Paywave Memudahkan Pembayaran Di Kaunter
Paywave vs Pin?
Pernahkah anda mengalami situasi dimana juruwang bertanya kepada anda untuk menggunakan paywave ataupun pin ketika anda ingin membuat pembayaran di kaunter? Setahu anda, jika anda memilih untuk membayar menggunakan pin, anda perlu memasukkan nombor pin anda. Manakala jika anda mahu menggunakan paywave, juruwang hanya perlu ‘scan’ kad anda tanpa perlu pengesahan nombor pin.
Seiring dengan peredaran zaman teknologi, dunia perbankan juga turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan beberapa perubahan.
Jika dahulu anda mahu memindahkan wang dari akaun anda kepada akaun orang lain, anda perlu pergi ke bank bagi memindahkan duit secara manual.
Tetapi kini, transaksi pemindahan wang boleh dilakukan di hujung jari anda sahaja melalui perbankan atas talian.
Begitu juga pengenalan kepada kad elektronik yang dilihat memudahkan urusan transaksi dalam kehidupan seharian tanpa perlu membawa wang tunai.
Paywave ataupun pin? Yang mana satukah pilihan anda?
Persamaan bagi paywave dan pin ialah kedua-duanya mempercepatkan proses pembayaran jika dibandingkan dengan pembayaran secara tunai.
Maka, ini akan memudahkan proses pembayaran di kaunter sekiranya pelanggan sedang beratur panjang.
Jadi, pelanggan yang lain tidak perlu tertunggu-tunggu.
Jadi, antara paywave dan pin? Yang manakah anda pilih?
Berikut merupakan beberapa perbezaan bagi kedua-dua kemudahan ini.
⦁ Cara pengendalian
Jika anda menggunakan paywave, juruwang hanya perlu scan atau imbas kad anda atas reader sahaja.
Manakala sekiranya anda menggunakan pin, juruwang akan meminta anda untuk memasukkan nombor pin anda bagi pengesahan transaksi.
Jadi, ini boleh dilihat bahawa penggunaan paywave lebih cepat berbanding pin.
⦁ Had maksimum
Paywave hanya membenarkan had maksimum bagi transaksi adalah sehingga RM250.
Walaubagaimanapun, limit ini anda boleh membuat permintaan pada bank untuk menetapkan jumlah yang anda inginkan.
Manakala bagi penggunaan pin bagi kad debit, pengeluaran had maksimum bagi transaksi harian adalah RM5,000.
⦁ Jumlah barangan
Sekiranya anda membeli belah dengan kuantiti yang sedikit, maka paywave adalah sesuai sebagai pilihan untuk membuat transaksi pembayaran.
Tetapi anda disarankan untuk bayar menggunakan pin sekiranya anda membeli dengan jumlah yang banyak.
⦁ Akses
Bagi setiap transaksi yang menggunakan pin, anda perlu memasukkan nombor pin anda sebagai tanda persetujuan bagi transaksi yang dilakukan.
Ini bermakna anda mengawal pengeluaran anda dalam pengawasan anda. Jadi, anda tahu bila duit anda keluar.
Manakala bagi penggunaan pay wave, anda tidak boleh mengawal pengeluaran wang sekiranya anda menyerahkan kad anda kepada orang lain misalnya keluarga anda.
Sesiapa sahaja boleh ‘tap’ kad anda sekiranya mereka menggunakan kad tersebut dan transaksi pembelian diterima.
Selamat atau tidak paywave ni?
Benar, masih ada tanggapan yang negatif terhadap paywave mengenai isu keselamatan.
Bank Negara Malaysia menegaskan bahawa sistem paywave adalah selamat dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan dimana ianya tidak boleh diklon atau digunakan untuk transaksi yang tidak disahkan pemegang kad sendiri.
Kad berteraskan teknologi transaksi tanpa sentuh, Paywave, tidak boleh dipalsukan kerana dilengkapi ciri keselamatan yang diperakui industri perbankan antarabangsa.
Misalnya, anda memberi kad kepunyaan anda kepada keluarga, anda akan mendapat notis bagi mengesahkan transaksi yang telah dilakukan oleh keluarga.
Jika anda mendapati bahawa terdapat transaksi pembayaran yang mencurigakan, anda boleh membuat laporan di bank berkenaan dan kad itu akan dibatalkan serta-merta manakala penggunaannya akan dijejaki.
Jadi, ia menafikan dakwaan bahawa pay wave memberi peluang kepada ancaman penyeluk saku elektronik.
Kesimpulan
Lebih daripada 3 juta transaksi tanpa sentuh setiap bulan direkodkan dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Visa Inc.
Ini menunjukkan sistem pembayaran elektronik semakin berkembang sejak sedekad yang lalu kesan daripada pembangunan teknologi dalam industri perbankan dan perniagaan dalam talian.
Penggunaan sistem ini dilihat lebih selamat, mudah dan dapat dikesan transaksinya. Malah ia juga dapat mengurangkan kesilapan juruwang semasa membuat pembayaran.
Kini, pelbagai sektor dan industri menawarkan perkhidmatan sistem pembayaran elektronik seriring dengan keperluan pengguna.
Contohnya industri pengangkutan awam seperti RapidKL mula menerima pembayaran tanpa tunai ini. Malah pengguna turut digalakkan untuk menggunakan sistem ini bagi mengurangkan kesesakan dan memastikan kelancaran semasa waktu puncak.
Walaubagaimanapun, penggunaan sistem pembayaran elektronik ini dilihat belum diterima oleh semua sektor perniagaan terutamanya di kawasan luar bandar.
Sumber: https://www.mahersaham.com/paywave-2/
13 Comments
So far belum pernah guna paywave lagi. Dari segi info sekeliling dan jugak dri artikel tuan memang paywaze lebih memudahkan.
ReplyDeleteJemput Singgah :BPR 2021: Permohonan Baru & Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat
Ok saya sudah jelas maksud paywave.
ReplyDeleteSy prefer no pin, teacher... xtau la belum konfiden lg guna paywave
ReplyDeleteSekarang sangat banyak akses yang memudahkan.
ReplyDeleteSetuju, paywave ni memudahkan sebenarnya..hanya touch saja semua setel!
ReplyDeletemmg selalu was was nak guna paywave ni, tapi dia sngt memudahkan
ReplyDeletememudahkan urusan transaksi kewangan untuk diadaptasi
ReplyDeletehad maksimum untuk penggunaan paywave rasanya rm200. sebab saya pernah bayar rm229 untuk spa dan staf minta nombor pin sebab katanya lebih rm200.
ReplyDeletemama ni kdg2 risau juga guna paywave mama prefer dgn pin
ReplyDeletetak reti nak guna walaupun nampak macam mudah guna paywave ni
ReplyDeletesaya skrg mmg gunakan pay wave jer. senang...
ReplyDeleteKadang guna paywave, seperti e-wallet tu, sebab dia ada reward seperti cash-back. Kadang kalau tak cukup cash, baru guna pin, semua kad atm sekarang adalah kad debit kan. Cuma kadang cashier punya sistem down ka, kedai runcit saja ke, guna cash la jugak.
ReplyDeleteMemang lagi senang pakai paywave ni. Touch je selesai.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.