Assalamualaikum. Kawan-kawan masih tercari-cari rumah sendiri? Nak beli rumah teres? Tak nak duduk apartment atau kondominium? Di bandar-bandar besar mungkin susah nak jumpa rumah atas tanah (landed property) tapi kalau jumpa pun harganya pasti mahal. Harga mampu tengok orang kata. Jangan risau. Masih ada lagi projek rumah teres di pinggir bandar dan pekan cuma kena memandu jauh sikit la bila nak ke pejabat. Jadi kepada kawan2 yang bercita2 nak membeli rumah teres, di sini Abam Kie ingin kongsikan sedikit tips, ye. Semoga ianya bermanfaat. 

1. Lihat orentasi matahari. Jika dapat, elakkan matahari petang mengadap bilik tidur utama kita.

2. Cuba datang lihat lokasi rumah waktu pagi sekali, petang sekali. Jika sukar, lihat arah petunjuk angin di lokasi tapak yang kita pilih.

3. Jika nak selesa sebaiknya cucur atap biar memanjang ke hadapan rumah agar boleh halang cahaya, silau dan hujan pada rumah.

4. Jika dapat cari kawasan perumahan yang ada tangki air besar sendiri, air bukan dari saluran utama.

5. Sebaiknya pilih kediaman yang ada ketinggian siling sekitar 10 kaki. Bila pasang kipas tidaklah putus jari.

6. Sebaiknya kediaman yang ada 3 bilik 2 bilik air. Ada satu ruang utiliti lebih baik.

7. Jika dapat dari pintu utama tak nampak ruang dapur kita. Ruang dapur ini ruang aurat bagi wanita, sebaiknya di bahagian belakang bukan depan rumah kita.

8. Semak juga kedudukan kiblat bagi kita yang beragama, takkan nak solat nanti menghadap kamar mandi.

9. Bumbung yang baik bila hujan turun di belakang dan depan rumah kita bukan air hujan turun di tengah. (bumbung bentuk rama-rama)

10. Pastikan atas tingkap ada bumbung atau coping agar hujan tak masuk dan cahaya silau ke dalam rumah. Lagi panjang, lagi bagus.

11. Jika dapat bahan bangunan guna bata merah bukan bata simen.

12. Elakkan bumbung yang guna metaldec pada bumbung. Bumbung yang baik guna clay tiles dan ada insulation sebagai penebat haba.

13. Bagi rumah yang menghadap matahari atau bumbung pendek screen louvres membantu jika susunan betul dan berfungsi.

14. Jika ada duit lebih belilah corner lot, jika nak jual balik ianya laku keras.

15. Pastikan depan rumah kita lapang dan bukan jalan utama agar tak bahaya anak nak bermain. Jika depan padang lebih baik.

16. Elakkan unit di persimpangan, sebelah janakuasa TNB atau depan kolam IWK.

17. Pilih kediaman yang warna cat luarannya terang. Bukan dari kelompok warna gelap. Semakin gelap warna rumah kita, semakin banyak haba matahari disimpan di dalam dinding rumah kita.

18.Pilih pemaju yang ada pengalaman membina rumah dengan kualiti tinggi, menang anugerah dan tiada masalah kualiti. Sebab itu gegadis suka lelaki matang dan berpengalaman rupanya!

Kita tak beli rumah setiap hari,  bila beli dan tersilap nak menangis tak guna lagi.  

Design yang baik itu sempurna,  kita tak perlu renovasi dapur lagi, tambah awning lagi dan grill keliling rumah takut pencuri. Ia sempurna waktu kita dibeli. 

Sumber: Azizul Azli Ahmad, (Pelabur Kecil Hartanah)

#BeliRumahYangKitaMampu