Kasut Pallas Pilihan Murid Sekolah di Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apabila akhir tahun macam sekarang ni, pasti ibubapa akan sibuk menyiapkan peralatan anak-anak untuk kembali ke sekolah seperti pakaian seragam, kasut, alatulis, buku tulis dan sebagainya. Kalau lihat di pekan dan bandar sekarang memang kedai dan pasaraya dipenuhi oleh ibubapa dan anak-anak. Namun suka diingatkan agar mematuhi SOP bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 yang masih bermaharajalela di bumi Malaysia ini.
Satu benda penting yang mesti dibeli ialah kasut sekolah. Kalau tak ada sepasang kasut sekolah mana boleh pergi sekolah, kan? Jadi sebagai seorang bapa dan guru sekolah menengah, Abam Kie ingin berkongsi beberapa tips memilih kasut sekolah. Diantara ciri-ciri penting bagi Abam Kie apabila membeli kasut sekolah anak adalah seperti berikut:
1. Ringan – Jika berat takut kaki mudah lenguh dan sakit. Kesian gak kat murid-murid terutama di sekolah rendah hendak berjalan sambil mengheret kasut berat kan?
2. Jenis zap-on – Abam Kie suka jenis zap-on velcro strap sebab lebih senang dan cepat nak pakai, tambahan pula untuk anak-anak di sekolah rendah. Kalau yang jenis tali tu mau berjam nak mengikatnya ataupun ibubapa yang perlu ikatkan untuk anak-anak mereka pula, kan? Huhuhu...
3. Cepat kering – Sangat penting untuk Abam Kie terutama sekali pada musim hujan. Kalau kena hujan semasa balik sekolah alamat kena cari alternatif untuk mengeringkan kasut-kasut tu. Dulu-dulu Abam Kie letak di belakang peti sejuk. Bila bangun keesokan harinya biasanya kasut-kasut tu dah kering. Tapi jika gagal mengeringkannya pada masa yang sewajarnya, takut kasut berbau busuk dan menjadi kekuningan dekat bahagian yang lembab tu.
4. Tapak kasut yang mencengkam – Tapak yang banyak ‘bunga’ lebih bagus sebab ‘grip’ atau cengkamannya lebih kuat. Ciri ini amat penting terutama sekali dalam situasi tidak diduga seperti anak mungkin tergelincir apabila berlari di atas lantai atau padang rumput yang basah. Jika ada bunga yang mencengkam, In Shaa Allah, anak tidak akan jatuh tergolek. Huhuhu....
5. Mudah dibasuh – Abam Kie lebih suka kasut yang tak banyak bahagian berkain, sebab tak mudah kotor sangat dan lebih senang dibasuh. Lagipun bahagian kain ni takut cepat reput, pastu lekat warna kekuningan jka lembab atau tidak betul-betul kering.
6. Pilih saiz kasut yang betul – Pilih saiz yang tidak terlalu ketat atau terlalu longgar. Kalau ketat sangat nanti sakit jari kaki pula. Kalau longgar sangat, takut tercabut pula kasut tu semasa berjalan. Tak selesa dipakaikan? Nak tahu saiz yang sesuai? Mudah je. Cuma perlu ukur panjang tapak kaki dari hujung ibu jari sampai ke belakang tumit. Lepas tu ambil saiz yang panjang insole atau pelapik dalam kasut dalam 1 cm lebih panjang dari ukuran sebenar tapak kaki. Cubalah!
Satu jenama kasut sekolah yang menjadi pilihan keluarga Abam Kie sejak zaman berzaman ialah Pallas Jazz. Model terkini kasut Pallas Jazz 306-031BK ini menjadi pilihan utama Abam Kie apabila membeli kasut sekolah anak-anak. Kasut ini dibuat daripada 'foam' yang tebal bagi memberikan keselesaan dan lebih perlindungan kepada si pemakainya.
Memandangkan anak-anak akan berada di sekolah hampir 8 jam sehari, perlunya dia memakai kasut yang diperbuat daripada foam tebal yang akan memberikan keselesaan kepadanya untuk berjalan dan berlari. Foam yang tebal juga akan memberikan perlindungan kepada kaki si pemakainya kerana ketebalan tersebut akan menyerap setiap hentakan kaki yang dilakukan. Sekaligus ia mengurangkan risiko kecederaan kepada kaki anak Abam Kie. Bagus kasut Pallas Jazz 306-031BK ini kan?
Seharusnya dengan ciri-ciri istimewa seperti foam yang lebih tebal, lebih keselesaan dan lebih perlindungan kepada kaki anak-anak kita menjadi sebab utama rakan-rakan blogger dan orang ramai untuk membeli kasut Pallas Jazz 306-031BK. Tambahan pula harga jenama ini sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Harga di pasaran cuma RM29.99 sahaja. Macam tak percaya, tapi itulah realitinya!
Kasut Pallas Jazz 306-031BK ini boleh didapati di kaunter kasut Pallas di AEON, Tesco dan Mydin Supermarket bersempena Kempen Kembali Ke Sekolah yang sedang berlangsung sekarang! Jadi cepat-cepatlah berkunjung ke pusat-pusat membeli-belah berkenaan. Selain dari itu, rakan-rakan boleh juga pergi ke kedai-kedai kasut yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing.
Yang menariknya, di sini rakan-rakan akan dapat membeli semua jenis kasut Pallas, tidak terhad kepada kasut sekolah sahaja. Jomlah pergi beli on9 kat situ!
Sesungguhnya kasut sekolah Pallas Jazz 306-031BK memang sangat popular dan menjadi pilihan ramai murid sekolah di Malaysia sejak berpuluh tahun dahulu. Ini kerana ciri-ciri unik dan istimewa hasil daripada pembuatan teliti oleh pengilang yang memberikan keselesaan dan perlindungan kepada kaki murid-murid sekolah yang memakainya. Yang pasti anak Abam Kie pasti akan bergaya apabila melangkah ke sekolah pada tahun depan. Terima kasih Pallas Jazz!
12 Comments
senang kasut ni kan , nak basuh pun senang ye tak
ReplyDeleteMasa sekolah memang pilih Pallas cuma waktu itu kasut putih sahaja.
ReplyDeleteanak saya pun pakai kasut camni
ReplyDeletePallas mmg kasut kegemaran saya masa sekolah dulu
ReplyDeleteYang penting selesa dipakai
ReplyDeleteKasut pallas jenis zap on tu memang eza suka sangat waktu sekolah dulu. Tak renyah nak ikat tali yang selalu terbuka. Harga pun affordable :)
ReplyDeletekasut legend ni kan
ReplyDeleteKasut Pallas mmg kualiti tiptop, kasut legend turun temurun ... Anak2 pun guna kasut brand ni.
ReplyDeletekasut pallas mmg selesa
ReplyDeleteHehe jenis zap on ni yang paling best!! Sebab senang nak pakai. Dulu Cik TK pun kurang gemar kasut bertali.. sebab nanti tengah berjalan tali tanggal lepas tu terpijak-pijak maka senang kotor. Lagipun dulu kasut sekolah warna putih.
ReplyDeletememang kasut lejen ^_^
ReplyDeletePallas pilihan bijak...Ingat kasut Ingat Pallas
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.