Jom Bertukar Kepada Akaun Bank Islamik
Macam mana nak cek sama ada akaun bank anda konvensional atau Islamik?
Penting ke pakai akaun Islamik? Ya, penting untuk mengelakkan riba. Kalau dapat dividen dari akaun konvensional haram untuk kita pakai.
Ini cara mudah nak tahu akaun anda konvensional atau Islamik.
1. CIMB
Islamik - No akaun bermula dengan 76 atau 86. Contoh = 76xxxxxxxx
Konvensional - No akaun bermula dengan 70 atau 80. Contoh = 80xxxxxxxx
2. Public Bank
Islamik - No kedua akaun adalah 7,8 or 9. Contoh - x8xxxxxxxx
Konvensional - jika no keduanya bukan 7,8 or 9, akaun tersebut akaun konvensional
3. Maybank
Maybank tak boleh nak beza dari segi no akaun. Tapi boleh tengok dekat nama akaun, kalau ada i hujung dia maknanya akaun islamik.
Contoh = personal saving account - i
4. RHB
Islamik - No akaun bermula dengan 16 atau 10. Contoh 10xxxxxxxx.
Konvensional - Jika tak bermula dengan 10 atau 16 ianya akaun konvensional
Jika akaun anda konvensional, boleh ke tukar ke Islamik?
Nak tukar direct tak boleh. Kena buka akaun baru kemudian bank akan transfer duit dari akaun konvensional(lama) ke islamik(baru)
Jika akaun Maybank, boleh mohon secara dalam talian aje dengan login ke portal Maybank2U.
Jika di Kelantan ni biasanya cawangan bank perdagangan mengamalkan perbankan Islamik 100%. Contohnya Maybank, CIMB, BSN, Agro Bank sememangnya automatik akan membukakan akaun simpanan Islamik kepada pelanggan baharu.
Kalau nak kepastian sila call bank atau pergi branch berdekatan. Ini hanya general guideline sahaja. Mungkin ada yang silap. Kalau salah tolong betulkan... Harap info yang Abam Kie sampaikan ini memberikan faedah kepada kawan2... Terima kasih...
14 Comments
yup... done dah islamik ehehhe :)
ReplyDeletebagusnya bank di Kelantan...ada akaun konvensional CIMB utk gaji je, yg lain akaun Bank Islam & Bank Muamalat..
ReplyDeleteSemoga apa yang kita lakukan mendapat keberkatan.
ReplyDeleteNice sharing, baru tahu beza islamik dengan konvensional. Ingatkan bank islam, bank rakyat je yang islamik hehehe.
ReplyDeletebelum tukar lagi...
ReplyDeletekalau bukan islam pun boleh pakai islamic juga tak ?
ReplyDeletebagus juga diambil tahu spy xkeliru
ReplyDeletetqqq info
ReplyDeleteTerima kasih ingatkan.
ReplyDeleteBaru tukar. Senang rupanya proses tukar
ReplyDeletekene check dulu... saya punya yg maybank tu mcm tak islamik jer..
ReplyDeleteTerima kasih sharing abam kie..
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih kongsi :)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.