Assalamualaikum. Anak bongsu Abam Kie, Nur Imtinan 'Afiiyah kini sudah berusia 5 tahun pada 1 Dis 2020 lepas. Seminggu sebelum hari kejadian dia hampir setiap hari bertanyakan bilakah tarikh sambutan hari lahirnya. Macam tak sabar betul. Biasalah kan budak kecik? Lalu Abam Kie tanya dia nak makan apa pada hari sambutan hari lahirnya? Dia terus jawab, "Afiiyah nak makan pizza!"

Maka pada hari Selasa lepas Abam Kie memesan pizza dan hidangan tambahan dari Pizza Hut Tanah Merah. Dalam jam 2.45 petang delivery boy menghantar pesanan tersebut. Tidak lama kemudian ummi balik membawa sebiji kek dari Kuala Krai. Terus Afiiyah nak bergambar depan kek tu. Biar pun baru sampai dari pejabat, ummi masih lagi sempat nak menggoreng mihun biar pun Abam Kie dah bagitahu cukup aje makan pizza dua keping tu untuk kami sekeluarga. 


Abam Kie pun turut ambil gambar di depan kek besar ni. Maklum la masa kecil dulu mana merasa sambutan hari lahir bagai. Sedar2 dah tua baru nak beli kek. Begitulah trend sekarang bila anak2 sambut hari lahir pasti Abam Kie sekeluarga buat makan2 sikit untuk menghiburkan hati kami. Tahun ni buat sambutan di rumah sahaja gara-gara PKPB. In Shaa Allah, bila keadaan kembali reda kami akan sambut di luar pula. Sekian. Terima kasih.