55 Best Blogs You Need To Follow in 2021
Dari tahun 2007 bermulanya kehidupan sebagai seorang blogger separuh masa, cipta blog dan padam kemudian cipta balik dan mula fokus dengan niche personal and lifestyle. Bagi yang masih belum tahu kewujudan blogger, sedikit definisi mengenai blogger iaitu individu yang menggunakan platform blog atau website untuk ekspresikan karya atau catatan harian.
Tapi semakin moden
dan pengaruh besar teknologi dalam kehidupan seharian, blog digunakan
sebagai medium untuk perkongsian info dan maklumat juga dari pelbagai
jenis bidang yang ada dan juga digunakan untuk kebanyakan peniaga untuk
menarik minat prospek klien.
Dalam
entry kali ni Abam Kie nak senaraikan 55 top blogger malaysia yang perlu you
guys follow sebab kebanyakannya masih aktif dan berkongsi pelbagai info
melalui perspektif kehidupan masing-masing. Senarai blog ni akan disusun
mengikut net value yang diukur menggunakan Worth Of Web. Entri asal ini diterbitkan di www.farhanajafri.com. Terima kasih kerana sudi membuat analisis terperinci, ya Hana. Jom kita mulakan carta 55 blog yang anda harus ikuti pada tahun 2021. Siapa yang tak follow blog2 di bawah, especially blog Abam Kie, tak dapat duit raya, tau!
1. Kisah Si Dairy ($22,712)
Blogger dari Pasir Gudang, Johor ni merupakan ibu kepada 2 orang anak perempuan dan salah seorang blogger malaysia terkenal. Bermula pada tahun 2010 untuk berkongsi cerita tentang kekeluargaan, kecantikan dan apa jua yang rasa ingin dikongsi. Menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling disukai.
2. Lin Md Noor ($18,375)
Blogger sepenuh masa yang berasal dari Johor sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan sejak tahun 2008 lagi. Menggunakan medium Blogger untuk niche Lifestyle, Travel, Food, Health, Media dan juga Tourism di Pasir Gudang atau Johor Bahru dan sekitarnya. Nak tengok keindahan Johor, boleh tengok di blog Sis Lin.
Tak terkejut lah kalau blog Sis Awa dengan niche lifestyle, parenting dan ilmu blogging ni duduk di tangga top 3 sebab beliau adalah Founder Biters Media Consultant dan antara blog paling banyak dikunjungi sejak tahun 2017. Merupakan ibu kepada 6 orang anak bukan penghalang untuk fokus jana income Adsense dari blog dengan menggunakan skill SEO.
4. Sunah Sakura ($11,527)
Blogger Sarawak yang menetap di Skudai, Johor ini menggunakan niche Lifestyle sebagai medium untuk berkongsi tentang personal, makanan, travel, media event, entertainment, hotel, ilmu agama dan banyak lagi. Bergerak aktif di bawah persatuan JDT Blogger untuk menceritakan keindahan dan tarikan menarik di negeri Johor.
5. Azhafizah ($10,572)
Blogger dari Johor ni telah menceburi dunia blogging sejak bulan November 2009 dan aktif berkongsi tentang resepi mudah, tanaman, dekorasi rumah, drama dan movie, muzik, tempat-tempat menarik, isu semasa, tips & tutorial blog dan banyak lagi. Bonus kalau follow blog ni akan dapat ilmu tentang apps foografi dan edit blog.
6. CXopportunities ($5,523)
Blogger Sabahan sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya sebagai blogger. Menulis pelbagai infomasi seperti kerjaya, tips serta panduan, dan pengalaman blogging. Selain daripada suka berkongsi tentang psikologi kanak-kanak berdasarkan peljaran dan pengalaman dia selepas grad dalam Bachelors Degree In Child & Family Psychology, University Malaysia Sabah (UMS), Sii Nurul juga menyediakan servis edit blog bagi yang memerlukan.
Blogger Adianiez antara blogger yang bekerja, merupakan ibu kepada 3 orang anak tapi aktif dalam dunia blogging. Berkongsi tentang aktiviti keluarga, kisah anak-anak bertiga, resepi dan menu harian, dekorasi rumah dan berkebun. Sesekali berkongsi tentang percutian, tempat menarik dan tempat makan yang best.
Berkecimpung dalam dunia blogger sejak tahun 2009 kerana minat dalam bidang penulisan juga hiburan. Menggunakan niche Entertainment untuk terus aktif sebagai part-time blogger dengan berkongsi Movie/Drama/Telemovie/Lagu review terutamanya dalam industri Bollywood. Pernah menulis untuk iflix dan KRU Music. Selain itu juga berkongsi tentang personal, lifestyle, fashion, tips dan tutorial.
Blog peribadi yang ditubuhkan sejak Januari 2009 merupakan medium untuk blogger Naim dari Kedah ini berkongsi curahan idea, penjelasan dalam lirik sesebuah lagu nasyid dan info juga ilmu mengenai agama Islam bersama pembaca.
Blog Miss Banu merupakan sebuah blog peribadi yang dihasilkan secara individu pada September 2009 dan menjadi medium untuk berkongsi tentang movie atau drama review baik filem tempatan ataupun filem luar negara seperti Korea ataupun Bollywood. Selain itu juga graduan dari Universiti Malaya ini sering berkongsi tentang kumpulan duo pelawak terkenal tanah air - JoZan.
23. Azlinda Alin ($1,360)
Bermula dari tahun 2012, sis Azlinda banyak kongsikan pengalaman mengenai travel, food, personal, beauty dan banyak lagi di personal blog dia. Blog Bicara Mummy merupakan Top 20 Parenting Blogger dan tersenarai dalam Top Producer AIA FM Group untuk tahun 2020.
24. Syazni Rahim ($1,295)
Blogger Syazni Rahim merupakan salah seorang penulis novel dan di ruangan Karya Ku terdapat banyak cerpen-cerpen fiksyen hasil karya dia yang dikongsikan untuk peminat cerpen dan juga pembaca. Menerusi blog juga Syazni Rahim berkongsi tentang jurnal keluarga, isu-isu semasa dan fakta-fakta sains yang menarik.
25. Shikin Razali ($1,216)
Blogger Shikin Razali merupakan seorang Pembantu Pustakawan, seorang perawat urut terapi buang angin bagi wanita. Jadi pengalaman dan pengetahuan yang ada diceritakan dan dikongsi bersama pembaca. Blogger yang menetap di Perak ini juga berkongsi tentang movie, isu semasa dan novel melalui perspektif personalnya.
26. Suzlin Nordin ($1,133)
Blog #CeritaMak dijadikan medium untuk blogger JDT ini berkongsi mengenai parenting, resipi, entertainment, kesihatan, travel, makanan, isu semasa, review, event dan banyak lagi topik di bawah niche Lifestyle sejak September 2011.
27. Bonde Zalifah ($1,083)
Dikenali dengan seorang yang ceria, peramah dan suka berkunjung ke blog lain, Bonde Zalifah mula berblog sejak tahun 2010. Blog mengenai lifestyle travel, resepi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan produk kesihatan, review hotel, review restoran ada juga kongsikan tentang pengalaman sendiri.
28. Atie Zieya ($1,065)
Blogger Atie yang tinggal di Penang antara blogger yang aktif sejak Jun 2009. Minat dia pada anime dan movie/series dicoretkan dalam blog personal dengan niche Entertainment dan juga Lifestyle. Blogger Atie juga berkongsi tentang keindahan dan kebudayaan negara Jepun sejak pergi ke konsert di sana.
29. Fadzi Razak ($1,007)
Blogger Fadzi Razak merupakan blogger Malaysia-Australia yang fokus dengan content writing, product photoshoot, produk/servis review dan juga ghostwriting selain dari blogging. Blog Malaysian Family Lifestyle termasuk tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.
30. Abang Rock ($993)
Bro Qamar Arif merupakan part-time blogger juga freelance writer sejak tahun 2017. Blog Abang Rock adalah blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara yang berkaitan dengan Islam.
31.Ika Shoid ($867)
Blog Jari Jemari Menari merupakan blog dengan niche berkisarkan novel review dan juga lifestyle sejak tahun 2014. Setiap bulan Ika akan berkongsi jumlah buku dan novel yang dibaca dan kebanyakannya adalah karya-karya tempatan. Ika juga berkongsi review tentang movie dan drama Melayu, Hindi ataupun Korea.
32. Fadima Mooneira ($827)
Jarang nak jumpa blogger yang mengabdikan karya-karya ilustrasi di blog personal dia kan? Haa dekat sini memang penuh dengan content yang menarik dan berwarna-warni untuk tatapan pembaca. Blogger Fadima adalah graduan Sarjana dalam International Fashion Marketing di Manchester Metropolitan University dan pernah menjadi penulis untuk 3 buah novel hasil kolaborasi bersama penulis-penulis berbakat yang lain.
33. Alia Farhan ($809)
Blogger Alia merupakan suri rumah sepenuh masa dan blogger aktif sejak tahun 2008. Blog dengan niche lifestyle ni banyak berkongsi tentang personal, parenting tips, travel, home deco dan juga food hunting di Penang. Berkongsi juga tentang beauty melalui Butterfly Project Malaysia.
34. Norhidana Miswan ($725)
Blog peribadi Dana yang ditubuhkan sejak tahun 2010 sentiasa dihiasi dengan jurnal harian dan perkongsian mengenai resipi masakan, gardening sama ada pokok bunga ataupun pelbagai jenis sayuran yang ditanam di halaman rumahnya, parenting dan juga teknik-teknik sulaman manik.
35. Yaya Azura ($680)
Blogger Terengganu yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak dah berkecimpung dalam penulisan jurnal peribadi sejak tahun 2010. Blog Yaya Azura menggunakan niche lifestyle, parenting dan personal. Banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. Part time blogger yang menjadikan blog sebagai medium untuk menambah pendapatan.
36. Mrs Pip ($527)
Sabahan Mommy Blogger yang menulis tentang personal dan parenting blog, product review, KDrama, dan resepi ringkas di blognya. Banyak sangat tips yang boleh kita belajar dekat blog Mrs Pip sebab dia bekas engineer yang luangkan sepenuh masa untuk menjaga 3 orang anak teruna yang comel. Menariknya tentang personal blog Mrs Pip ni bila ada diceritakan suasana interracial and interreligion dalam sesebuah keluarga.
37. Messarah ($444)
Seorang beauty blogger, peminat tegar local skincare (#supportlocal) berumur 20an yang suka menulis tentang skincare tips (beauty), banyak menghabiskan masanya di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd.
38. Noormaizan ($157)
Blogger yang berkhidmat di Kulim ini merupakan graduan lepasan degree biomolekular sains di UiTM Shah Alam dan bekerja sebagai seorang guru. Menggunakan niche Personal, blogger Mai berkongsi tentang kehidupan harian dan juga ilmu biomolekular sainsa dan juga tentang kerjayanya di blog.
39. Hawa Hassan ($146)
Blogger dari Pantai Timur Terengganu ni menggunakan blog untuk berkongsi lifestyle di mana sarat dengan perkongsian tentang 'home organizing', projek DIY, laman, resipi mudah serta pelbagai tips dan panduan jana income dari rumah. Hawa merupakan graduan dalam bidang Bioteknologi Makanan yang kurang pandai berkata-kata lalu diterjemahkan pengetahuan dan pengalaman dia dalam bentuk tulisan.
40. SiqahIqa ($133)
42. Suraya ($128)
Mula berblog sejak tahun 2017, Suraya berkongsi personal review tentang novel Melayu especially karya penulisan Sara Aisha, movie, drama dan series Korea kepada pembaca.
43. Sue Sopian ($127)
Di bawah niche Personal dan Lifestyle, blogger Sue Sopian berkongsi tentang makanan, produk, event, travel, parenting, personal. Sebagai micro-influencer, blogger Sue juga aktif buat review dan advertorial dari syarikat berjenama besar.
44. Fuzy Rahamah Hamid ($102)
Mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam dunia blogging, Blog IAmFuzy merupakan personal lifestyle blog yang berkongsi tentang pelbagai cerita pengalaman diri, kekeluargaan, perjalanan hidup secara rawak, travelogue posts, resipi masakan kegemaran, books, some tips, reviews dan juga beberapa advertorial untuk produk yang disukai.
45. Ardini Humaira ($98)
Blog Ardini Humaira menggunakan niche lifestyle, beauty, personal, tips, parenting, review dan juga masakan. Blog ni pernah tampil dalam Kisah 1 Keluarga 1 Kerjaya - Ruangan Mingguan Wanita Edisi Bumper Raya 2012.
46. Eyqa Hasnan ($98)
Blog Eyqa Hasnan menggunakan nama sendiri dengan niche lifestyle, tips dan personal. Berkeyakinan dalam pelbagai bentuk untuk membina networking bersama.
47. Norhana (N/A)
Ibu kepada 2 orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger di rumah. Hobi suka menulis dari zaman University dan banyak blog pasal resipi, travel dan anak-anak. Menggunakan pengalaman dan skills sebagai Young Living Distributor, Blog Hana menjadi medium untuk berkongsi juga mengenai pengalaman sendiri menggunakan natural remedies untuk wellness anak-anak.
48. Sharina (N/A)
Blogger Sharina dari Sabah merupakan ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal. Bermula sejak tahun 2010, Blog Opzzpinky yang dahulunya adalah blog tempat meluah, sekarang bertukar menjadi tempat mengaut rezeki dengan niche lifesytle di mana berkongsi ilmu, pengalaman dan pelbagai tips.
49. Zati Salim (N/A)
Bermula sejak tahun 2010, blogger Perak, Zati Salim berkongsi tentang lifestyle, isu semasa, tips, resepi dan tutorial blog.
50. Syiera Firdaus (N/A)
Blogger dari Kedah dengan kelulusan Sarjana dalam Marketing menggunakan medium blog untuk advertorial dan berkongsi tentang lifestyle, beauty juga parenting tips. Sebagai micro influencer, Syiera juga selalu update isu-isu semasa dalam blognya.
51. Bie Mohd (N/A)
Blog Cik Bie dah menjengah 14 tahun lamanya. Menjadi inspirasi untuk ibu bekerjaya yang menjadi wanita sibuk dalam karier dan bisnes tetapi bijak mengatur masa untuk hobi DIY, kerja kreatif dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga.
52. Nurul Aleya (N/A)
Baru sahaja berjinak dalam duni blogger sejak Mac 2020, blog apakatamommy berkongsi tentang tips parenting, pengalaman breastfeeding, tips menyusukan anak sehingga 2 tahun dan resepi menggunakan air fryer.
53. Dakwat Pena (N/A)
Semenjak hal-hal syarie makin rancak dibicarakan sejak tahun lepas, blogger Dakwat Pena cipta satu medium khusus untuk dia berkongsi tentang peosidur perundangan syariah di Malaysia. Banyak sangat ilmu dan pengalaman yang dikongsikan walaupun masih lagi baru.
54. Wan Rokiah (Wawa) (N/A)
Blog yang bertemakan lavender ni merupakan blog lifestyle yang berkongsi tentang pengalaman hidup dan juga parenting tips dan resipi untuk para pembaca.
55. Fariha Jafri (N/A)
Mula menapak ke dunia blog sejak Julai 2020 dan aktif berkongsi tentang movie, drama/series English, China, Thailand ataupun Korea, novel karya-karya tempatan, lirik lagu dari penyanyi tempatan dan penyanyi negara luar, info tentang dunia filem dan banyak lagi di bawah niche Entertainment.
Mungkin ada
sesetengah blog yang masih lagi baru tapi bukan bermaksud content yang
dikongsikan tidak semampan content barisan blogger terkenal Malaysia.
Mungkin bulan depan atau seterusnya, net value naik mendadak kerana
perkongsian mereka. Tuah manusia, siapa tahu kan? Happy holiday
everyone!
39 Comments
wahh ada yg dah follow...
ReplyDeletenanti bole follow yg lelain jgk...
ramai2 dh blogger masih aktif lagi ....
gud job!! keep it up :)
nak duit raya..hihi...ada blog diatas yg dah follow..
ReplyDeleteeh saya pun ada la hehe
ReplyDeleteTahniah Syaz kerana tersenarai dikalangan best blog 2021... hebat!!
Deletetop 3, x sangka. tapi bukan mudah sebenarnya. terima kasih abam kie
ReplyDeleteNanti ada masa nak belek semua blog ni. Ada juga blog yang dah lama follow tapi ada lagi yang belum...
ReplyDeleteTq abam kie...
Wahhh tahniah semua.. memang blog hebat² semuanya ni
ReplyDeleteBoleh tambah kenalan baru ni. Banyak lagi blog yang belum difollow.
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletealhamdulillah terima kasih abam kie sebab include kan zaza dalam blog post abam kie... semoga dimurahkan rezeki utk kita semua
ReplyDeleteAda sebahagian yang dah follow. Hebat-hebat mereka ni.
ReplyDeleteBoleh jalin ukhuwah baharu ni
ReplyDeleteYeay..bloq kita tersenarai...
ReplyDeleteWah tahniah semua..
ReplyDeleteWahhhh..tahniah blog-blog yang tersenarai! Tunggu saya singgah ye :)
ReplyDeleteAssalammualaikum Abe Kie terima kasih masukkan Ruby.my dalam list. Ruby baru je setahun pindah platform dari wordpress ke blogger.com. im back. Hahaha. Jatuh teruk Worth of Web tu. Hahahaa. Takpe, pelan-pelan saya kayuh improve trafik dan value. Ada banyak error lg tu kat blog. Gambar artikel pun banyak hilang. Sebab dulu guna hosting, storage besauuu. Kemaskini artikel yang dah out dated. Hopefully before Ramadan setel semua. Berpinar mata tengok semua ni. Hahaha. Terima kasih sudi ikuti ruby.my. Appreciate sangat. 😊
ReplyDeleteWell done all.. Keep going... 💪💪
ReplyDeleteTahniah Abam Kie terpilih no 14.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. TQ abam kie sebab buat entry ini kembali dengan list yang penuh..
ReplyDeletegonna check everyone out
ReplyDeletetahniah yg dalam senarai tu..tapi sebiji entri Pana ni
ReplyDeleteYay!! i am in the list :) thanks Cikgu
ReplyDeleteTahniah atie tersenarai dikalangan best blog 2021... tahniah....
Deleteheheh thank you so much
DeleteTahniahh semuaa
ReplyDeletewah hebat2 belaka blogger Malaysia, mampukah saya menyaingi mereka? hehe
ReplyDeletewah hebat-hebat belaka..err..saya tak ada ke cikgu?..haha =)
ReplyDeleteBanyak tersenarai blog yang kite suka jengah. Memang terbaik
ReplyDeleteterbaik semuanya thumbsup!
ReplyDeleteHebat Abam Kie.. dok di tangga 14... hebat semua bloggers ni yg boleh commit so well...
ReplyDeletewalaupun jauh no sy tu, tp xsangka tersenarai juga.. terima kasih abam kie.. insyaallah akan usaha lebih lagi supaya dpt top 10 pon jadi la hehehe.. tahniah semua yang tersenarai..
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kalu abe ki nok baco pasa undang-undang sikit-sikit, boleh lawati blog kecik ambo di https://www.norhafeezlaw.blogspot.com
ReplyDeletetahniah abe kie tersenarai dikalangan best blog to follow in 2021. Tahniah.... jangan lupe duit raya... hehhe
ReplyDeleteblogger hebattss semua nihh tmasuk abam kie., ;p
ReplyDeleteAlhamdulilah terima kasih Abam Kie.. Saya ni banyak lagi nak improve ni, ramai lagi tu yang hebat.. jom kita sama-sama naik..
ReplyDeletetahniah :)
ReplyDeleteHebat-hebat semua blog tersenarai. Tahniah :)
ReplyDeleteBestnya artikel ni! Keep it up!
ReplyDeleteAroma Flavour
Assalamualaikum Abe Kie, artikel terbaik buat masa kini.... :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.