Kelebihan dan kekurangan pelaburan emas
Assalamualaikum. Sekarang ni harga emas menunjukkan trend menurun jadi ramailah orang yang berlumba-lumba nak membeli emas. Macam Abam Kie ni sejak 3 tahun lepas ada la buka akaun GAP di Public Gold tu. Tapi nilai emas yang disimpan tu masih sikit. Jadi masa ni la nak tambah. Harga emas ni naik sokmo, jarang benar menurun. Masa Abam kie join GAP 3 tahun dulu, harga 1 gram emas cuma RM178 tapi sekarang dah cecah RM268. Cepat tu naik!
Jadi pada hari ni Abam Kie nak berkongsi 3 kelebihan dan 3 kekurangan emas. Harap dapat memberikan sedikit panduan kepada kawan2 yang baru berjinak-jinak di dalam pelaburan emas ini. Yang penting beli emas dengan syarikat yang sah seperti Public Gold, Hello Gold, Bank Muamalat dan sebagainya. Jangan join skim pelaburan emas yang tidak diketahui asal usulnya. Selamat maju jaya!
Kelebihan emas
1. Wang untuk seluruh dunia.
Haa.. ini kelebihan emas yang paling hebat. Ia bukan saja laku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Nilai wang kertas ada sempadan. Emas tiada sempadan. Setiap negara ada pembeli emas samada kedai emas, kedai pajak atau pembeli individu.
Anda boleh jual emas di mana-mana negara di seluruh dunia.
Kemudian harga emas semasa dunia boleh disemak dengan mudah. Jadi, memiliki emas ibarat memiliki matawang sedunia. Jika berlaku masalah di negara anda, lari ajer dengan emas. Anda dah boleh mulakan kehidupan di negara lain.
2. Pelindung dari inflasi dalam jangka masa panjang.
Emas berupaya melindung kekayaan anda dari inflasi. Inflasi adalah penurunan kuasa beli duit kertas dalam jangka masa panjang.
Contoh. Dengan menyimpan RM1 juta di dalam almari selama 10 tahun, apa yang akan berlaku kepada jumlah RM1 juta tersebut? Jawapannya: Ia masih berjumlah RM1 juta.
Apa yang berbeza adalah kuasa beli RM1 juta tersebut. Kuasa belinya lebih rendah berbanding RM1 juta 10 tahun yang lalu.
Kurang bijak untuk menyimpan duit tanpa melabur. Sebab inflasi makan nilai duit anda.
Namun, emas yang disimpan 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun mempunyai kuasa beli yang sama (konstant). Ini dibuktikan melalui buku Prof. Roy W. Jastram "The Golden Constant: The English and American Experience, 1560-2007"
Emas terlindung nilainya sebab kuantiti emas tidak boleh ditambah sesuka hati. Ia perlu dicari, dilombong dan ditulenkan. Jadi ia sukar dispekulasikan.
3. Emas menjadi pelindung kepada aset-aset kewangan yang lain.
Emas boleh jadi pengimbang untuk pelabur aset kewangan seperti saham. Ini kerana emas biasanya berkadaran songsang dengan pasaran saham. Apabila saham jatuh, biasanya pelabur akan lari kepada emas. Emas akan menjadi pengimbang untuk pelabur.
Apakah kelemahan emas?
1. Pertama. Emas tidak memberikan pulangan berbentuk dividen dan bonus. Emas juga tidak boleh berikan pulangan berbentuk compound interest (seperti ASB). Keuntungan emas hanyalah dalam bentuk kenaikan harga (price appreciation). Jadi bagi pelabur yang sukakan pulangan berbentuk dividen dan bonus, emas dilihat kurang menarik.
2. Terdapat banyak pilihan produk.
Anda mungkin tersalah pilih. Emas nie ada fizikal, ada akaun simpanan, ada ETF, ada stock, barang kemas, spot gold, futures dan banyak lagi. Anda mungkin tersalah pilih produk. Jadi ada risiko kerugian jika memilih produk yang salah.
3. Emas fizikal ada kos penyimpanan.
Jika emas fizikal anda banyak. Anda mungkin akan risau emas boleh hilang/dicuri. Jadi anda perlu menyimpan emas tersebut dengan selamat. Anda mungkin terpaksa menanggung kos penyimpanan seperti menyewa safe deposit box.
Kesimpulan. Tidak ada satu pelaburan yang bagus serba-serbinya. Setiap pelaburan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Apa yang bagus dimata seorang individu, mungkin dilihat tidak bagus dimata individu lain.
Sebagai manusia, kita semua unik.
Cikgu saya cakap "We are wired differently (wayar otak kita tak sama) 😀"
17 Comments
Marsha pun mula buat simpanan emas sekarang. Moga istiqamah
ReplyDeletebaru berangan2 nak beli emas untuk pelaburan
ReplyDeleteberminat nak labur emas ni...tapi tunggu modalnya
ReplyDeletenilai emas naik selalu nilai ringgit merosot tiap hari
ReplyDeleteBagi saya kemas masih beri kelebihan. Cuma tidak payah banyak sangat.
ReplyDeleteSetuju jgk. Elok simpan emas Kan. Mcm org tua dulu2 simpan emas padat tu. P gadai mana2 kedai emas pun mntak nak beli. Emas pun bayak category Kan. Emas perhiasan cthnya lain dgn emas yg utk pelaburan
ReplyDeletemmg dah jual public gold .. bgus simpan emas ni
ReplyDeletepelaburan besar, untung besar
ReplyDeleteok kena start menabung dlm bentuk emas lah pula lepas ni.
ReplyDeletelama dah nak buat simpanan emas ni, tapi belum buat sampailah sekarang ni.insyallah mana tau kan tahun 2021 ada peluang nak buat simpanan berbentuk emas..tq abam kie atas artikel ini
ReplyDeleteTq abam mama dpt ilmu baru
ReplyDeleteEza baru nak berjinak-jinak untuk pelaburan emas ni. Tapi itulah kena dalami dulu, kena study dulu. Nice sharing Abam Kie, ada input yang Eza dapat melalui entry ni.
ReplyDeleteKumpul emas jugak sebab pikir pelaburang akn datang lagi pula da biasa tengok kuarga buat mcmtu. Nampakla berguna
ReplyDeleteOrang dulu2 pun banyak yang kumpul emas kan..
ReplyDeleteOrang2 dulu kata emas padu lagi bagus kumpul
ReplyDeleteyang penting, wajib ada simpanan emas jugak. sebab mesti satu hari akan diperlukan
ReplyDeletebestnya kalau dapat emas banyak macam tu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.