Mengapa suami wajib ada hibah takaful?
Setiap seorang lelaki wajib mempunyai satu pelan hibah takaful buat diri mereka terutamanya jika seorang sahaja bekerja, ada isteri, ada anak atau ada keluarga.
Hibah takaful adalah pelan penggantian pendapatan (income replacement) yang bertindak sebagai satu dana yang akan menggantikan pendapatan disebabkan kena buang/terminate/berhenti kerja andai meninggal dunia, lumpuh kekal atau penyakit kritikal.
Setiap suami wajib mempunyai hibah takaful ini kerana
1. SUAMI SUMBER UTAMA PENDAPATAN KELUARGA
Suami kena sedar bahawa beliau adalah penyumbang utama pendapatan keluarga. Pampasan daripada takaful ni gunanya untuk cover perbelanjaan yang isteri dan anak-anak perlukan. Kena sediakan 10 tahun punya gaji sebelum suamk mati. Boleh?
Katakan suami buat hibah takaful RM500K. Tak panjang umur, suami meninggal dunia. Selepas beberapa hari, isteri dan anak-anak akan dapat pampasan RM500K tu.
Tak perlu meminta-minta simpati orang lain. Sebab dah buat persediaan daripada awal kan.
2. SUAMI PALING BANYAK HUTANG
Kereta hutang, rumah hutang. Nanti kalau apa-apa berlaku kat suami, macam mana isteri nak bayar hutang-hutang tu semua. Kalau boleh, kita tak nak sampai harta kita habis kena lelong.
Belum campur lagi hutang kad kredit, hutang dengan orang dan lain-lain.
3. SUAMI ADALAH KETUA KELUARGA
Dah nama pun ketua. Kenalah bertanggungjawab untuk kebajikan ahli keluarga sendiri. Suami kalau pergi outstation seminggu, ada bagi RM500 kat isteri?
Okaylah tu. Kalau pergi "outstation" selama-lamanya, apa yang suami nak bagi kat isteri buat belanja?
4. SEDIAKAN DANA PENDIDIKAN ANAK
Bila suami dah takda, bukan isteri je susah, anak-anak pun sama juga. Paling kurang kalau ada hibah takaful sebagai income protection, sebahagian daripada pampasan tu boleh terus jadi dana pendidikan untuk anak.
Dengan pendidikan, boleh ubah nasib keluarga yang ditinggalkan tu.
Berbaktilah kepada keluarga walau kita sudah tiada di dunia.
Sepatutnya nilai hibah takaful tu mestilah sama dengan 10 tahun gaji kita.
Contoh gaji kita RM4,000. Jadi kita perlu sediakan hibah takaful RM4,000 x 12 x 10 = RM480,000 kepada anak-anak dan isteri.
Tetapi, apa-apa pun ikutlah bajet masing-masing. Asalkan jangan sampai rasa terbeban setiap bulan.
Dengan hanya RM45.10 boleh hibah sebanyak RM100,000 untuk pasangan, anak atau keluarga kita.
Untuk keterangan lanjut, sila klik di SINI.
Sumber: AMIRUL FAIZ [CIKGU KEWANGAN]
19 Comments
Kiranya sediakan payung sebelum hujan tujuan hibah takaful.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik Abam Kie :)
ReplyDeleteBetol tu. Azam tahun ni nak buat hibah. Bukan pikir suami je. Diri sendiri pon sama. Lagi pon modal bulanan tak lah tinggi mana.
ReplyDeletethanks for your frindly reminder abam kie... setuju sgt ni.. seorg lelaki yg bertanggungjawab mmg kena fikir semua kebarangkalian mcm ni kan?
ReplyDeletenice sharing brother. baru teringat belum renew anak2 punya insurance lagi ni..
ReplyDeletenice sharing..bagus sediakan payung sebelum hujan..fikir masa depan
ReplyDeleteSyukran for sharing...
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ini abam kie.
ReplyDeletesuami plg byk hutang.. itu betul ! thank you sharing abam kie
ReplyDeletepatut adakan hibah takaful ni demi kebaikan semua
ReplyDeleteGood sharing abam kie ;D
ReplyDeleteItulah sebabnya pihak suami perlu ada hibah takaful, agar ianya tak menjadi masalah dan kesusahan pada orang yang ditinggalkan (isteri dan anak-anak) andainya si suami meninggal dunia...
ReplyDeleteBetul sangat, apa-apa kena beringat kalau bab duit. Jangan belanja sokmo. Ingat-ingat jugak nak saving. Hehe.
ReplyDeletesatu perkongsian yang sangat berguna
ReplyDeleteThanks info Abam. Ok maybe make start hibah utk diri sendiri juga tahun baru ni.
ReplyDeletesungguh tepat bagai dikata. setuju sangat
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeletekami pun belum lagi merancang hibah2 ni.. kena mula fikirkan ni
ReplyDeletebaru baca semalam iapr duai dari neraka. Ade ke nak tuntut hibah arwah adik dia. Ish ish.
ReplyDeleteTapi tu la kita tak tahu hari kita bila. nasib kita macamana. Nazubillah min zalik
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.