Assalamualaikum. Pada bulan lepas abam kie teringin nak beralih ke telco baharu iaitu Hotlink. Memang dulu2 pun pernah guna Maxis tapi lepas tu cinta beralih arah ke Celcom dan kemudiannya Digi. Cuma sejak akhir ni line Digi memang teruk apabila balik kampung di Machang, Kelantan. Kalau di kampung tu semua line slow macam siput babi kecuali Maxis. Heran gak la sebab kg Abe Kie tu cuma 6km dari bandar Machang. Sama gak jika balik ke rumah mentua di Pasir Mas. Line Digi amat menyedihkan biarpun rumah ibu mentua cuma 4km ke bandar. Yang cemerlang cuma Maxis. 

Jadi pada satu hari Abe Kie pi la ke sebuah kedai telefon bimbit di Tanah Merah nak bagitahu kat pekedai tu yang abe kie nak berpindah ke Hotlink. Dia caj RM10 untuk sim card tu. Tapi dalam tu tak ada pre-loaded credit pun. Arggghhh! 

Maka lebih kurang sejam selepas tauke tu antar permohonan port out tu, Digi pun hantar la SMS bertanyakan sama ada aku nak port out ke dok. Sudah tentu aku jawab Yes! Biasanya proses port out ni ambik masa dalam 24 jam untuk diluluskan. Jadi aku tunggu je la. 


Keesokan harinya aku terima sms dari Digi yg menyatakan permohonan aku ditolak kerana aku tak balas sms dorang! Apa kes? Terang2 aku dah reply dan mereka nyatakan dah terima dan akan proses permohonan aku tu. Geram tul! So I called Digi Centre and taught them a lesson. Staff yg bertugas tu aku basuh cukup2. Biar rasa! Dia bagi alasan sistem down dan berjanji akan 'resubmit' permohonan aku. Di samping itu aku call gak Maxis Center tanya pasal ni. Mereka kata masalah Digi sengaja nak melengah2kan permohonan. Hmmm..mungkin ada betulnya sebab masa aku baca forum di Digi website, ada ramai yg mengadu Digi sengaja nak melambat2kan permohonan penggunanya yang nak port in ke Telco lain!


Pada petang tu juga, aku terima sms pengesahan porting out dari Digi sekali lagi. Dan aku reply Yes spt hari sebelumnya dan tunggu lagi apa keputusannya dalam masa 24 jam akan datang. Huhuhu..


Akhirnya pada jam 10.09 pagi keesokan harinya aku mendapati talian Digi aku sudah ditamatkan perkhidmatannya. Masa tu aku kat sekolah. Balik aje ke rumah aku tukar kepada simcard Hotlink dan perkhidmatan Hotlink pun berjaya diaktifkan. Alhamdulillah. Adakah kawan2 pernah mengalami masalah yang sama seperti Abe Kie? Jom tinggalkan respons di ruangan komen di bawah. Terima kasih.