Kawan-kawan suka membeli atas talian ke? Sekarang ni kedai dalam talian tumbuh seperti cendawan selepas hujan.  Platform e-dagang pun ada pelbagai sekarang untuk memudahkan masyarakat membeli barang atau servis. Kali ini Abam Kie nak memperkenalkan platform e-dagang nombor satu di Malaysia iaitu PG Mall. PG Mall ni sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 2017.  Kalau kawan-kawan nak tahu PG Mall inilah satu-satunya platform e-dagang milik tempatan! Jadi pakat-pakatlah membeli barangan di PG Mall hasil rekaan anak tempatan ni.

Antara kategori barangan yang dijual di PG MALL adalah seperti berikut:

1. Emas, Perak & Barang Kemas

2. Kanak-Kanak & Bayi

3. Fesyen Wanita

4. Fesyen Lelaki

5. Barangan Elektronik

6. Aksesori Elektronik

7. Peralatan Rumah

8. Dapur & Hidangan

9. Kediaman & Gaya Hidup

10. Sukan & Pelancongan

11. Barang Runcit & Haiwan Peliharaan

12. Automotif & Motosikal

13. E-Tiket/Baucer

14. Kesihatan & Kecantikan

PG Mall memang hebat kerana telah tersenarai di tempat ketiga laman e-dagang terbaik di negara kita seperti yang diumumkan oleh Iprice Insight Report.  Yang pentingnya PG Mall ialah platform e-dagang buatan tempatan! Jika kita selalu membeli di PG Mall, tidak mustahil ia akan menduduki carta teratas satu hari nanti. Laporan penuh laporan tersebut dapat diakses di https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/

PG Mall menerima bayaran dalam e-wallet seperti Boost, Touch n Go, GrabPay, MCash, kiplePay, Maybank QR Pay dan lain-lain lagi. Disamping itu, bayaran melalui kad debit, kad kredit, FPX (semua bank tempatan), Maybank, Public Bank, CIMB, RHB, Citibank, OCBC dan Hong Leong Bank juga diterima. Jadi tak susah la nak membuat bayaran kelak. Selain dari itu, bayaran boleh dibuat menerusi akaun C-Wallet. Ini macam e-wallet yang biasa ditawarkan oleh platform e-dagang yang lain tu. Biasanya jika kita bayar guna C-Wallet akan dapat penghantaran percuma lagi. Best kan dapat berjimat macam tu?

Sudah pasti menjelang tahun baharu 2021 ini, semua platform e-dagang membuat jualan akhir tahun. PG Mall juga tidak ketinggalan dalam meraikan pengakhiran tahun 2020 yang penuh cabaran ini dengan menganjurkan PG Mall Year End Sale! Jualan Akhir Tahun PG Mall ini sedang berlangsung dari 1 Disember 2020 dan bakal berakhir pada 31 Disember ini. Jadi kita cuma ada masa 8 hari sahaja lagi untuk membeli-belah dan menikmati ganjaran hebat seperti diskaun dan cashback. Pada musim pandemik Covid 19 ini pembelian dalam talian menjadi makin popular dan memudahkan kepada penduduk Malaysia terutama sekali apabila kita tidak digalakkan berkunjung ke mall dan pasaraya. 

PG Mall menawarkan dua jenis kupon diskaun untuk bakal pembelinya. Untuk pembelian minima RM50, kita akan mendapat diskaun RM20 dengan kod kupon KBBM20. Manakala dengan pembelian minima RM100 pula, kita bakal memperolehi diskaun RM30 dengan kod kupon KBBM30. Tawaran ini sah sepanjang Year End Sale ini. Kita cuma perlu memasukkan kupon ini semasa 'checkout' nanti. Mudah dan menjimatkan, bukan? 


Jadi sekarang adalah masa yang tepat untuk kita membeli barangan keperluan rumah, barang dapur, penjagaan bayi dan kanak-kanak, kesihatan dan kecantikan, automatif dan sukan, elektronik dan fesyen pelbagai kumpulan umur. 

Pada masa sekarang ini, PG MALL sedang menganjurkan kempen menyokong barang keluaran tempatan menerusi #BarangBaikBarangkita. Jika kita tidak menyokong produk dan usahawan tempatan, siapa lagi yang akan buat kan? Jadi marilah kita membeli produk dan jenama buatan Malaysia di PG Mall. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedai-kedai yang menyertai Kempen Beli Barangan Malaysia, kawan-kawan boleh sahaja pergi ke https://pgmall.my/proudly-local-campaign atau teruskan membaca entri ini sampai habis.......



Kawan-kawan suka minum OLDTOWN White Coffee kan? Jika begitu, kawan-kawan perlu ke kedai OLDTOWN White Coffee di PG Mall. Kedai ini menjual 80 jenis kopi pelbagai perisa yang pasti menepati citarasa kawan-kawan. Dihasilkan daripada biji-biji kopi yang segar dan diadunkan dengan marjerin yang bermutu tinggi, sudah pasti kopi OLDTOWN White Coffee sedap diminum dan disukai ramai. Wajib cuba ni! Cuma perlu klik di https://pgmall.my/OLDTOWN-White-Coffee sahaja.



Barang dapur dah habis? Malas keluar ke pasaraya atau kedai runcit? Kini masalah tu boleh 'settle' punya! So Convenient Store di PG Mall kan ada? Buat apa nak hadap jem, bayar tol dan parkir dan menghabiskan masa dan tenaga kalau kawan-kawan boleh beli online? Kini kawan-kawan boleh membeli-belah sampai lebam di https://pgmall.my/So-Convenient-Store. Memang 'convenient' la shopping kat sini sebab hampir semua barang dapur ada seperti minyak masak, beras, mee segera, sos cili, kicap dan sebagainya. Siap bayar cuma tunggu je dispatch boy hantar barang ke rumah. So easy! Dengan 124 barang yang dijual dan tagline So Convenient So Senang To Shop, sudah pasti barang-barang di sini akan laku keras nanti!


Di PG Mall ni ada juga kedai ubat atau drug store. Jenama terkenal Hurix menjual pelbagai jenis ubat yang biasa digunakan oleh kita seperti sirap ubat batuk gamat dan madu plus, balm, kapsul tongkat ali, minyak buah pala, minyak urut dan sebagainya. Pendek kata, ubat-ubat yang biasa didapati di pasaran memang ada juga dijual di kedai Hurix's PG Mall. Kedai ubat dan kesihatan Hurixs ini boleh dilayari di https://pgmall.my/HURIXS-1.


Untuk peminat aksesori kereta yang gemar mengubahsuai kenderaan mereka boleh sahaja melayari Broz Car Accessories di https://pgmall.my/Broz-Car-Accessories. Memang rambang mata bila masuk ke kedai ni sebab macam-macam barang untuk mencantikkan kereta ada dijual. Contohnya kita boleh beli pengilap kereta, sun shade, tinted screen, boot tray luggage, dashcam camera dan sebagainya. Harga online selalunya lebih murah daripada kedai biasa. Terdapat sebanyak 41550 produk di sini. Jadi anda mungkin sukar membuat pilihan.


Akhir sekali jika rakan-rakan ingin membeli barangan elektrik dan elektronik boleh ke Khind by Costplus Online. Terdapat pelbagai barang tempatan keluaran jenama Khind seperti cerek elektrik, blender, air fryer, juice extractor, periuk nasi dan sebagainya. Jenama Khind kini setanding dengan jenama antarabangsa, jadi tak perlu syak lagi. Untuk membeli produk Khind di PG Mall, rakan-rakan boleh terus ke https://pgmall.my/Khind-by-Costplus-Online.


Oh! Sebelum terlupa, Abam Kie nak bagitahu yang sepanjang bulan Disember 2020 ini, PG Mall menawarkan baucer penghantaran percuma kepada setiap pembelian minima RM30! Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Banyak penjimatan yang kita perolehi nanti jika berbelanja semasa akhir tahun 2020 ini.


Jadi apa tunggu lagi kawan-kawan Abam Kie yang dihormati sekalian? Jom kita membeli-belah sampai penat di PG Mall sekarang!!! Terus saja layari laman web PG Mall sekarang juga! Lambat tinggal! 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #yes #yearendsale2020 #freeshipping

Satu lagi sebelum terlupa. Kita boleh membeli-belah di platform (laman web) atau applikasi PG Mall yang boleh dimuatturun di Apple Store dan Play Store. Kalau nak daftar tu minta tolong guna  referral link di bawah ini, OK? Hmmm.... dapat la komisen sikit kepada Abam Kie. Thanks!

https://pgmall.my/register?referralPgCode=zukidin@gmail.com

Untuk maklumat lanjut mengenai PGMall kawan-kawan dipersilakan klik laman web, FB IG dan Telegram seperti di bawah ini:

Website: https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=792
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram: www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram: https://t.me/pgmallofficial001

Selamat membeli-belah di PG Mall. Sekian. Terima kasih.