplyDeleteatie ada akaun sspn ni masa umu 18 tahun nak masuk belajar tu , tapi tatau jadi apa sbb akhirnya tak guna pun acc tu
ReplyDeletetaktahu pulak boleh buka akaun untuk diri sendiri. ingatkan untuk anak-anak je. nak buka akaun untuk diri sendiri jugak lah
ReplyDeleteWah rajin Abam Kid simpan secara bulanan.
ReplyDeletebagus rajin menyimpan
ReplyDeleteWah, boleh buat secara online yer. Senang la gitu
ReplyDeletethanks for the share...sebelum ni dgr utk anak anak je....
ReplyDeleteSSPN-i ni bole bukak untuk diri sendiri ye... igtkan untuk anak2 jer
ReplyDeleteBaru tahu sspn ni boleh buka untuk diri sendiri
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.