Assalamualaikum. Pada cuti sekolah akhir tahun 2020, Abam Kie ada membawa anak sulung yang berusia 17++ tahun untuk membuka akaun simpanan di CIMB Tanah Merah, Kelantan. Dah dia ada banyak masa di rumah sebab SPM pun ditangguhkan ke 22 Februari 2021 jadi guna je masa yang terluang tu. Jika nak tunggu sekolah dibuka maka abam kie sibuk memanjang pula.

Sebelum pergi ke bank, Abam Kie kena dapatkan surat akuan dari pihak sekolah yang menyatakan anak abam kie tu bersekolah di situ. Mujurlah anak abam kie bersekolah di tempat abam kie mengajar. Jadi mudah la proses sikit. Selesai urusan di sekolah, abam kie terus ke bank. Oh! Ya, dokumen lain yang perlu dibawa ialah kad pengenalan abam kie dan anak serta sijil lahir anak. Tidak perlu salinan fotostat ye.

Sampai je di bank kena beraturlah kejap sebab masa PKPB sedikit je pelanggan yang boleh berada di dalam bank pada satu2 masa. Bila tiba giliran kami, terus kami bergerak ke arah kerani bank yang bertugas tu. Cuma satu perkara yang leceh bila buat akaun remaja ni, kena 'chop' stem hasil di LHDN. Bayar RM10 pulak. Alhamdulillah, akaun bank siap pada hari yang sama cuma urusan 'matikan' stem hasil tak dapat dibuat pada hari yang sama kerana LHDN tak boleh terima urusan cop stem elektronik selepas tengahari! Kalau nak mati stem gak, kena beli stem fizikal di pejabat pos. Tapi malangnya stem hasil tiada stok di pejabat pos Tanah Merah sejak sebulan lepas! Apa punya teruk la Pos Malaysia buat kerja sekarang! Geramnya aku! 

Maka esoknya abam kie pergi ke LHDN TM untuk matikan stem. Selesai urusan di situ, kena pergi ke bank untuk ambil kad debit dan hantar borang stem hasil tu. Bertabahlah duhai hati.... Mujur masa cuti. Mudah la abam kie ke sana ke sini, ke sana ke sini... hehehehehe...

Jom Abam Kie kongsikan ciri-ciri YOUTH SAVERS ACCOUNT-i

Bonus Incentive

Up to 100% bonus incentive for saving regularly.
Enjoy up to 100% bonus incentive on the total profit earned, with monthly deposits of RM100 or more via the Periodic Payment Instruction (PPI). 

High Profit Rate

Earn higher profit of up to 1.45% per annum

Freedom & Control

CIMB Debit MasterCard benefits

Pay for purchases directly from the YOUth Savers Account with your CIMB Debit Mastercard at any merchant within the MyDebit or Mastercard networks.
Make ATM withdrawals from all local and global ATMs via the MEPS or Cirrus networks.

Statement-based

Manage and track your transactions easily with monthly e-statements.

Eligibility

Individuals aged 12 to below 24 years
Upon reaching 24 years old, the account will be automatically converted to an EcoSave Savings Account-i
No joint account allowed

Protected by PIDM up to RM250,000 for each depositor. 

Requirements

NRIC or passport
Minimum initial deposit of RM100
A copy of utility bill for verification of address
If you are aged between 12 to below 18 years, your parent or legal guardian is needed to be present and sign the indemnity letter for issuance of debit card.

Profit Rates

Balance (RM)     Profit Rates (% p.a.)
Up to 1,000              0.60
Up to 5,000             0.70
Up to 25,000            0.80
Up to 50,000            0.80
Up to 100,000           0.95
Above 100,000           1.45

P.S. Akaun ini tidak membenarkan pindahan wang ke akaun bank lain. Jadi bila anak nak beli barang on9, dia bayar guna kad debit sahaja. Itu je kekurangan akaun simpanan ini. Harap maklum.