Apa perlu buat jika kereta dilanggar
Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang. Boleh kongsi untuk manfaat bersama.
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.
4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.
5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.
6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.
8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.
9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.
10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.
11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.
12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.
13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.
14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.
Mudah bukan?? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan!
17 Comments
Memang selalu akan panik dahulu.
ReplyDeleteOk teratur cara.
thanks for sharing abam kie... setuju sgt ni perkara paling penting jgn panik dan kawal emosi... hihihi... pempuan ni la selalu panik & marah.. haha.. mcm sy lah tu
ReplyDeletebetul la kan... buat apa nak maki hamun,dia pun tanak melanggar kita pon.. thank you bg tips abam kie.. sngt berguna
ReplyDeletesy pernahh.. tapi sesama langgar depan.. tapi salah org tu.. seram bila fikir balik... Alhamdulillah.. selamat semua orang
ReplyDeleteTak pernah lagi terjadi pd nieyl tapi nieyl noted apa yg abam kie sampai kan ni supaya bila terjadi kita tahu apa nak buat terutamanya wanita.
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna. malang tidak berbau, semoga kita semua terhindar dari apa-apa kemalangan jalan raya
ReplyDeletetak prnh lg jadi kena.. minta jauhkanlah...
ReplyDeletePerkongsian bermanfaat ni abam kie.. bolehlah rujuk nanti
ReplyDeletesaya baru ja kena langgar bulan lepas dengan motor, dihentam dari depan kat simpang 3. remuk hati saya. haha. dah 10 tahun bawak kereta tak pernah terlibat dengan kemalangan T_T
ReplyDeletePernah kereta kena langgar dengan motor dari belakang. Memang panik & pucat. Sib baik en asben ada sekali. Dia yang deal dengan pihak yang satu lagi.
ReplyDeleteInfo berguna ini abam kie. Terima kasih yea :)
Pernah juga accident mmg panik. Tapi Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Jemput join GA saya untuk menang wallet free original brand F.timber & Nichi :) http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
ReplyDeletebetullah..yg penting jangan penaik. bila bertenang baru senang nak setelkan semua..
ReplyDeletenice sharing. lain kali boleh beringat la kalau jadi apa2..
ReplyDeleteNauzubillah minta dijauhkan, btw good tips abamkie
ReplyDeleteTq sharing
ReplyDeleteperkara paling penting bila ada accident ialah bertenang dulu jangan gelabah
ReplyDeleteMinta dijauhkan... Huhuuu.. tapi tips ini sangat bagus untuk orang yang tiada pengalaman dalam hal ini. Thanks for the sharing abam kie!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.